Jutawan Klik!!!

Ketika manusia berlutut di depan neraka

Artikel dari: http://akhisalman.blogspot.com/

Pada hari kiamat semua umat akan duduk berlutut. Mereka akan diberikan kitab amalan mereka: Allah menyalin semua yang kita akan lakukan didunia di dalam kitab untuk membalas segala perbuatan kita. Firman Allah swt:


وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.


هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".

Ayat 28 - 29 surah al-Jathiah.

Ibnu kathir berkata:

Semua manusia duduk berlutut kerana terlampau terkejut dengan kedatangan neraka yang ditarik malaikat. Ketika berbunyinya hembusan nafas neraka, semuanya terduduk berlutut. Nabi ibrahim pun sama dan berkata "Diriku , diriku , diriku. Aku hanya meminta padamu untuk diriku sahaja. "

Sebab apa manusia semua terduduk berlutut ? ini sebab kedatangan neraka yang ditarik oleh jutaan malaikat. Firman Allah swt:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan pada hari itu didatangkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingat amalannya yang lepas, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya." (23 : al-Fajr)

Jutaan Malaikat yang menarik neraka seperti mana yang diceritakan oleh baginda:

يؤتي بجهنم يومئذ لها سبعون ألف زمام مع كل زمام سبعون ألف ملك يجرونها

" Pada hari kiamat neraka jahanam aka di datangkan oleh para malaikat. Ia mempunyai 70 ribu tali penarik. Setiap tali akan ada 70 ribu malaikat yang menariknya."

Hadis sahih Muslim.

Aaaaaaaaaaaah... begitu dahsyat sekali neraka jahannam. Patutla semua , sehingga para Nabi pun terduduk. Manusia bukan sahaja terduduk. Malahan mereka menyesal diatas kecuaian yang mereka lakukan di dunia. Lihatlah sambungan ayat tadi. Tuhan berfirman :

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

(setelah didatangkan neraka) Dia berkata: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini"

ayat 24 : al-Fajr

Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muhammad bin Abi 'Amirah berkata:

"Kalulah seorang hamba Allah itu merebahkan wajahnya ke bumi sejak ia dilahirkan sehingga dia mati dalam melakukan ketaatan nescaya dia tetap akan menghina dirinya pada hari kiamat dan berharap akan kembali ke dunia untuk menambahkan amalan dan pahala."

Hadis Mauquf dgn sanad sahih riwayat Imam Ahmad.

Dalam ayat 23 surah al-Fajr diatas tuhan menyatakan bahawa ketika neraka jahannam dibawa oleh malaikat barulah manusia teringat untuk beramal, tetapi tuhan jawab:

وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan apa gunanya manusia baru teringat ketika itu." (23 : al-Fajr)

Tuhan telah memberi manusia peluang yang cukup di dunia tetapi manusia tidak menggunakannnya , maka terimalah akibatnya pada hari kiamat. Firman Allah swt:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka) nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan(tuhan berkata)". Dan bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (37 : al-Fatir)

Jadi hujjah Allah kepada ahli neraka ada dua:

Pertama: Allah sudah memberi umur dan masa yang cukup tetapi manusia sibuk dengan kepentingan dunia. Amalan agama pun diniatkan untuk dunia. Jadi setiap detik yang kita lalui ini amatlah berharga.

Kedua: Para pemberi peringatan dikalangan Rasulullah saw dan para ulama sudah memberi peringatan tetapi kita tidak mahu mendengarnya. Kita malas untuk ke majlis ilmu.

Pada ketika manusia berlutut di depan neraka , setiap manusia hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Manusia tidak memikirkan hal keadaan orang lain. Ibu bapanya, sanak saudara , rakan taulan, kekasih hati dan lain-lain. Semuanya sibuk dengan diri masing-masing. Firman Allah swt:

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ .وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ . وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ . لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

"pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. " (33-37 : Abasa)

KESIMPULAN

Marilakah kita sama2 menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Tuhan bertanya bila hati kita hendak khusyuk dan diri kita hendak tunduk dengan ajaran tuhan. Firman Allah swt:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (16 : al-Hadid)

MARILAH KITA KEMBALI KEPADA TAAT DAN JAUH DARI MAKSIAT ZAHIR DAN BATIN. TAAT ITU KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT SERTA MAKSIAT ITU MEMBAWA KEKECEWAAN DUNIA AKHIRAT

rujukan: Tafsir Ibnu kathir dan Ahwal Yaumil Qiamah oleh ibnu kathir.

Sambungan..

Masyuarat Bilderberg 2010 : Apakah perang akan meletus tidak lama lagi?



Alhamdulillah, sebuah lagi fakta menarik telah dipostkan oleh blogger konspirasi dajjal, Ibnu Yaacob. Fakta tersebut adalah berkenaan dengan Masyuarat Bilderberg 2010 yang baru sahaja diadakan pada:

Tarikh : 3 - 6 Jun 2010

Tempat : Hotel Dolces, Sitges, Sepanyol

Kehadiran : 124 orang termasuk 2 orang wartawan majalah Economist.

Pengerusi Mesyuarat : Etienne Davignon (Vice Chairman, Sues-Tractebel)

Dengan kata lain, masyuarat ini diadakan ketika penduduk dunia sedang disibukkan dengan kes keganasan Komando Zionis Israel terhadap sekarelawan LL4G. Besar kemungkinan, serangan yang dilancarkan itu adalah semata-mata untuk mengalihkan perhatian penduduk dunia daripada masyuarat Bilderberg 2010 ini.

Persoalannya, apakah yang menarik sangat masyuarat ini sehingga perlu dirahsiakan begitu sekali?

Ini kerana, kemungkinan masyuarat ini diadakan untuk mencetuskan perang di dunia ini sekali lagi. Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari blog Ibnu Yaakob (http://ibnuyaacob.com/?p=1509#more-1509) .

Tetapi saya ada kecenderungan lain untuk mengatakan sebuah perang akan diletuskan mungkin tidak lama lagi kerana pertemuan sulit seperti ini juga pernah juga diadakan sebelum ini dengan tujuan untuk melonjakkan harga minyak ke paras tertinggi dengan mencetuskan sebuah peperangan di timur tengah.

Perang Yom Kipur

Sebelum perang ini tercutus, sebuah masyuarat sulit yang dihadiri oleh 84 tokoh kewangan dan politik berpengaruh di Pulau Saltsjoeboder, Sweden di rumah kelaurga Wallenburgs pada bulan Mei 1973. Antara yang hadir ialah adalah Henry A. Kissinger, ketua Setiausaha Negara Amerika Syarikat kepada Presiden Nixon, Ketua pegawai syarikat-syarikat minyak terbesar, institusi kewangan antarabangsa dan bank-bank utama.

Agenda masyuarat sulit ini adalah bagi membuat persediaan menghadapi lonjakan harga minyak sehingga 400 peratus yang dijangka berlaku selepas lima bulan selepas tarikh itu. Semua ahli bersetuju dengan agenda masyuarat ini bagi membolehkan perdagangan
ini dimonopoli oleh kelompok yang mempunyai modal dan memahami pasaran dunia.

Diringkaskan, bagi menjayakan projek sulit ini, sebuah peperangan antara negara pengeluar minyak di timur tengah dengan Israel mesti dicetuskan. Pelakon utama bagi konspirasi ini ialah Henry A. Kissinger sendiri.



Kronologi peristiwa sebelum perang bermula adalah seperti berikut:

a) Pertemuan pertama Kissinger dengan wakil perundangan Mesir, Hafez Ismael semasa beliau ke Washington untuk meneliti dan mengkaji hubungan Mesir-Amerika. Tempat pertemuan ini dirahsiakan.

b) 6 Mac 1973, Arab Saudi diberi talklimat sulit tentang perkembangan yang berlaku. Mengapa Arab Saudi? Kerana Arab Saudi merupakan adalah negara pengeluar minyak utama dan memainkan peranan penting dalam sekatan penjualan minyak dan kenaikan harga minyak.

c) Pada bulan yang sama, Perdana Menteri Israel, Golda Meir melawat Amerika dan beliau tidak seperdapat dengan Persiden Amerika, Nixon dalam isu memberi tekanan terhadap Israel.

d) Pada 11 April 1973, pertemuan kedua antara Ismael dan Kissinger berlansung. Selepas pertemuan mereka yang pertama, pergerakan tentera bagi persiapan perang telah bermula. Arab Saudi menghantar tentera ke Mesir sementara Maghribi menghantar tentera ke Syria.

e) Pada bulan Mei 1973 masyuarat Bildberg berlansung bagi menggariskan secara terperinci penglibatan dalam bentuk politik dan kewangan.

f) Tidak lama selepas itu, Nixon terperangkap dalam skandal Wategate yang dimainkan oleh media. Menurut beliau, ia berlaku disebabkan kecenderungan beliau mengenakan tekanan ke atas Israel.

Dan pada 6 Oktober 1973, perang pun meletus. Hari peperangan ini meletus pada hari cuti Yom Kipur. Tentera Israel bertahan di sempadan Mesir, iaitu di bahagian timur Terusan Suez. Manakala benteng pertahanan Israel yang dikenali sebagai Bar Lev telah diruntuhkan oleh tentera Arab yang dianggotai oleh ramai ahli Ikhwan al-Muslimin. Malah, ribuan tentera Israel menyerah diri di terusan itu dan 300 buah kereta kebai Israel telah dimusnahkan.

