Jutawan Klik!!!

Seketika Bersama Ustaz Nazrul

“ Ha, nak nikah dah ka?” tanya Ustaz Nazrul kepadaku dengan soalannya killer tahap lima.

“ Mana ada ustaz, lambat lagi tu,” balasku.

Asal jumpa ana je, tu la versi soalan pertama yang diajukan kepadaku. Soalan subjek munakahat…

Selepas berbincang agak lama sikit, akhirnya masuklah ke topik yang paling best iaitu pasal Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). PMIUSM khususnya.

Sebenarnya, ada beberapa masalah yang agak penting juga yang melanda PMI. Ana pun baru tersedar akan masalah ini.

Alhamdulillah, hasil dari perbincangan dengan Ustaz Nazrul, ada sesuatu yang boleh saya nukilkan untuk tatapan sahabat semua.

Apabila sebut sahaja PERSATUAN MAHASISWA ISLAM maka terbayanglah di kotak fikiran kita bahawa PMI adalah sebuah persatuan dakwah yang ingin menyeru manusia supaya kembali mengabdikan diri kepada Allah secara total. Dengan kata lain, kita ingin menjadikan diri kita dan orang-orang yang berada di sekeliling kita menjadi seorang yang muslim dari sudut aqidah, syariah,ibadah dan akhlaknya.

Cuma yang menjadi sedikit masalahnya sekarang ialah ada dari kalangan kita yang belum lagi memberi komitmen yang maksimum untuk menjaga prestasi ibadah dan akhlak.
Walaupun nampak macam tak berapa penting tetapi inilah yang menjadi penilaian kepada orang yang mengaku hendak membawa Islam.

Perkara yang kita perlu tahu ialah orang-orang di sekeliling kita sentiasa “mengadili” kita.

Bagaimana komitmen kita dari segi ibadah yang fahdhu dan sunat?

Kepada Muslimin adakah kita sentiasa memberi komitmen untuk sentiasa solat berjemaah di masjid?

Dari segi akhlak pula, bagaimana akhlak kita dalam pergaulan dan macam-macam lagi.

Apa yang ana nak tekankan di sini ialah orang tertarik kepada PMI atau yang lebih besar lagi ialah Islam bukan kerana kita ialah ahli PMI. Tetapi orang tertarik kepada Islam dan seterusnya PMI ialah disebabkan akhlak kita dan komitmen kita dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama, progaram-program agama dan sensitiviti kita terhadap agama kita.

Tidak perlulah kita dedahkan diri kita sebagai seorang ahli PMI kerana dengan mempamerkan akhlak yang cantik dan komitmen yang baik lagi berterusan dalam perkara yang saya sebutkan diatas sudah cukup untuk mengambarkan kita ini orang yang membawa Islam.

Kalau kurang sikit kemantapan kita dalam perkara-perkara di atas maka kurang jugalah keyakinan mereka terhadap Islam dan PMI dan begitulah sebaliknya.

Sunnah Nabi SAW dan kita


“Anta waktu solat tak boleh pakai macam ni,” tegur ustaz kepadaku.

Pada waktu itu saya memakai baju t-shirt berkolar dan seluar slack.

“Kenapa tak boleh ustaz?” tanyaku.

Maka ustaz pun memberi satu jawapan yang pada kiraanku kita makin melupakannya.

“Ahli PMI patut pakai jubah, serban, bagi nampak keizzahan sikit sebagai seorang
Islam,” kata ustaz.

( Lebih kurang macam ni la dialognya)

“Kita dok mengata orang tabligh macam tu la macam ni la, tapi kita sendiri pun tak buat apa yang orang tabligh buat,” sambung ustaz.

“Sapa lagi yang nak hidupkan sunnah nabi SAW kalau bukan ahli PMI,” sambung ustaz lagi.

Teramat betullah apa yang Ustaz Nazrul cakap tu. Suatu perkara yang kita tak berapa cakna tentangnya. Walaupun bagi kita memakai serban, jubah dan yang sewaktu dengannya itu sunnah yang “kecil” berbanding dengan sunnah nabi SAW yang besar seperti berdakwah, tetapi kita perlu ingat bahawa Islam hanya akan bangkit dan berdiri teguh di atas keruntuhan jahilliyyah apabila sunnah nabi SAW mula diamalkan dari sekecil-kecil sunnah hingga ke sebesar-besar sunnah.

Lihat sahaja para sahabat nabi SAW, para imam ahlus sunnnah wal jamaah seperti imam mazhab, muhaddithin dan ramai lagi. Dari sudut pemimpin pula, lihat sahaja Sultan Muhammad al-Fatih yang menawan Constantinople dengan strategi perang yang begitu menakjubkan. Diberitakan bahawa beliau adalah seorang yang benar-benar menjaga sunnah nabi SAW. Solat fardhu, solat rawatib dan tahajjud tidak pernah ditinggalkannya walaupun sekali apabila sudah baligh.

Bagaimana pula dengan kita sahabat-sahabatku?

Wallahu a’lam…

3 comments:

ihsan said...

Sufian..bgus la point nta kt cni.. ana stuju. mdh-mudahan kita istiqamah dgn amalan dan akhlak kita.. nta bleh mulakan dgn diri nta. sahabat-sahabat lain ada hujah untuk pakai seluaq jean dan baju xdk kolar p solat, depa kata nk tunjuk islam tu universal..tapi, cm na pn ana stuju dgn nta. hujah depa pn x dinafikan..yg pnting, ikhlas kerana Allah.jgn berubah kerana manusia.tapi kerana nk idupkan sunah.. teruskan mnulis..

Ummu Umar said...

"Da'wah Bil Hal Afsoho min da'wah bil lisan"

andai engkau mengaku Rasulullah sebagai ikutanmu, hiasilah peribadi Baginda dalam dirimu...

Jom sama-sama kita hidupkan sunnah rasulullah..

Anonymous said...

pakai jubah bukanlah sunnah yang disuruh ia sekadar pakai sahaja. ia termasuk dalam sunnah ghairu tashriiyah (sunnah bukan syariat). tapi kalau nak pakai pun tak apa, jangan timbul rasa lebih dari orang .pakaian yang sederhana yang dapat menimbulkan rasa tawadduk itu lebih baik. jangan bagi orang pandang pelik sahaja itu lebih sunnah lagi dari memakai jubah. Seperti kita orang melayu memakai kain pelikat + baju melayu itu lagi sunnah daripada memakai jubah kerana itu kebiasaan kaum melayu dan tidak lagi nak timbul rasa aku lebih dari orang lain

salahuddin