Jutawan Klik!!!

Bagaimana Cara Tuan Bersolat?

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."Isam bertanya,

"Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata,
"Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:-)

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuhpengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolatselama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Walahu a’lam…

2 comments:

Anonymous said...

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

Dua sifat yang disebutkan itu memang selalu menyerang ahli Ibadat. Cara menghindarkannya ialah dengan meminta ampun kepada Allah SWT dalam setiap keadaan, serta memandang diri kita sebagai tidak pernah bebas daripada dosa. Memang fitrah manusia akan melakukan dosa sama ada disedari atau tidak, oleh itu Allah SWT telah mengajarkan kepada kita cara memohon ampun. Selain itu juga memohon ampun juga untuk saudara2 seagama kita yang lalai dan meminta supaya mereka diberikan petunjuk selain berusaha mendekati mereka dengan sedikit demi sedikit cuba menyedarkan mereka sekadar yang mampu. - Haji Naim

Yondaime Hokage (Ahmad Sufian bin Shohor) said...

terima kasih banyak2