Jutawan Klik!!!

Contohi HAMAS

“Adik rasa-rasa la kan, kenapa calon pilihan kita kalah?” Tanyaku kepada adik-adik junior PMIUSM semasa sedang menunggu keputusan rasmi PRK baru-baru ini.

“Ana rasa la kan, mungkin sebab kampen tak cukup.” Kata adik A.

“Mungkin…..entahlah” kata adik B pula.

“Latihan tak cukup kot.” Sampuk adik C.

“Hhumm, semua jawapan boleh diterima, tapi ada satu jawapan yang lebih tepat, apa dia?” tanyaku untuk memenatkan lagi kepala adik-adik juniorku yang telah sedia penat.

“Entah la abang, apa dia?” kata seorang adik tanda pasrahnya sebab tidak tahu jawapannya.hehe

“Sebab kekalahan kita adalah kerana dakwah kita masih belum lagi diterima oleh masyarakat kampus.” Jawapan yang muktamad kepada adik-adikku.

Semua adik junior tersebut terdiam selepas itu…

Apakah sebab-sebab dasar yang menyebabkan calon yang berfikrah Islam masih lagi tidak disukai dan menjadi pilihan masyarakat kampus???

Adakah disebabkan tidak cemerlang dalam akademik?

Tidak mempunyai akhlak yang mulia?

Malas?

Hidup berpuak?

Selekeh?

Pakai baju skema dan pakai tudung labuh?

Atau??? Saya yakin anda ada jawapan yang tersendiri.

Untuk berjaya, kita kena mencontohi kejayaan yang terdahulu dikecapi oleh orang lain. Oleh itu, mari kita melihat bagaimana HAMAS berjaya memenangi hari rakyat Palestin.

Hamas dan Pilihan Raya 2006

Seperti yang sudah diketahui, gerakan Islam HAMAS telah memenangi pilihan raya Legislatif PA pada 25 Januari 2006. Pada hari keramat itu, rakyat Palestin menterjemahkan sokongan mereka kepada HAMAS dengan memangkah calon HAMAS walaupun diugut oleh pihak luar seperti Amerika, EU dan rejim Zionis supaya tidak mengundi HAMAS.

Jadi apakah sebab-sebab HAMAS begitu popular di hati rakyat Palestin?

1) Cara kesederhanaan HAMAS dalam memperjuangkan Islam dan beramal dengannya. Walaupun gerakan bersenjata menjadi agenda utama, tetapi dari segi beragama, HAMAS seperti Ikhwanul Muslimin (IM) adalah lebih moderat.

Moderat bermaksud sederhana dan tidak melampau. Dengan cari ini, HAMAS dapat merekrut pemilik-pemilik hati yang ikhlas supaya menyertai mereka.

2) HAMAS juga dilihat sebagai gerakan dinamik yang cepat bertindak dengan suasana sekeliling dan situasi semasa. Dinamisme HAMAS tidak sedikitpun menggadaikan perinsip perjuangan dan penentangan mereka terhadap musuh. Bukti dinamisme ini adalah:

a) Perubahan strategi peperangan – mengikut situasi.

b) Serangan yang berstrategis dan pelbagai.

c) Strategi menghadapi Pihak berkuasa Palestin (PA).

d) Penglibatan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran dan Pilihan Raya Legislatif.

3) Mempunyai pemimpin pelapis yang berkarisma. HAMAS tidak mempunyai masalah perbezaan generasi serta pepecahan dalaman. Setiap kali pemimpin HAMAS ditangkap dan dibunuh, pasti akan ada pelapis-pelapis yang mengisi jawatan yang kosong tersebut.

Buktinya, sehingga kini HAMAS masih lagi belum berjaya dihapuskan oleh pihak rejim Zionis walaupun dua pemimpin tertinggi HAMAS, Ahmad Yassin dan Abdul Aziz al-Rantissi dan puluhan pemimpin lain telah pergi bertemu Allah. Malah, kepimpinan HAMAS semakin bertambah saban hari.

4) Para aktivis HAMAS terkenal dengan disiplin dan ketaatan mereka kepada pemimpin dan organisasi. Mereka meletakkan dasar syura untuk ditaati dan dihormati dan berpegang teguh dengan prinsip jihad dan nilai Islam yang tertinggi. Tidak hairanlah, sehingga sekarang, tiada masalah dalaman melanda HAMAS.

5) Antara faktor yang paling penting dalam meletakkan HAMAS di hati rakyat Palestin ialah kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh anggota HAMAS. Walaupun sebelum HAMAS masih belum lagi dikenali sebagai HAMAS (dikenali sebagai IM), IM lebih dikenali sebagai golongan yang suka membantu dan berkorban di mata rakyat Palestin.

6) Rekod HAMAS yang bersih dari sebarang aktiviti penyelewengan seperti korupsi, salah guna kuasa dan menjalinkan hubungan dengan Zionis memberi kredit yang tinggi kepada HAMAS. Sebaliknya, Fatah terus bergelumang dengan rasuah dan segala jenis penyelewengan yang menyebabkan rakyat Palestin tidak lagi percayakan mereka.

7) Kesungguhan HAMAS dalam melancarkan Jihad tidak perlu lagi dipersoalkan. Kesediaan mengorbankan ahli gerakan memberi keyakinan kepada rakyat Palestin bahawa HAMAS benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kemerdekaan bumi Palestin.

8) Sikap HAMAS menghormati rakyat Palestin dari proksi lain menjadi faktor HAMAS berjaya memenangi hati rakyat Palestin. Walaupun HAMAS menerima begitu banyak tekanan dari Fatah, tetapi HAMAS tidak pernah melepaskan sebiji peluru pun kearah anggota Fatah.

9) HAMAS juga menjadi pilihan rakyat Palestin kerana berjaya menyediakan sebuah alternatif perjuangan berlandaskan Islam selepas rakyat Palestin dikecewakan dengan kegagalan arus ideologi yang didokong mereka dahulu seperti sekularisme, fatahisme dan nasionalisme.

10) Akhlak dan keperibadian anggota HAMAS juga turut memainkan peranan penting dalam membina peranan umum rakyat kearah mengukuhkan sokongan kepada HAMAS.

11) Kelulusan dan taraf pendidikan yang tinggi anggota HAMAS juga tidak dapat dinafikan sumbangannya dalam membina keyakinan rakyat Palestin kepada HAMAS. Malah, sinergi antara golongan professional dan agama serta sokongan siswa memantapkan lagi jentera kepimpinan HAMAS.

12) Iltizam HAMAS dengan keengganan mereka mengiktiraf Negara haram Israel juga membuatkan rakyat semakin yakin dengan HAMAS.

Inilah rasepi kejayaan HAMAS. Walaupun HAMAS tidak kaya dan tidak pula menjanjikan projek-projek mega dan janji-janji manis, tetapi HAMAS masih lagi relevan di hati rakyat Palestin.

Mari kita selidiki balik di mana kekurangan kita. Mengapa kemenangan masih lagi belum hadir lagi kepada kita. Ingat, muhasabah menerangkan jalan…wallahu a’lam.











4 comments:

Anonymous said...

sory syeikh...nta sembang kemas. batang hidung nmpk masa time kira undi. time rapat umum adalah tunjuk muka. tp time gerak kerja gantung banner, poster muka pun x nmpk...ana lagi respek presiden PMIUSM. ckp x banyak. kerja tetap jalan. pimpinan mcm nta lah pegang jawatan tp tak buat kerja. sembang kemas,,,

sufian said...

terima kasih, saya buat kerja bukan untuk ditunjuk kat manusia kat disekeliling saya. saya pun manusia jugak. kadang2 down jugak. biarlah Allah yang menilai amal kita. mgkin awak seorang je yang x tahu saya pun turut terlibat dalam gantung banner etc. klu awak tahu pun, awak bukan bleh bagi apa2 kat saya.

selagi lagi saya ulang, biar Allah yang menilai amal kita. saya tulis apa yang saya buat...wallahu a'lam.

insan said...

jangan cepat melatah saudaraku.Biarkan manusia bercakap mengikut kata hati mereka. Mulut orang lain memang kita tak boleh nak kawal.Yang penting Allah tahu segalanya.

sufian said...

terima kasih atas peringatan