Jutawan Klik!!!

selamat berjuang!!!!





Alhamdulillah, Hari ni (Ahad, 11hb 4) adalah hari yang menyeronokkan buat diriku. Hari ini aku telah melepaskan jawatanku sebagai Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUSM). Seronok rasanya menjadi “rakyat biasa” kembali. Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang menjadi pimpinan sepanjang satu sidang setengah. Semuanya manis belaka untuk dijadikan bekalan di masa hadapan contohnya mendidik isteri dan anak-anak kelak. Kui kui....

Kepada Pimpinan PMIUSM sidang 2010/2011, ucapan takziah dari ana selaku mantan pimpinan. Selamat menempuh ranjau perjuangan selaku seorang pimpinan. Jadilah pimpinan yang dekat di hati pengikut dan pendokong anda walaupun anda bukanlah dari keluarga terhormat. Jadilah pimpinan yang punya jati diri masing-masing. Tidak semestinya seseorang itu pandai bercakap, dialah yang hebat. Dan tidak semestinya seseorang itu pendiam dia tidak punya taringnya. Semua orang mempunyai kehebatan masing-masing. Tidak perlu rasa iri hati dengan kelebihan orang lain.

Apa-apa pun, kehebatan lahariah antum semua mesti diselarikan dengan kehebatan taqarrub antum dengan Allah SWT. Semakin dekat antum dengan Allah, semakin banyaklah keberkatan dari Allah SWT menemani dalam perjuangan antum. Bolehlah dikatakan, kehebatan, keizzahan seseorang pimpinan ini bergantung pada tahap taqarrubnya dengan Allah SWT. Hebat Sultan Muhammad al-Fateh bukanlah terletak pada kehebatan lahiriahnya sahaja seperti kecerdikan dan kebijaksanaan beliau. Tapi kehebatan baginda terletak pada Tahajjudnya yang tidak pernah tertinggal semenjak baligh. Kehebatan lahiriah beliau adalah pancaran kecermelangan kehebatan taqarrubnya dengan Allah SWT. Disinilah kita perlu bermuhasabah...

Selamat bergerak kerja...wallahu a’lam...

Buat diriku dan pimpinan yang telah pencen, jadilah ahli biasa yang berjasa. Nasihat dari seseorang kepada ana...inya’Allah.


4 comments:

Anonymous said...

semakin matang nampak akh sufian kita ni.

ihsan said...

sapa la yg bagi nasihat kat nta tu..
mmg bagus nasihat tu..

jadilah pimpinan pencen yang berjasa..

Sufian said...

to Anon: biase la, dah nak grade ni macam2 bende difikirkan.hehe

to Abg Ihsan: Entah la sape.huhu.. Now I already joined your club (Club pimpinan pencen). hehe

NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS said...

jgn pencen dpd berjuang sudah..kui.kui.kui.(storm worrior common laugh)..(O_O)v