Jutawan Klik!!!

Ibadah Sepenuh Hati

AlMalizy
Editor:NuurZaffan
1. Penyakit dan Ubatnya Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”
Pernahkah anda merasakan makna – makna spiritual ini sebelumnya? Di dalam hati ada robekan, keterasingan, kesedihan, kegelisahan, dan gejolak api... ada pelbagai penyakit yang ubatnya tiada lain hanyalah dengan “mengenal Allah”.
2. Pancaran Hati Berikut ini beberapa nilai spiritual yang akan dijelaskan dengan mudah oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Ketahuilah, setiap kali hati anda mampu menangkap makna – makna ini dengan baik, setiap kali pula hati anda akan bersinar cerah, jiwa dan batin anda pula berseri bahagia.
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih – kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi mengadap raja - raja dan para pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul – betul mencintai Allah.”
Sungguh, inilah kata – kata yang muncul dari dalam sanubari dan keluar meluncur dengan kuat. Saya rasa anda sekarang masih baik – baik saja, sebab anda telah bersiap menerima kata – kata ini, dan persiapan anda juga merupakan persiapan yang kuat. seluruh perasaan dan kepekaan berhimpun dan bergejolak membuat hati bahagia. Seluruh gejala ini membentuk sebuah kenyataan alami yang indah, yang bernama “kecerahan hati”.
3. Perindu Syurga Ibnul Qayyim rahimahullah juga mengenengahkan sebuah trilogi sikap dengan begitu indah. Apabila anda membaca dan menyimpannya dengan baik di dalam hati, reaksi yang muncul akan begitu cepat tidak seperti yang anda sangkakan.
Beliau mengatakan, “Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun engkau terusir. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang. Kemudian, tadahlah tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, ‘Tolonglah, saya adalah orang miskin. bersedekahlah untuk saya....!”
Saudaraku, bacalah kata – kata di atas sekali lagi, dan selamilah betul – betul maknanya. Ketahuilah, lautan ini amat dalam, dan mutiaranya terletak didasar yang paling dalam! Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun anda terusir! Anda ingin menangis ketika solat tetapi anda tidak boleh. Anda ingin meraih kekhusyukan, tetapi anda tidak tahu bagaimana caranya. Jangan pernah berhenti dan berpatah harapan. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun anda tertolak!
Anda pernah membuat maksiat lalu anda bertaubat dan memohon ampunan, tetapi kemudian anda kembali melakukannya. Saat begitu, jangan pernah berhenti untuk memohon ampun. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang!
Ada pengajian di masjid sana, pergilah bersama para jemaah, teruslah bersama orang – orang yang rajin membaca dan merenungi Al – Quran. Apakah anda pernah merasakan manisnya nilai – nilai ini sebelumnya?
Sungguh, kata – kata ini di dalam hati berubah menjadi nyawa, sehingga hati pun menjadi hidup. Demi Allah, katakan dengan jujur, bilakah kali terakhir anda merasa khusyu’ mengadap Allah? Bilakah terakhir kali anda bersujud memohon kepada Allah agar kemanisan rasa khusyu’ ini tidak pernah akan berakhir?
Saudaraku tercinta, siapkan diri anda untuk meraih nilai – nilai ini. tempatkan dan hormatilah kekhusyu’kan sebagaimana semestinya. Saya sekarang yakin dengan anda! Sebab hal seperti ini tidaklah mustahil bagi seorang “perindu syurga”.

Sambungan..

Red Cliff

Selepas difikirkan, mengapakah Islam di waktu kini semakin terancam dan yang lebih menakutkan mengapa Islam semakin hari semakin mundur kebelakang adalah kerana iaitu… Saya rasa elok saya simpan dahulu jawapannya.

Seronok, hairan dan kagum apabila aku menonton dan menghayati satu cerita siri peperangan di zaman dahulu kala China yang penuh dengan pengajaran yang tersirat untuk saya ceduk faedahnya untuk menghadapi “peperangan” yang umat Islam sedang hadapi sekarang iaitu peperangan antara al-Haq dan batil.



Red Cliff I and II

Inilah tajuk ceritanya. Sebenarnya saya pun tidak tahu bila filem peperangan ini ditayangkan di pawagam. saya hanya mengetahuinya apabila membaca majalah i keluaran bulan April dari hasil tulisan Setiausaha Agong GAMIS, Muhamad Syaari Abdul Rahman.

Sebenarnya saya kagum dengan strategi peperangan yang digunakan oleh pihak baik dalam memanipulasi keadaan sekeliling dan dalam merencanakan strategi dalam usaha untuk menentang pihak yang mewakili watak jahat.

Sebagai contoh yang boleh diambil dari secubit bahagian dari cerita ini ialah bagaimana kebijaksanaan pihak baik dalam cerita ini membuat satu formasi yang cukup unik dalam usaha menumpaskan salah satu sayap pihak musuh iaitu tentera berkuda dan tentera yang berjalan kaki.

Sebelum itu untuk pengetahuan anda semua, pihak musuh mempunyai bala tentera seramai 800,000 orang dan tentera baik pula hanya mempunyai tentera hanya seramai 200,000 orang sahaja. Itu pun setelah tentera baik ini melakukan pakatan.

Satu lagi info untuk tatapan semua, tentera musuh dalam cerita ini adalah di posisi menyerang. Tentera musuh telah datang ke negara yang ingin ditakluknya dengan menggunakan jalan sungai sebagai medium utama untuk mengangkut bala tentera yang teramat ramai itu. Dan sebahagian kecil, tidak silap saya seramai 2,000 bala tentera musuh menggunakan daratan sebagai jalan ke negara yang ingin ditakluk.

Seperti biasa, tentera baik atau tentera Red Cliff (Pakatan antara tentera Raja Liu Bei dengan tentera pimpinan panglima Zhou You) berada pada posisi pertahanan di kubu. Tetapi suatu “keadaan yang terbalik” telah berlaku… saya ceritakan kemudian.

Formasi Unik

Dalam cerita Rec Cliff I, ada satu siri peperangan yang menggunakan formasi yang cukup unik yang digunakan oleh pihak tentera Red Cliff. Formasi yang digunakan ialah formasi yin yang. Saya tidak tahu bagaimana hendak menerangnya. Saya sarankan anda membelinya supaya anda boleh melihat formasi unik itu.

Hasil dari formasi unik itu, tentera Red Cliff telah berjaya mengalahkan musuh yang menggunakan jalan darat dengan begitu mudah dengan sedikit sahaja korban nyawa yang dialami oleh tentera Red Cliff. Apa yang boleh saya simpulkan ialah kebijaksanaan merancang strategi itu boleh menumbangkan musuh dengan mudah dan berkesan.

Satu lagi siri peperangan telah berlaku tidak lama kemudian dalam siri ke-2 cerita Red Cliff. Peperangan ini adalah yang terakhir dalam cerita ini yang menentukan siapa yang akan menang ataupun kalah. Dalam siri peperangan yang terakhir ini, sesuatu “keadaan yang songsang” telah berlaku di mana pihak tentera Red Cliff yang sepatutnya bertahan di kubu mereka telah menyerang armada-armada musuh dengan membakar dan meletupkan semua kapal-kapal perang musuh dan akhirnya mereka terus maju dan menyerang kubu sementara buatan pihak musuh.

Bagaimana semua ini terjadi?

Jawapannya ialah penguasaan tentang hukum alam itu jauh lebih bernilai harganya daripada ratusan ribu angkatan tentera.

Segalanya berlaku apabila Zhu Liang, si genius telah membuat satu analisa tentang tiupan angin di kawasan medan peperangan itu dan akhirnya beliau telah mendapati bahawa tiupan angin yang sepatutnya memberi kelebihan kepada pihak musuh akan berubah arah dan memberi kelebihan pada mereka. Tetapi keadaan ini tidak disedari oleh pihak musuh. Akhirnya, disebabkan kealpaan pihak musuh, tentera Red Cliff telah menyerang terlebih dahulu pengkalan tentera musuh. Di penghujung cerita ini, pihak musuh telah kalah dengan begitu aib sekali kerana disangka mereka akan menang dengan mudah.

Ada lagi babak yang menarik untuk kita renungkan di waktu tentera Red Cliff mengalami kekurangan anak panah sebanyak 100, 000 anak panah kerana tentera pimpinan Raja Liu Bei telah berundur dari pakatan kerana ada suatu wabak penyakit telah merebak di kalangan tentera pakatan ini. Untuk mengelakkan lebih ramai tentera mati disebabkan penularan wabak penyakit ini, maka pihak tentera pimpinan Raja Liu Bei telah berundur dari medan perang.

Sebenarnya, apakah yang tersirat dari pengunduran tentera itu?

Ya, jawapannya ialah: Sebenarnya pengunduran tentera itu hanyalah salah satu strategi peperangan yang hanya bertujuan untuk membuatkan tentera musuh pimpinan Perdana Menteri Cao Cao menjadi over-confident. Ini menyebabkan pihak musuh telah bergembira awal dari sepatutunya kerana termakan tipu helah pihak tentera Red Cliff. Ini kerana, tentera pakatan itu telah bergabung semula untuk menyerang tentera musuh pada peperangan terakhir itu.

