Jutawan Klik!!!

Ibrah Kisah Nabi Yusuf a.s

Ada suatu yang dapat dipelajari dalam ceramah ibrah kisah Nabi Yusuf a.s pada siri kali ini oleh Ustaz Hasrizal (http://kulliyyah.blogspot.com/2010/06/brah-sejarah-surah-yusof-siri-ke-8-oleh.html) . Pengajaran yang ingin saya petik lebihnya kepada menjadi seorang pendakwah yang cemerlang di kampus.

Di dalam satu bahagian dari siri perjuangan dakwah Nabi Yusuf a.s semasa di dalam penjara, baginda a.s memainkan sebuah peranan yang sepatutnya wajib ada diri seorang pendakwah. Peranan yang patut dimiliki itu ialah menjadi orang yang berguna pada posisi yang diperlukan di dalam sesebuah masyarakat.

Apakah significant peranan ini pada diri seorang pendakwah? Pentingnya ialah, peranan ini akan membuka peluang yang lebih besar untuk kita menawan hati orang yang didakwah.

Semasa Yusuf a.s dipenjarakan disebabkan oleh sebuah konspirasi jahat oleh isteri al-Aziz ditambah pula tidak tahu berapa lama baginda akan dipenjarakan, baginda a.s telah dilihat oleh kawan-kawan sepenjara yang lain sebagai orang yang baik dan yang terpenting sekali kebolehan baginda a.s mentakwilkan mimpi menjadikan baginda diperlukan oleh rakan sepenjara baginda itu.

Maka, dengan adanya peluang yang asbabnya ‘sebuah keperluan’, baginda memulakan ‘sembang-sembang’ dengan rakannya tadi dengan berdakwah kepada mereka supaya mengesakan tuhan yang satu, Allah SWT. Selepas itu baru Baginda a.s mentakwilkan mimpi mereka. Di sini baginda Yusuf a.s sebelum memberi pertolongan, baginda berdakwah kepada rakan-rakan baginda a.s.

Cantik betul metode dakwah yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf a.s ini. Bagi kita di kampus, untuk menjadi seorang yang menjadi tumpuan rakan-rakan dan masyarakat di sekitar kampus, antara caranya kita perlulah menjadi seorang yang berguna seperti menjadi seorang yang cemerlang akademik dan sahsiahnya. Supaya dengannya, kita dapat menolong sahabat-sahabat kita yang mempunyai masalah di dalam akademik.

Begitu juga mereka yang berkenderaan, dengan adanya nikmat kenderaan ini, kita boleh menggunakannya untuk menolong rakan kita apabila diperlukan. Bagi orang yang ada kelebihan kewangan, maka cara pertolongan yang boleh ditawarkan ialah memberi pinjam duit kepada kawan kita jika mereka memerlukan. Tapi jangan nak ambil riba pula sudah la. Hehe...

Ia suatu yang mudah dilakukan dan berkesan jika dilaksanakan dengan betul. Untuk mengikut metode dakwah yang berkesan, buku ‘Bagaimana Menyentuh Hati’ oleh Abbas As-Sisi, seorang tokoh Ikhwanul Muslimin boleh menjadi sandaran kepada kita untuk menjadi pendakwah dengan cemerlang. Wallahu a’lam.

0 comments: