Jutawan Klik!!!

“Betul ke Ustaz?”

“Orang yang selalu sibuk ni mesti dapat result cemerlang.” Kata ustaz dot dot (nama dirahsiakan).

Tercengang saya dibuatnya.

“ Betul ka ustaz? Tak silap ana ramai yang dapat keputusan yang teruk tambah – tambah orang yang terlibat dengan gerak-kerja dakwah ni.” Kataku dengan nada yang tidak puas hati.

“ Orang yang sibuk ni mesti dapat keputusan yang cemerlang sebab kesibukan yang seseorang itu alami menyebabkan seseorang itu merancang masanya dengan penuh teliti dan melatih dirinya untuk jadi lebih berdisiplin.” Terang si ustaz.

Saya tahu, ustaz bercakap berdasarkan pengalamannya semasa belajar di Mesir. Bagi orang yang baru mula-mula hendak berjinak dengan budaya hidup sibuk ini selalunya hairan dengan statement semacam ini.

Mana tidaknya, selama saya mula menyibukkan diri dalam gerak kerja dakwah, amat jarang atau mungkin tak pernah langsung saya mendapat keputusan yang cemerlang.

Para pengerak Islam semestinya mendapat keputusan yang cemerlang kerana dakwah tidak sesekali menyebabkan kita menjadi seorang yang gagal, tetapi apabila terlibatnya kita dalam arena yang mulia ini, sepatutnya kita harus sedari bahawa arena dakwah memerlukan pendokong yang benar-benar berkuati dalam segala aspeks kehidupannya.

Dengan kata lain, apabila seseorang itu terlibat dengan gerak-kerja dakwah, seseorang itu mesti membuang segala tabiat-tabiat buruknya seperti tidur banyak, culas dalam berqiammullail, banyak beromong kosong dan sebagainya.

Kepada para penggerak Islam yang akan menghadapi peperiksaan saya ucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semoga kita akan berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini untuk menjadi pemangkin kepada kegemilangan Islam di masa akan datang.

(Kemungkinan perbualan di atas telah terubah suai sedikit.)

Wallahua’lam.



2 comments:

Anonymous said...

Smoga berjaya dgn cemerlang dalam exam..Selain berjuang dalam bidang dakwah, peperiksaan jga merupakan medan perjuangan yang penting untuk kita tempuhi sebagai seorang pelajar. Tanpa persediaan yang lengkap dan mantap, pejuang akan kalah di medan perjuangannya...
Selamat berjuang.

A. Sufyan said...

Syukran...