Jutawan Klik!!!

Say No to Valentine's day


Tidak perlu lagi diperkatakan soal hukumnya dalam Islam.

Tidak perlu lagi dipersoalkan kenapa Valentine’s Day ini diharamkan di sisi Islam.

Semuanya sudah jelas disisi Islam berkenaan status menyambut Valentine’s Day.

Tetapi, apakah masalah utama yg menyebabkan umat Islam turut “join sekaki” menyambut
perayaan ini?

Salah Valentine’s Day dan sejarah di sebaliknya?

Salah kerajaan yang memerintah?

Salah agenda Dajjal dan kroninya untuk memusnahkan Islam?

Salah siapa sebenarnya?

..............


Kita kena akui, salahnya terletak pada diri kita sendiri iaitu kekuatan iman kita kepada Yang Mencipta. Sekuat mana pun ujian dan dugaan yang melanda umat Islam, jika iman kuat, kita dapat melepasinya. Tetapi, jika iman lemah? Hatta ujian itu hanya sebesar lalat pun kita tidak mampu untuk melawannya.

“Antivirus” sudah outdated or may be no longer be used.

Iman adalah pencegahan dari “dalam” ke “luar”. Ini adalah yang terpenting.

Undang-undang syariat adalah pencegahan dari “luar” ke “dalam”. Tanpa pencegahan yang pertama, pencegahan yang kedua tiada gunanya.

Perkara terpenting yang perlu kita lakukan, mungkin semasa operasi sayangi remaja, nasihat “iman” dari hati ke hati perlu dilakukan. Menasihati kerana sayang akan saudara seIslam. Bukan sekadar beri risalah selepas itu cabut tanpa ada apa-apa pengisian.

Dakwah bil hikmah.

Itulah caranya, seperti yang selalu ditunjukkan oleh Rasulullah SAW...

0 comments: