Jutawan Klik!!!

Paradigma: Teka-teki, ape yang hang nampak???


Sekarang ni, mari kita tengok gambar di atas. Ape yang kita nampak??? Adakah kita nampak seorang perempuan muda yang cantik molek, umur dalam lingkungan 25 tahun, yang pandai berfesyen.


Atau,

Seorang perempuan tua yang umurnya dalam lingkungan 70 tahun, yang sangat uzur, yang perlu dibantu ketika hendak melintas jalan. Hehehe...

Teka-teki nih, jawab la....

Jawapannye, dua-dua betui....gadis muda pun betui, nenek tua pun betui. Haha, baguih x teka-teki aku.hehe... tp aku rasa mesti ramai yang nampak pompuan cantik. betui x?

Jika kita melihat gambar ini adalah seorang gadis muda yang cantik, maka sudah tentu kita tak kan tolong pompuan ni untuk melintas jalan bukan?

Jika kita melihat gambar ini sebagai seorang perempuan tua, semestinya tanpa diragukan lagi kita pasti akan tolong nenek ni melintas jalan..

Haaahhh, Inilah maksud paradigma!!!!

Secara dasarnya, paradigma ni bermaksud cara kita meLIHAT dunia ini. Lihat di sini bukan bermaksud kita melihat menggunakan pacaindera kita. Tapi, bagaimana kita mengamati, memahami dan mentafsir dunia yang kita lihat.

Ade faham ke?

Untuk lebih memahamkan lagi apa itu paradigma, mari kita anggap paradigma ni sebagai peta. Semua orang tau bahawa peta bukanlah wilawah, tetapi secara asasnya peta adalah PENJELASAN beberapa aspeks berkenaan sesuatu kawasan atau wilawah. Contohnye peta USM, ade jalan, padang, stadium, muzium, pusat pengajian sains kajihayat, fizik, kimia dan sebagainya. Inilah fungsi peta. Cuba-cubalah memahamkannye.hehe

Jadi, apa pentingnya paradigma ni dalam hidup kita? Padahal paradigma ni hanyalah bende asas jer. Bukan penting pun. Mungkin tanggapan seperti ini yang terbit dalam hati sesetengah orang.

Nak senang cerita, sebenarnya PARADIGMA ni la yang membentuk diri kita. Paradigma inilah yang membentuk cara kita berfikir dan bertindak. Bende asas ni la yang mempengaruhi kita membuat sesuatu keputusan. Bende sesimple ni la yang menjadikan kita orang yang mampu mempengaruhi sesuatu keadaan atau dipengaruhi oleh sesuatu keadaan.

So, den nak tanye nih, penting ke tak paradigma ni? Sape yang kata x penting memang nak kena lepuk la ngan aku.hahaha, melawak jer k.

Contohnya ape??? Contohnye kita bleh rujuk contoh kat atas.

Cuba berfikir sejenak, bagaimana paradigma kita membentuk tindakan kita. Jika kita lihat gambar tu sebagai seorang gadis muda yang cantik, adakah kita nak turun motor untuk bantu si cantik ni melintas jalan. Tidak bukan. Buat ape nak tolong, sihat semacam je kan.

Tetapi,

Jika kita melihat gambo ni adalah seorang pompuan tua, pastinye kita akan turun nak tolong nenek ni. Paling kurang pun, pasti kita akan rasa kesihan kat nenek ni.hehehe

Now, soalan yang terpenting, macam mane nak tukar paradigma kita haaa??? Haha, bleh tukar sesenang tukar baju ke? Atau sesusah nak bangun tahajjud dan solat subuh berjemaah???

Tunggu artikel aku seterusnye...itu pun kalau hang pa nak tunggu la. Hehe. Wassalam...

1 comments:

tekateki said...

Singgah di blog anda melalui google.