Kita bukan ditentukan oleh perasaan kita, mod kita, atau pemikiran kita. Maka dengan adanya kesedaran diri atau self-awareness inilah yang memampukan kita untuk menganalisa atau muhasabah diri kita sendiri. Inilah KELEBIHAN yang Allah SWT berikan kepada kita sebagai khalifah Allah berbanding haiwan.
Paradigma yang kita bentuk merupakan KANTA yang menetukan sikap dan tingkah-laku kita malah lebih dari itu ia menentukan CARA bagaimana kita menilai orang lain.
Bosan jugak tulis ayat skema ni. Jadi aku MEMILIH nak menulis guna bahasa pasar la...sonang den nak terangkan.
Sebanarnye ape yang aku tulis ni kerana nak mengotakan “janjiku” kat Pak Cik Stephen Covey yang menyuruh pembaca bukunya share ilmu yang dapat digali dari bukunya. Bukan kerana terpakse, tetapi aku yang MEMILIH nak berkongsi ilmu dengan yang membaca artikel nie.
Kalau nak bersembang-sembang pasal bende nih, teman hidup pun tak de lagi.hehe...al-maklumlah, masih bujang...nak sembang ngan adik aku, terasa malas pulak. Kawan-kawan pulak semuenye dok jauh. So, aku tulis la senang. Korang bleh baca banyak kali.hehe.
Sebanarnye, ilmu-ilmu yang aku dapat cungkil dari buku ni bleh dikatakan 99.9% bertepatan dengan prinsip Islam dalam mendidik umatnye. Cuma Pak Cik Stephen Covey ni just tak masukkan ayat al-Quran dan al-Hadith je. So far, inilah antara buku yang aku suka baca walaupun baru abih baca habit yang pertama.
Dalam habit yang pertama ini, penulis buku ni menulis satu cerita bagaimana seorang Dr. yang bernama Victor Frankl yang dipenjara dan diseksa dengan dasyatnyer oleh tentera Nazi. Bukan setakat tu je, habis mak bapak, abang dan bini dia kena bunuh dengan si Nazi ni. Kejam giler... tetapi, ade something yang menarik perhatianku iaitu walaupun tentera nazi ni mengusai diri dia malah keadaan di sekeliling dia, tetapi Dr Frankl sedar bahawa, tentera Nazi ini tidak akan dapat sesekali menguasai DIRInya.
Antara apa yang berlaku kepadanya (STIMULUS), dan RESPONnya kepada stimulus, Dr, Frankl masih lagi mempunyai kuasa untuk MEMBUAT PILIHAN samada untuk menyerah kalah kepada situasi (DIKUASAI KEADAAN) ini atau terus bertahan (MENGUASAI KEADAAN) demi mempertahankan sebutir kemerdekaan yang berada dalam dirinye.
Agak-agaknye cerite ni sama dengan cerita ape dalam sirah perjuangan para sahabah dan sahabiah Rasulullah SAW????
Bunyak bukan??? Contohnyer, kisah ni sama dengan kisah penderaan yang dihadapi oleh keluarga Ammar bin Yassir dan juga Bilal bin Rabah R.hum. Para sahabat ni memilih untuk terus teguh beriman dengan Allah SWT walaupun teruk diseksa oleh Musyirikin Makkah. Jadi inilah yang dikatakan kebebasan MEMILIH yang terdapat dalam diri kita.
Dalam memilih, kita ada DUA pilihan.
Pertama kita memilih untuk MENGUASAI keadaan (PROACTIVE PERSON).
Kedua, kita memilih untuk DIKUASAI keadaan (REAKTIVE PERSON).
Produktif Vs. Reaktif
Ape bezenyer dua bende nih? Mari kita tengok...
Orang yang REAKTIF ni selalunya dipengaruhi oleh persekitaran fizikalnya. Contohnyer, kalau cuaca baik, dia akan mempunyai perasaan yang baik. Tapi kalau cuaca hujan, maka dia akan jadi bad mood. Haha...
Tetapi orang yg PROAKTIF ni lain ckit. Orang jenis nie dapat MENCIPTA “cuaca” mereka sendiri. Tak kisah la cuaca kat luar hujan ker, panas terik ker, mendung ke, tetapi semue jenis cuaca nie tak dapat mempengaruhi dirinya. kerana apa???
