Jutawan Klik!!!

PRK: Suatu Kenangan dan Pengajaran

Alhamdulillah… habis sudah PRK yang selama ini telah menuntut segala kesenangan yang ada pada diri kita untuk dikorbankan semata-mata untuk membuat persediaan menghadapi medan tempur ini. Suatu pengalaman yang cukup berharga yang aku perolehi dari medan ini. Walaupun kalah dalam PRK, tapi entahlah, aku tidak merasa sebarang kekecewaan. Malah aku redha dengan keputusan Ilahi yang telah menetapkan demikian.

Seorang akhawat masej kepadaku : “ …Bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan lewat tiba...”

Seorang lagi masej macam ini : “…engkau patut bersyukur di kala Allah kalahkan dikau di depan mata manusia.. Kerana Allah itu Maha Mengetahui atas segala rencananya.. Kalah di mata manusia, namun menang di hadapan Allah.. Boleh jadi yang pahit ini jadi maharmu masuk ke syurgaNya yang pasti disediakan untuk kekasihNya…”

Walaupun rasa bersalah juga di hati ini kerana tak berupaya untuk mendapatkan apa yang dihajati, tetapi inilah yang dinamakan suratan takdir Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya. Mungkin “hadiah” sebuah kekalahan itu lebih layak diberikan untuk diri ini berbanding “racun” kemenangan kerana mungkin kalau diri ini menang, takut-takut diri ini semakin angkuh lagi ‘ujub. Mungkin kalau diri ini menang, diri ini akan jatuh tersungkur di tengah arus deras menentang kebatilan yang kian memuncak.

Sekali lagi aku mengucapkan Alhamdulillah kerana telah memberi aku hadiah sebuah kekalahan.

Kata seorang akhawat: “… Nta lebih diperlukan di tempat lain. Mungkin MPP bukan medan dakwah yg terbaik untuk nta…”

Ya, mungkin betul juga. Hanya Allah azza wa jalla yang lebih mengetahui. Apa yang penting, kita kena terus berjuang dalam medan ini sehingga tiada lagi fitnah untuk agama Allah. Jangan sesekali futur dari medan ini. Itulah pesanan dari ramai sahabat seperjuangan kepada diri yang lemah ini. Inilah yang dinamakan kemenangan di dalam kekalahan.

Wallahu a’lam…

4 comments:

mashitah izzati said...

Buat adik sufian, xperlu rasa bersalah. kerana nta dan shbt2 yg lain telah berjaya mengwujudkan pertembungan hak dan batil dan natijahnya sekarang, warga kampus dah mula sedar.. Yang pasti, kt semua masih memikul amanah menegakkan hukum ALLAH di muka bumi minden

Anonymous said...

hrmmm...awk jadi calon mpp eh??? ooo..tahniah la sebab tercalon..sudah tentu bukan calang2 org boleh dicalonkan...=D

Anonymous said...

tahniah sufian...kalah bukan sebarang kalah..ia 1 kemenangan sebenarnya..

Anonymous said...

gud luck in whatever u do..