Selepas itu, banyak lagi kronologi peristiwa seperti peristiwa Presiden Mesir, Anwar Saddat diperbodohkan oleh Kissinger dan pertemuan sulit selama dua jam antara Kissinger dengan Raja al-Malik Faisal bagi menamatkan sekatan minyak. Dan akhirkan Raja al-Malik Faisal dibunuh.

Motif kematian Raja al-Malik Faisal adalah sama seperti kematian Abraham Lincoln dan John F. Kennedy.

Berikutan perang ini, harga minyak telah melonjak seperti yang dirangka pada pertemuan Bildberg lima bulan sebelum perang tercetus, iaitu pada bulan Mei 1973. Untuk maklumat lebih terperinci tentang perang ini, buku ‘Agenda Yahudi Menakluk Dunia’ karangan Sabaruddin Hussein menyediakan maklumat yang terbaik untuk pemahaman kita.

Begitulah dasyatnya Yahudi, sebuah peperangan boleh dicetuskan oleh mereka bila-bila masa mengikut perancangan mereka. Situasi yang sama juga berlaku semasa Perang Dunia Pertama yang turut didalangi oleh Yahudi Zionis ini. Wallahua’lam.

Sambungan..

Ibrah Kisah Nabi Yusuf a.s

Ada suatu yang dapat dipelajari dalam ceramah ibrah kisah Nabi Yusuf a.s pada siri kali ini oleh Ustaz Hasrizal (http://kulliyyah.blogspot.com/2010/06/brah-sejarah-surah-yusof-siri-ke-8-oleh.html) . Pengajaran yang ingin saya petik lebihnya kepada menjadi seorang pendakwah yang cemerlang di kampus.

Di dalam satu bahagian dari siri perjuangan dakwah Nabi Yusuf a.s semasa di dalam penjara, baginda a.s memainkan sebuah peranan yang sepatutnya wajib ada diri seorang pendakwah. Peranan yang patut dimiliki itu ialah menjadi orang yang berguna pada posisi yang diperlukan di dalam sesebuah masyarakat.

Apakah significant peranan ini pada diri seorang pendakwah? Pentingnya ialah, peranan ini akan membuka peluang yang lebih besar untuk kita menawan hati orang yang didakwah.

Semasa Yusuf a.s dipenjarakan disebabkan oleh sebuah konspirasi jahat oleh isteri al-Aziz ditambah pula tidak tahu berapa lama baginda akan dipenjarakan, baginda a.s telah dilihat oleh kawan-kawan sepenjara yang lain sebagai orang yang baik dan yang terpenting sekali kebolehan baginda a.s mentakwilkan mimpi menjadikan baginda diperlukan oleh rakan sepenjara baginda itu.

Maka, dengan adanya peluang yang asbabnya ‘sebuah keperluan’, baginda memulakan ‘sembang-sembang’ dengan rakannya tadi dengan berdakwah kepada mereka supaya mengesakan tuhan yang satu, Allah SWT. Selepas itu baru Baginda a.s mentakwilkan mimpi mereka. Di sini baginda Yusuf a.s sebelum memberi pertolongan, baginda berdakwah kepada rakan-rakan baginda a.s.

Cantik betul metode dakwah yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf a.s ini. Bagi kita di kampus, untuk menjadi seorang yang menjadi tumpuan rakan-rakan dan masyarakat di sekitar kampus, antara caranya kita perlulah menjadi seorang yang berguna seperti menjadi seorang yang cemerlang akademik dan sahsiahnya. Supaya dengannya, kita dapat menolong sahabat-sahabat kita yang mempunyai masalah di dalam akademik.

Begitu juga mereka yang berkenderaan, dengan adanya nikmat kenderaan ini, kita boleh menggunakannya untuk menolong rakan kita apabila diperlukan. Bagi orang yang ada kelebihan kewangan, maka cara pertolongan yang boleh ditawarkan ialah memberi pinjam duit kepada kawan kita jika mereka memerlukan. Tapi jangan nak ambil riba pula sudah la. Hehe...

Ia suatu yang mudah dilakukan dan berkesan jika dilaksanakan dengan betul. Untuk mengikut metode dakwah yang berkesan, buku ‘Bagaimana Menyentuh Hati’ oleh Abbas As-Sisi, seorang tokoh Ikhwanul Muslimin boleh menjadi sandaran kepada kita untuk menjadi pendakwah dengan cemerlang. Wallahu a’lam.

Sambungan..