Kerana orang yang proaktif ni “dipandu” oleh NILAI yang mereka tetapkan. Contohnyer, kalau seseorang nie menetapkan nilai – nak melakukan kerja yang berkualiti, maka dia akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai ape yang dia tetapkan tanpa mengira "cuaca".
Dashyat betui orang yang proaktif nih!!!!
Orang yang reaktif ni jugak sebenarnyer mudah dipengaruhi oleh persekitaran sosialnyer (social weather). Kalau orang sekeliling dia, melayani dia dengan baik, so mod dia baik la. Kalau orang layan dia dengan teruk, maka mod dia pun akan bertukar kepada mod bertahan dan berlindung (mod x elok). Dengan kata lain, emosi orang jenis nie ditentukan oleh kelakuan orang di sekitarnye. Dia menjadikan KELEMAHAN orang lain mengawal dirinya.
Tetapi orang yang proaktif ni sebaliknya. Tak kisah la perangai orang kat sekitar dia ni macam hantu raya ka, jebon ka, tetapi dia masih lagi dapat survive atau bekerja dalam suasana yang begitu tertekan nie.
Kalau kita refer balik kisah2 para sahabat Nabi SAW. Kita akan nampak betapa PROAKTIFnya Rasulullah SAW dan para sahabat baginda R.hum. Walaupun orang yang berada di sekeliling mereka penuh dengan orang Musyirikin (di Makkah) dan Munafiq (Madinah) yang begitu menguji kesabaran dan ketabahan Nabi SAW dan para sahabat untuk berdakwah, tetapi Baginda SAW dan para sahabat tak terpengaruh dengan social weather masyarakat ketika itu. Demi NILAI yang dipegang – berdakwah melalui suri tauladan yang baik, Nabi SAW dan para sahabat bijak mengatur strategi dalam berdakwah. Perghh, mantap bukan???
Aku petik satu perenggan dari buku 7 habits Stephen Covey:
“Look at the word responsibility -- "response-ability" -- the ability to choose your response. Highly proactive people recognize that responsibility. They do not blame circumstances, conditions, or conditioning for their behavior. Their behavior is a product of their own conscious choice, based on values, rather than a product of their conditions, based on feeling.”
Tetapi tak dinafikan jugak, sedikit sebanyak pengaruh luaran seperti cuaca di persekitarannya, keadaan sosial masyarakat sekeliling dan psikologi masyarakat sekeliling dapat mempengaruhi orang yang PROAKTIF, tetapi orang yang PROAKTIF ni ada KUASA untuk memilih respon terhadap persekitarannya.
Kalau orang lain buat kita marah atau diuji dengan kesusahan dan kesukaran, orang proaktif MEMILIH untuk bersabar.
Bila banyak duit, orang proaktif MEMILIH untuk bersyukur dan cuba memanfaatkan duit itu sebaiknyer.
Bila result exam tak secantik yang diharapkan, orang proaktif MEMILIH unutk bersyukur dengan result yang dapat dan secepat mungkin bermuhasabah untuk memperbetuikan yang mana yang salah.
Perghhh, subhanallah, mantapnyer orang Islam yang PROAKTIF.
“bahasa-bahasa” orang reaktif dan produktif
Untuk lebih jelas lagi perbezaan antara orang yang reaktif dan proaktif, kita boleh mengetahuinya melalui bahasa percakapan sehari-harian kita.
Kenapa bahasa, bukan rupa wajah? Ini kerana bahasa-bahasa yang keluar dari mulut kita adalah dari perangai kita. Perangai kita pulak berasal dari paradigma kita.
Orang yang reaktif selalu berkata dengan maksud untuk “melarikan diri” dari bertanggungjawab. Contohnyer: “tak de ape yang bleh aku buat dah”. “Inilah aku”. “Inilah satu-satunyer jalan yang aku pilih”.
Tetapi ayat-ayat orang yang proaktif ni lain: “Mari kita cari alternatif lain”. “saya akan memilih pendekatan lain”. Saya akan memberikan persembahan yang terbaik.
So, KUASA MEMILIH di tangan kita... samada nak DIJAJAH oleh persekitaran kita atau kita yang MENGUASAI keadaan.
PART: I Kemenagan peribadi: Jadilah Proaktif
10:11 AM
|
|
This entry was posted on 10:11 AM
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment