Jutawan Klik!!!

Jangan Cuba Bermain Api !!!

Pada bulan lepas, akhbar mingguan dari Sabah yang bernama Herald Catholic telah menggunakan nama Allah di dalam akhbar itu. Akibat dari situasi ini, ramai pihak telah menyanggah perbuatan yang boleh kita ibaratkan seperti bermain-main dengan api.

Isu yang menyentuh sensitiviti agama Islam bukanlah isu yang baru tetapi isu ini telah banyak berlaku seperti isu penggunaan nama Allah di dalam Bible yang hendak diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Tetapi, isu ini kembali hangat apabila ada segelintir pihak yang masih belum mengerti akan panasnya api yang membara. Malah, Timbalan Meteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri memberi kelonggaran kepada Herald Catholic pula sekali gus mencetuskan polemik terbaru.

Kita sebagai umat Islam perlulah cakna akan isu yang membabitkan umat Islam seperti isu ini yang terang-terang cuba membawa suatu gelombang kekeliruan terhadap umat Islam di negara ini kerana isu penggunaan nama Allah dalam akhbar Kristian ini boleh menjejas dan merosakkan pegangan tauhid orang Islam terutamanya penganut Islam yang hanya Islam pada kulitnya sahaja, bukan pada kulit dan isinya.

Jesteru itu, marilah kita sama-sama memantapkan diri kita dengan mempelajari , menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang tulin lagi suci dari sebarang kotoran sekularisme dan ideologi-idelogi lain yang mencemarkan Islam. Hanya dengan cara ini sahaja kita mampu menaikkan kembali martabat Islam sebagai ad-deenul haq ke tempatnya yang tertinggi sekali supaya tiada lagi fitnah untuk Islam dan penganutnya.

Wallahu a’lam…

0 comments: