Jutawan Klik!!!

Cerita Sebuah Kereta




(Apa yang saya tulis ini bukanlah bertujuan untuk membuat “ catatan diari diriku”, tetapi hanya untuk bermuhasabah bersama-sama dengan anda yang membaca.)



Sudah lama rasanya tidak menulis artikel. Terasa berat sangat tangan untuk menekan-nekan huruf di keyboard. Bukan kesibukan yang menjadi penghalang, tetapi terasa bagaikan sedang mengalami sebuah ‘kekosongan jiwa’ walaupun hidup ini penuh dengan cerita-cerita yang boleh dijadikan pengajaran.

Bagaikan kereta kehabisan minyak atau enjin mengalami kerosakan, segala sesuatu yang berkaitan dengan dakwah dan perjuangan bagaikan hilang upaya untuk terus memecut laju kehadapan sedangkan hidup ini perlu terus-menerus bergerak laju demi mencapai matlamat yang agung, REDHA ALLAH.

Banyak persoalan yang bermain di minda yang masih belum ditemui jawapannya. Semua persoalan itu berkait rapat dengan sebuah perjuangan memerdekakan agama Allah. Tidak terlepas juga persoalan berkenaan tujuan dan keperluan. Ya, mungkin inilah ‘kerosakan-kerosakan’ yang perlu diperbaiki.

“Alhamdulillah, nasib baik aku mengalami kerosakan tidak beberapa jauh dari RnR Ramadhan.” Hatiku berkata-kata.

Inilah RnR yang dahulunya gah dengan cerita-cerita Hamba Allah yang menempah banyak kejayaan agung yang menjadi santapan muhasabah kepada Umat Muhammad terkemudiannya.
Tetapi kini, umat terkemudian ini bagaikan hilang sensititviti apabila melihat, merenung dan bermuhasabah tentang carita-carita agung yang terpapar jelas di dinding RnR Ramadhan ini. Apa yang kebanyakan dari orang Islam nampak kini, semasa di RnR Ramadhan:

Kita boleh menjana lebih pendapatan (tidak semua peniaga macam ini) walaupun yang wajib (solat dan ibadah khususiah yang lain) ditinggalkan atau dikemudiankan.

Atau mungkin ada yang masuk ke RnR ini dengan tujuan untuk menguruskan badan dan menjadikan badan lebih sihat.

Tidak kurangnya juga yang “mengadatkan” agama di RnR ini. Hasilnya, selepas Ramadhan, ramai yang masih tidak mampu berhijrah ke tahap yang lebih baik.

Realitinya sekarang, tidak ramai yang singgah ke RnR ini dengan tujuan untuk memperbaiki kenderaan yang rosak. Padahal aku melihat, boleh dikatakan kebanyakan kenderaan yang memasuki ke RnR ini mengalami kerosakan yang serius. Ini tidak termasuk lagi kenderaan yang mengalami pelbagai jenis “kemalangan ngeri” seperti rasuah, sumbang mahram dll. semasa di dalam perjalanan.

“Ahh, banyak kereta yang rosak tetapi tidak sedar mereka rosak, hhumm...” sekali lagi hatiku mengomel besendirian.

“Aku berlindung kepada-Mu Ya Allah daripada menjadi seperti kebanyakan kereta ini.” Kerana aku juga “sebuah kereta” seperti mereka juga. Wallahu a’lam...

2 comments:

Anonymous said...

tp kbnykn kereta masuk ke RnR bukan untuk membaiki kerosakan ttp utk merehatkan kereta mereka buat seketika.

Sufian said...

Yup, tp RnR Ramadhan ni special ckit. x boleh memasukinya dgn mood berehat sahaja...