Jutawan Klik!!!

Alhamdulillah

Alhamdulillah, dapat jugak aku picit-picit keyboard laptop kesayanganku yang sudah beberapa hari aku tak dapat menyentuhnya disebabkan oleh kesibukan yang silih bertandang. Ada yang “datang” dengan bermasej terlebih dahulu dan yang lebih menakutkan ialah yang “datang” tiba-tiba dan yang ad hoc.


Itulah pemimpin, semakin besar jawatan yang kita sandang, semakin kecil hak kita untuk diri kita sendiri seperti tidur dan semakin besar tanggungjawab kita terhadap apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Maka semakin banyaklah pertanyaan dari “Juru Audit” Yang Maha Adil di Masyar kelak.


Kepada pemimpin Islam, mereka ada 2 pilihan hasil dari taklifan yang tertanggung di bahu mereka iaitu untuk ke neraka; apabila mereka mengabaikan dan tidak berlaku adil terhadap apa yang telah dipertangungjawabkan ke atas mereka dan ke syurga Allah SWT; kepada mereka yang adil terhadap apa yang dipertangungjawabkan ke atas mereka. Sebagai bonus kepada pemimpin yang adil, Allah Azza Wa Jalla telah menyediakan tempat untuk bernaung di bawah ArasyNya di Padang Masyar kelak. Bertuahnya mereka yang menjadi pemimpin yang adil. Yang terbaik InsyaAllah…

Bermula dari minggu lepas, bermula sahaja pembelajaranku sesudah habis cuti mid sem, aku di sibukkan dengan Forum Palestin yang begitu ad hoc pada kiraanku. Program yang dirancang dalam minggu terakhir sebelum cuti mid sem itu pada mulanya hanyalah sebuah program kecil yang hanya mensasarkan ahli PMIUSM sahaja, tetapi apa akan dayaku, perancangan Allah SWT lebih baik dari segala-gala perancangan. Program yang kecil ini tiba-tiba menjadi program yang besar yang mensasarkan seluruh masyarakat kampus. Aku pada mulanya sudah “malas” untuk uruskan program ini kerana pda jangkaanku, program ini akan menyebabkan aku menjadi kalut tahap dot dot dot, tetapi nasihat seorang ukhti kepadaku menyebabkan aku redha segala ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, segalanya telah dimudahkan oleh Allah dan Forum We and Palestine ini telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan juga kerana separuh dewan kuliah A penuh walaupun tempoh “mempromosi” forum ini hanyalah 4 hari.


Apa-apa pun, terima kasih ana ucapkan kat dua orang kakak ana yang banyak menolong dalam menjayakan forum ilmiah ini. Haa, yang lain pun ana ucapkan terima kasih juga, jangan risau. Tidak ketinggalan juga kepada sifu Pusat Islamku Ustaz Nazrul kerana telah banyak menolong kami dalam menjayakan forum ini dan tidak ketinggalan juga kepada Pusat Islam USM kerana telah memberi sedikit sponsor untuk menjayakan program ini.

Yang terbaik, InsyaAllah…
Wallahu a’lam…

0 comments: