Jutawan Klik!!!

Gerakan Saraf

Entahlah, aku nak start kat mana pun aku pun tak tau. Terlalu banyak input yang amat berguna yang aku dapat semasa mendengar sedikit pengisian daripada Senator Mumtaz, Ahli Dewan Negara. Inilah kali pertama aku berjumpa dengan seorang figure mujahidah Islam yang hebat di waktu ini. Memang sangat moleklah untuk jadikan senator mumtaz ini sebagai contoh tauladan kepada mujahidah-mujahidah di kampus…dan tidak terlupa juga kepada sang mujahid juga…kui kui.

Pertama sekali, aku bagaikan tersedar dari tidur selepas mendengar ceramah dari Senator Mumtaz. Mana tidaknya, pengisiannya banyak berkisar tentang ramuan-ramuan kejayaan dakwah di kampus. Fokusnya kepada para penggerak Islam itu sendiri.

“Gerakan Saraf”

Apabila kita mengkaji kembali sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW, maka kita akan bertemu dengan beberapa figure penting yang menjadi pemangkin perjuangan dakwah Nabi SAW bermula di era Makkah hinggalah ke era Madinah. Figure-figure dakwah yang saya maksudkan ialah Abu Bakar r.a, Umar al-Khattab r.a, Uthman bin Affan r.a dan Ali bin Abi Talib r.a.. Fokus saya sekarang ialah dari keempat-empat sahabat yang terapat dengan Nabi SAW berbanding dengan sahabat r.hum yang lain, kita akan dapati bahawa keempat-empat sahabat besar ini mempunyai peringkat umur yang berbeza. Dari sekecil Ali r.a sehinggalah sedewasa Abu Bakar r.a.

Apabila umur berbeza, maka banyaklah lagi yang berbeza antara sahabat yang empat orang ini. yang kanak-kanak mestilah minatnya macam kanak-kanak, tak kanlah macam orang dewasa pula… dengan kata lain, dalam segala segi kehidupan keempat-empat sahabat ini, semuanya berbeza sama sekali.

Cuma, saya nak lontarkan satu persoalan kepada penggerak Islam semua. Bagaimana Rasulullah SAW dapat mengikat hati keempat-empat sahabat yang berbeza kecenderungannya, sifatnya, perangainya dan minatnya ini sehingga keempat-empat sahabat ini rela untuk mempertaruhkan nyawa mereka kepada Islam. Mereka rela terbunuh demi kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dan Islam itu sendiri. Mereka rela tinggalkan segala kemewahan hidup di dunia yang fana’ ini hanya semata-mata untuk memenuhi seruan nabi SAW supanya berdakwah dan berjihad di jalanNya?

Pelik tak? Hhmm, memang pelik… Seorang Rasul yang berumur dalam lingkungan umur 53 tahun di waktu hijrah Nabi SAW ke Madinah mampu berkawan dan bersahabat, malah seakan-akan adik beradik sehingga para sahabat Nabi SAW boleh “melawak bodoh” dengan Nabi SAW dan boleh berbincang dengan Nabi SAW perkara-perkara yang sulit yang tidak boleh dibincangkan dengan orang lain.

Kalaulah kita tanya diri sendiri dan penggerak Islam yang lain, berapa ramai kamu ada sahabat baik yang rela hati mempertahankan kamu dari segala ancaman bahaya dan rela mati kerana kamu?

Ha, punyalah phyco lagi killer tahap dot…dot…dottttt soalan ni. Saya rasa, seorang sahabat macam ini pun kita tak ada. Kalau ada pun amat jarang untuk dijumpai. Tetapi, itulah realiti yang patut kita akui. Akibat kelemahan kita sebagai penggerak Islam dalam communication skill misalnya, kita tidak berjaya untuk mendapatkan sahabat sepertimana yang Nabi SAW perolehi.
Kata Senator Mumtaz kepada kami bahawa perkara ini merupakan satu cabaran kepada penggerak Islam. Kita mesti ada sekurang-kurangnya empat orang sahabat yang berlainan umur. Lebih kurang macam inilah ayatnya.

Selain itu, para penggerak Islam juga mesti ada “gerakan saraf” yang lain seperti yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian baginda. Contohnya, Nabi SAW berjalan seolah-olah menuruni bukit. Dengan kata lain, Nabi SAW berjalan cepat. Orang yang berjalan laju ialah orang yang berfikir dengan cepat dan pantas. Cuba kita lihat bagaimana cara ahli penggerak Islam berjalan. Kebanyakannya berjalan dengan perlahan, tawaddhuk.hehe… ana tak mengata sesiapa ye.

Bukan tak boleh berjalan slow, tapi telunjuk dari sunnah Nabi SAW menunjukkan bahawa Nabi SAW berjalan cepat. Ini baru bab berjalan. Bagaimana pula dengan penggunaan air semasa kita mengambil wudhuk? Ha, jawab jawab…Honestly, memang banyak air yang kita guna untuk berwudhuk. Banyak macam apa lagi. Macam air terjun, padahal nak basuh sikit ja. Ini adalah salah satu sebab mengapa solat kita masih lagi tidak berapa kusyuk kerana masih ada sedikit cebisan “sifat syaitan” dalam diri kita. Bukankah membazir itu amalan syaitan?

Walaupun berjalan cepat dan mengambil wudhuk dengan kuantiti air yang sedikit hanyalah “gerakan saraf”, tetapi inilah yang diajar oleh Islam kepada umat Islam melalui Nabi SAW. Suatu yang kecil di pandangan kita tetapi sebenarnya memberi impak yang cukup besar kepada massa. Semua ini hanya akan terjadi kepada diri seseorang yang mempunyai Iman yang tulin lagi teguh kepada Allah SWT. Bukan setakat itu sahaja, al-Quran baginya bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk dihayati dan diamalkan. Walaupun membaca sedikit sahaja, tetapi itupun telah memadai jika selepas itu kita susuli dengan mentadabbur isi al-Quran.

Semua ini hanyalah bermatlamat satu perkara sahaja iaitu untuk menjadikan para pendakwah seorang yang layak untuk digelar sebagai qudwah hasanah. Betapa ramainya penggerak Islam sekarang yang membawa imej Islam tetapi tanpa disedari dia juga sedang memusnahkan Islam disebabkan kealpaannya terhadap dirinya sendiri.

Keadaan sekarang menuntut kita untuk menjadi MUKMIN yang boleh menterjemahkan Islam yang indah lagi syumul itu di alam realiti. Sesiapa yang hanya “MUSLIM” sahaja, maka sukarlah orang seperti ini hendak menarik orang kepada Islam kerana orang tidak nampak di mana Islam yang dibawanya itu.

JADILAH MUSLIM YANG MUKMIN LAGI MUTTAQIN, BUKAN SEKADAR MUSLIM SAHAJA…

Walahu a’lam

1 comments:

Anonymous said...

salam...time kasih...=D