Kita kembali kepada babak kekurangan anak panah. Disebabkan kekurangan anak panah, Zhu Liang telah menggalas tanggungjawab untuk mendapatkan anak panah.

Bagaimana caranya?

Sekali lagi Zhu Liang telah menggunakan kepakarannya dalam membaca perubahan cuaca yang berlaku di kawasan pertempuran itu. Apa yang dijangkanya iaitu kabus tebal akan menyelubungi kawasan sungai itu pada hari ketiga (selepas beliau menerima tugas untuk mendapatkan anak panah) telah menjadi kenyataan. Sebanyak 20 buah kapal yang telah ditutupi dengan jerami telah belayar ke arah kawasan berdekatan musuh dan secara tidak langsung menyebabkan musuh terpedaya dengan tipu helah Zhu Liang. Pihak musuh telah membuat andaian yang salah bahawa mereka menyangka 20 buah kapal itu ditugaskan untuk menyerang meraka atau memasang perangkap tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Disebabkan kesilapan membuat andaian itu, pihak musuh telah memanah lebih kurang 100, 000 anak panah kepada kapal-kapal yang ditutupi jerami itu. Akhirnya, dengan mudahnya Zhu Liang telah memperoleh anak panah.

Bagaimana Pula Dengan Kita?

Daripada kisah di atas dapatlah kita ambil pengajaran bahawa untuk menguasai hukum alam seperti perubahan cuaca, arah angin dan sebagainya kita memerlukan ilmu pengetahuan yang begitu luas di samping kebijaksanaan merancang sesuatu strategi.

Di sinilah kekurangan ketara umat Islam sekarang. Kita kekurangan tenaga-tenaga yang mampu memanfaatkan banyak peluang yang ada di sekeliling kita dalam usaha untuk melajukan lagi deras dakwah khususnya di Malaysia sehingga sebaliknya berlaku di mana dakwah Islam hanya terus-menerus menggunakan metode yang sama untuk berdakwah tanpa mempunyai idea-idea dinamik untuk mentransformasikan metode dakwah Islam itu sendiri.

Sesuatu yang tidak ternilai harganya jika kita mampu mengenalpasti kehendak mad’u kita dan seterusnya kita laksanakan pula gerak kerja dakwah yang mampu menarik minat mad’u kita dan seterusnya meranapkan segala jenis perangkap yang selalu menangkap mad’u-mad’u kita seperti lubuk-lubuk nafsu syahwat, metarialisme, populariti dan sebagainya.

Kadang-kadang saya sendiri terkilan melihat banyak program-program ilmiah dan yang berunsur kebaikan hanya dihadiri oleh mereka yang “sudah baik” sahaja. Sedangkan mereka-meraka yang masih jauh dari cahaya hidayah kita seolah-olah membiarkan sahaja walaupun memang niat kita melakukan sesuatu program itu sebenarnya untuk mereka.

Jesteru, perlunya kita menguasai ilmu pengetahuan yang pelbagai disamping memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah supaya kelak kita mampu menarik lebih ramai mad’u dari pelbagai latar belakang sosioekonomi.

Wallahu a’lam…




Sambungan..

Andai Aku Merasainya…

Aku terkesima seketika…

Sudah lama aku tidak merasa perasaan sebegini rupa.

Segalanya berubah tatkala aku membaca suatu rangkap kata-kata indah yang dituturkan oleh Nabi yang tercinta Muhammad SAW.

Sebenarnya sudah banyak kali aku membaca hadith ini dan ana pasti kalian juga sama. Malah ana yakin kalian sudahpun menghafal hadith yang masyur ini yang diriwayatkan oleh sahabat besar Anas bin Malik r.a.

Malu, insaf, perasan dan lain-lain perasaan serta-merta merobohkan tembok keegoan diriku yang sebelum ini merasakan diri ini sebagai seorang dai’e atau Muslim yang Mukmin yang kononya sudah sempurna.

Ya, baru aku tersedar dari lamunanku yang teramat panjang. Bila saja aku membaca sepatah demi sepatah keterangan hadith ini, barulah aku tahu bahawa aku telah kehilangan suatu benda yang teramat bernilai yang tiada bandingan dan tandingannya dengan segala sesuatu di dunia ini.

Ia suatu perasaan. Apabila kebanyakan manusia mula memilih jalan yang dipenuhi nafsu syahwat, perasaan ini memandu hati tuannya mencari jalan untuk terus berada di atas jalan menuju kebahagiaan di sana kelak.

Apabila kebanyakan manusia mula merasa “tandus” walaupun banyak mengingatiNya, tetapi tuan empunya perasaan ini tetap merasakan suatu kenikmatan yang tak terhingga walaupun mengingati-Nya dalam suatu jangka masa yang lama.

Bila mana terbentangnya pelbagai mehnah di depan matanya, hati-hati yang dipenuhi dengan perasaan ini sentiasa tenang dan lapang dalam menghadapi dugaan yang boleh saja mencantas iman di dalam diri seseorang bila-bila masa.

Dan yang terpenting sekali, bertuahnya si empunya perasaan ini apabila dia melewati setiap saat dalam kehidupan sehariannya, tidak dia melaluinya melainkan setiap detik kehidupannya disulami dengan kenikmatan cinta kepada-Nya.

Perasaan itu hanya muncul tatkala benteng keimanan dalam diri seseorang itu telah kukuh kepada Allah dan rasul-Nya.

Berkata Al-Qadhi: “Hanya mereka yang memiliki keimanan yang kukuh sahaja yang mampu memiliki rasa cinta yang tulus kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan dengan ini semua, jiwa akan berasa tenteram dan dada akan merasa lapang.”

Hadith tersebut ialah:

Diriwayatkan daripada Anas bn Malik r.a, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga hal, yang jika tida hal itu ada pada seseorang, maka dia akan merasa manisnya iman. (iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang kerana Allah; Benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan darinya, sebagaimana bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (riwayat Bukhari)

Menurut Imam Al Nawawi dalam Kitab Sahih Muslim, para ulama’ berkata, “ Yang dimaksudkan dengan khalawatul iman atau ‘manisnya iman’ dalam hadith di atas adalah merasa nikmat ketika menjalankan ketaatan kepada Allah dan rela menanggung sensara dengan tetap merasa redha kepada Allah dan rasul-Nya.”

Memang mudah apabila kita mengatakan mencintai Allah dan rasul-Nya dari segala-galanya. Tetapi sebenarnya amat sukar untuk mempratikkannya kerana suasana sekarang dengan mudahnya dapat mengalih cinta seseorang kepada makhluk.

Untuk mencintai seseorang kerana Allah pun bukanlah suatu yang senang untuk dikerjakan. Lihat sahaja fenomena umat Islam sekarang, ramai dari kita berkawan dengan yang lain kerana hendakkan pangkat dan jawatan supaya dengannya golongan seperti ini dapat mengumpulkan harta dan duit sebanyak-banyaknya. Tetapi rakyat di bawah dibiar tanpa ada rasa kesihan. Tidak terlepas juga mereka yang hendakkan tender sesuatu projek. Bagi golongan seperti ini, makna persahabatan hanyalah untuk mendapatkan sesuatu yang menguntungkan mereka. Itu sahaja…

Benci kembali kepada kekufuran pun perkara yang sukar untuk dilakukan. Nak meninggalkannya pun sudah termengah-mengah, bagaimana peritnya pula hendak membencinya…

Wallahu a’lam…


Sambungan..






Sambungan..

“Betul ke Ustaz?”

“Orang yang selalu sibuk ni mesti dapat result cemerlang.” Kata ustaz dot dot (nama dirahsiakan).

Tercengang saya dibuatnya.

“ Betul ka ustaz? Tak silap ana ramai yang dapat keputusan yang teruk tambah – tambah orang yang terlibat dengan gerak-kerja dakwah ni.” Kataku dengan nada yang tidak puas hati.

“ Orang yang sibuk ni mesti dapat keputusan yang cemerlang sebab kesibukan yang seseorang itu alami menyebabkan seseorang itu merancang masanya dengan penuh teliti dan melatih dirinya untuk jadi lebih berdisiplin.” Terang si ustaz.

Saya tahu, ustaz bercakap berdasarkan pengalamannya semasa belajar di Mesir. Bagi orang yang baru mula-mula hendak berjinak dengan budaya hidup sibuk ini selalunya hairan dengan statement semacam ini.

Mana tidaknya, selama saya mula menyibukkan diri dalam gerak kerja dakwah, amat jarang atau mungkin tak pernah langsung saya mendapat keputusan yang cemerlang.

Para pengerak Islam semestinya mendapat keputusan yang cemerlang kerana dakwah tidak sesekali menyebabkan kita menjadi seorang yang gagal, tetapi apabila terlibatnya kita dalam arena yang mulia ini, sepatutnya kita harus sedari bahawa arena dakwah memerlukan pendokong yang benar-benar berkuati dalam segala aspeks kehidupannya.

Dengan kata lain, apabila seseorang itu terlibat dengan gerak-kerja dakwah, seseorang itu mesti membuang segala tabiat-tabiat buruknya seperti tidur banyak, culas dalam berqiammullail, banyak beromong kosong dan sebagainya.

Kepada para penggerak Islam yang akan menghadapi peperiksaan saya ucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semoga kita akan berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini untuk menjadi pemangkin kepada kegemilangan Islam di masa akan datang.

(Kemungkinan perbualan di atas telah terubah suai sedikit.)

Wallahua’lam.



Sambungan..

SETIAP manusia dikurniakan Allah hati.

Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama.

Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud:

“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari - 2/49)

Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak.

Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah .

Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam 7 perkara :

Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;

Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;

Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;

Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.

Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram.

Keenam, Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah ;

Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.

Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.

Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga.

Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. Sebenarnya manusia menghadapi dua bisikan, iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat.
Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (Surah al-A’raf: 200-201).

Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah , tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan.

Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih.

Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali sebagai seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.

Sumber: http://nursyirah.wordpress.com/

Sambungan..

Antara Dua Firqah

Aku semakin risau dengan fenomena yang berlaku mutakhir ini di Malaysia. Bermula dengan perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dalam masa yang sama Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkenal dengan pelbagai rekod buruk yang masih belum pasti kesahihannya akan naik sebagai orang nombor satu negara.

Saya bercakap bukanlah atas dasar ingin memburukkan mana-mana pihak tetapi itulah realiti yang patut kita telan dan hadam. Apa gunanya erti sebuah demokrasi jika rakyat disekat suara mereka untuk menyatakan sesuatu perkara yang tidak disenangi kepada mana-mana pihak termasuk pihak yang mentadbir kerajaan.

Satu lagi peristiwa yang sedang berlaku dan hanya tunggu kemuncaknya sahaja iaitu pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Seperti yang sudah kita sedia maklum, keputusan pilihanraya kecil ini pasti akan mempengaruhi deras langkah dua badan politik terbesar negara iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pada masa akan datang samada semakin deras langkahnya atau pun semakin perlahan.

Aku bukanlah orang yang layak untuk menganalisis perkara besar ini tetapi aku kena menyahut cabaran supaya selepas ini aku dapat lakukan dengan lebih baik lagi dalam menganalisa sesuatu perkara.

Apapun keputusan pilihanraya kecil ini, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi persepsi masyarakat dan perspektif pada kaca mata masyarakat terhadap kepimpinan yang akan diketuai oleh PM ke-6 Malaysia ini.

Mungkin ada yang mengatakan politik ini kotor dan menyebabkan segelintir masyarakat kita yang melarikan diri dari terlibat dalam kancah politik. Tetapi, melarikan diri itu bukanlah jalan penyelesaian yang tepat untuk meleraikan kusut benang yang semakin mengusutkan ini. Jalan penyelesainya hanyalah satu iaitu kita sama-sama terjun dalam kancah politik ini dengan membawa idealisme transformasi politik negara ke arah yang lebih jernih dan bersih. Kita yang mengotorkan dan kita jualah yang membersihkannya.

Konklusi dari perbincangan di atas, dapatlah kita ketahui bahawa di setiap masa, tempat dan keadaan pasti dan wajib akan berlaku dua pertembungan kuasa besar iaitu golongan yang membawa kebenaran dan golongan yang mendokong kebatilan yang sudah pasti dan “di sana” kelak, pasti ada dua kelompok yang akan Allah pisahkan seperti mana firmannya:

“Demikianlah kami wahyukan kepadamu (Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu member peringatan kepada ummu Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya ( penduduk dunia), serta member peringatan (pula) mengenai (Yaumul Jam’ei) hari perhimpunan (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Satu firqah masuk syurga dan satu firqah lagi masuk neraka.”

( As-Syura: 7)

Inilah suatu kepastian yang Maha Benar. Bukan untuk diada-adakan tetapi telah tercatit dalam
catitan kalam yang Maha Agung. Wajib kepada kita yang bergelar Muslim untuk bermuhasabah – dalam firqah mana kita hendak diri kita berada?

Keputusan yang penting ini sebenarnya ditentukan “di sini” lagi, bukan “di sana”. Jika kita di dunia ini buat acuh tidak acuh tentang perkara yang bakal berlaku “di sana”, ditakuti “di sana” kelak kita ditimpa susah. Janganlah kita menjadi seperti golongan “manusia lemah” yang dimaksudkan dalam hadith dibawah:

Orang yang cerdik lagi berakal adalah orang yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal sebagai persiapan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharapkan kemurahan Allah tanpa beramal solih.”

(Hadith riwayat Tirmidzi)

Wallahu a’lam…

Sambungan..