Kota konstantinopel adalah sebuah kota yang cukup hebat dan menakjubkan iaitu kekuatannya dari segi sistem pertahanan yang dapat melumpuhkan serangan tentera-tentera luar. Bayangkan, sebelas kempen ketenteraan untuk menakluki konstantinopel dari kerajaan Islam iaitu satu dari era Khalifah Usman bin Affan, lima kempen di era Kerajaan Umayyah, satu kempen dari zaman kerajaan Abbasiyyah, satu kempen dari kerajaan Turki Seljuk dan tiga kempen dari kerajaan Uthmaniyyah semuanya menemui kegagalan.
Secara asasnya, pertahanan kota ini dikuatkan oleh faktor semulajadi dan faktor teknologi terkini pada zaman itu. Mari kita lihat sistem pertahanan kota ini:
1) Geografi kota ini mempunyai tujuh bukit. Secara tidak langsung, bukit-bukit ini menjadi pelindung semulajadi kepada kota konstantinopel kerana akan menyukarkan mana-mana pihak tentera untuk melakukan serangan menggunakan senjata-senjata yang besar seperti meriam, manjanik dan menara bergerak (lihat gambar di bawah).
2) Jika kita melihat kota ini dari atas, maka kita akan mengetahui bahawa kota ini berbentuk tiga segi. 2/3 sempadan kota ini masing-masing menghadap Laut Marmara dan Selat Bhosporus (kelebihan semulajadi). Jesteru, bagi mana-mana pihak tentera yang mahu menyerang kota konstantinopel, angkatan tentera laut yang kuat diperlukan untuk menakluki kota ini.
3) Demi menjaga keselamatan Kota Konstantinopel pada bahagian laut, Maharaja Konstantinopel telah membina rintangan rantai besi di selat Bhosporus bertujuan untuk menghalang mana-mana armada tentera laut pihak tentera yang menyerang dari memasuki Tanduk Emas (rujuk gambar).
4) Kota ini diperkukuhkan lagi dengan binaan benteng yang kukuh yang mengelilingi kota ini. Tambahan lagi, benteng yang menghadap bahagian daratan pula dilapisi dengan 2 lapisan tembok iaitu lembok luar dan dalam.
Tembok luar setinggi 25 meter dan setebal 10 meter dan tembok dalam pula setinggi 40 kaki dan setebal 15 meter. Di belakang tembok yang pertama, terdapat pemanah dan tentera yang sentiasa bersiap-sedia untuk pertarungan jarak dekat. Di tembok yang kedua pula, terdapat pula sejenis alat yang dinamakan sebagai Greek fire.
5) Malah di luar kota ini pula dibuat sebuat parit sedalam 10 meter dan selebar 60 meter.
Siapa sangka sebuah kota yang mempunyai sistem pertahanan yang begitu hebat dan kukuh ini boleh tunduk kepada Sultan Muhammad Al-fateh dan tenteranya. Tetapi, proses penaklukan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hanya mereka yang berjaya menghimpunkan ciri-ciri yang ada pada diri Sultan Muhammaad al-Fateh sahaja yang akan berjaya mengulangi sejarah yang gilang-gemilang ini pada waktu kini.
Dimana Kekuatan Kota Konstantinopel?
6:30 AM
|
Labels:
Peristiwa Terkini
|
This entry was posted on 6:30 AM
and is filed under
Peristiwa Terkini
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam, hari ini Selasa, 29 Mei 2012 adalah ulang tahun ke 550 kota ditawan oleh tentera Islam dibawah pimpinan Sultan Muhammad al Fatih...kejayaan ini membenarkan ramalan Nabi kita (SAW) bahawa kota ini akan di ditawan oleh seorang Raja yang baik dan tentera yang baik.
Syed Ahmad
Sori ini ukang tahu ke 559, bukan nye 550....juga hari ini ulang tahun ke 39 kematian seniman agung P. Ramlee dan tarikh ini dipilih sebagai Hari Seniman setiap tahun
Syed Ahmad
sabda Rasulullah SAW.
“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”
hadis ini telah diungkapkan Rasulullah SAW lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh.
sangat ohsem sehinggakan kapal boleh belayar di daratan..
http://suntikanjiwa.blogspot.com/2011/01/siri-pahlawan-islam-muhammad-al-fateh.html
Nice info, baru tertarik membaca sejarah penaklukan Konstantinopel ketika ingin tau tentang Masjid Biru Istanbul...
Ternyata Sultan Ahmed II ( Muhammad Al Fatih) keren...
Mohon share artikel ni ya.. =)
sultan Al fateh lagi HEBAT dr alexandar the great!!
adakah kau lupa,
kita pernah berjaya?
adakah kau lupa ,
kita pernah berkuasa?
memayungi 2/3 dunia,
merentas benua ,
berlayar di samudera...
-ost Saladin-
With the city surrounded by waters, added with triple layers wall, Constantinople had never been occupied by a foreign invader, not in it’s 874 years since Constantine founded his new city of Rome in 330. The city treasure went back to the great Roman Emperors. It was the greatest treasure of the known world.
Only in 1,204 Constantinople impregnable walls were beaten by their own Latin Catholic armies in the 4th Crusade. The Crusader army had never seen such wealth before and they went insane with lust of wealth. Churches were destroyed and pillaged for gold, silver, icons and relics. Byzantine Priests were slaughtered, nuns were raped. Tapestries were torn from the walls.
When Fatih Mehmet conquered the city in 1,453, he was so disappointed to see that many great structures like the Hippodrome, Church of Holy Apostles, and the Byzantine's Great Palace laid in ruins :(
Ia akan dibuka sekali lg
Menurut saya bukan ramalan.karena Rasulullah bukan peramal , apa yg disampaikan Rasulullah pasti asalnya dr Allah SWT
Post a Comment