Jutawan Klik!!!

Red Cliff

Selepas difikirkan, mengapakah Islam di waktu kini semakin terancam dan yang lebih menakutkan mengapa Islam semakin hari semakin mundur kebelakang adalah kerana iaitu… Saya rasa elok saya simpan dahulu jawapannya.

Seronok, hairan dan kagum apabila aku menonton dan menghayati satu cerita siri peperangan di zaman dahulu kala China yang penuh dengan pengajaran yang tersirat untuk saya ceduk faedahnya untuk menghadapi “peperangan” yang umat Islam sedang hadapi sekarang iaitu peperangan antara al-Haq dan batil.



Red Cliff I and II

Inilah tajuk ceritanya. Sebenarnya saya pun tidak tahu bila filem peperangan ini ditayangkan di pawagam. saya hanya mengetahuinya apabila membaca majalah i keluaran bulan April dari hasil tulisan Setiausaha Agong GAMIS, Muhamad Syaari Abdul Rahman.

Sebenarnya saya kagum dengan strategi peperangan yang digunakan oleh pihak baik dalam memanipulasi keadaan sekeliling dan dalam merencanakan strategi dalam usaha untuk menentang pihak yang mewakili watak jahat.

Sebagai contoh yang boleh diambil dari secubit bahagian dari cerita ini ialah bagaimana kebijaksanaan pihak baik dalam cerita ini membuat satu formasi yang cukup unik dalam usaha menumpaskan salah satu sayap pihak musuh iaitu tentera berkuda dan tentera yang berjalan kaki.

Sebelum itu untuk pengetahuan anda semua, pihak musuh mempunyai bala tentera seramai 800,000 orang dan tentera baik pula hanya mempunyai tentera hanya seramai 200,000 orang sahaja. Itu pun setelah tentera baik ini melakukan pakatan.

Satu lagi info untuk tatapan semua, tentera musuh dalam cerita ini adalah di posisi menyerang. Tentera musuh telah datang ke negara yang ingin ditakluknya dengan menggunakan jalan sungai sebagai medium utama untuk mengangkut bala tentera yang teramat ramai itu. Dan sebahagian kecil, tidak silap saya seramai 2,000 bala tentera musuh menggunakan daratan sebagai jalan ke negara yang ingin ditakluk.

Seperti biasa, tentera baik atau tentera Red Cliff (Pakatan antara tentera Raja Liu Bei dengan tentera pimpinan panglima Zhou You) berada pada posisi pertahanan di kubu. Tetapi suatu “keadaan yang terbalik” telah berlaku… saya ceritakan kemudian.

Formasi Unik

Dalam cerita Rec Cliff I, ada satu siri peperangan yang menggunakan formasi yang cukup unik yang digunakan oleh pihak tentera Red Cliff. Formasi yang digunakan ialah formasi yin yang. Saya tidak tahu bagaimana hendak menerangnya. Saya sarankan anda membelinya supaya anda boleh melihat formasi unik itu.

Hasil dari formasi unik itu, tentera Red Cliff telah berjaya mengalahkan musuh yang menggunakan jalan darat dengan begitu mudah dengan sedikit sahaja korban nyawa yang dialami oleh tentera Red Cliff. Apa yang boleh saya simpulkan ialah kebijaksanaan merancang strategi itu boleh menumbangkan musuh dengan mudah dan berkesan.

Satu lagi siri peperangan telah berlaku tidak lama kemudian dalam siri ke-2 cerita Red Cliff. Peperangan ini adalah yang terakhir dalam cerita ini yang menentukan siapa yang akan menang ataupun kalah. Dalam siri peperangan yang terakhir ini, sesuatu “keadaan yang songsang” telah berlaku di mana pihak tentera Red Cliff yang sepatutnya bertahan di kubu mereka telah menyerang armada-armada musuh dengan membakar dan meletupkan semua kapal-kapal perang musuh dan akhirnya mereka terus maju dan menyerang kubu sementara buatan pihak musuh.

Bagaimana semua ini terjadi?

Jawapannya ialah penguasaan tentang hukum alam itu jauh lebih bernilai harganya daripada ratusan ribu angkatan tentera.

Segalanya berlaku apabila Zhu Liang, si genius telah membuat satu analisa tentang tiupan angin di kawasan medan peperangan itu dan akhirnya beliau telah mendapati bahawa tiupan angin yang sepatutnya memberi kelebihan kepada pihak musuh akan berubah arah dan memberi kelebihan pada mereka. Tetapi keadaan ini tidak disedari oleh pihak musuh. Akhirnya, disebabkan kealpaan pihak musuh, tentera Red Cliff telah menyerang terlebih dahulu pengkalan tentera musuh. Di penghujung cerita ini, pihak musuh telah kalah dengan begitu aib sekali kerana disangka mereka akan menang dengan mudah.

Ada lagi babak yang menarik untuk kita renungkan di waktu tentera Red Cliff mengalami kekurangan anak panah sebanyak 100, 000 anak panah kerana tentera pimpinan Raja Liu Bei telah berundur dari pakatan kerana ada suatu wabak penyakit telah merebak di kalangan tentera pakatan ini. Untuk mengelakkan lebih ramai tentera mati disebabkan penularan wabak penyakit ini, maka pihak tentera pimpinan Raja Liu Bei telah berundur dari medan perang.

Sebenarnya, apakah yang tersirat dari pengunduran tentera itu?

Ya, jawapannya ialah: Sebenarnya pengunduran tentera itu hanyalah salah satu strategi peperangan yang hanya bertujuan untuk membuatkan tentera musuh pimpinan Perdana Menteri Cao Cao menjadi over-confident. Ini menyebabkan pihak musuh telah bergembira awal dari sepatutunya kerana termakan tipu helah pihak tentera Red Cliff. Ini kerana, tentera pakatan itu telah bergabung semula untuk menyerang tentera musuh pada peperangan terakhir itu.

Kita kembali kepada babak kekurangan anak panah. Disebabkan kekurangan anak panah, Zhu Liang telah menggalas tanggungjawab untuk mendapatkan anak panah.

Bagaimana caranya?

Sekali lagi Zhu Liang telah menggunakan kepakarannya dalam membaca perubahan cuaca yang berlaku di kawasan pertempuran itu. Apa yang dijangkanya iaitu kabus tebal akan menyelubungi kawasan sungai itu pada hari ketiga (selepas beliau menerima tugas untuk mendapatkan anak panah) telah menjadi kenyataan. Sebanyak 20 buah kapal yang telah ditutupi dengan jerami telah belayar ke arah kawasan berdekatan musuh dan secara tidak langsung menyebabkan musuh terpedaya dengan tipu helah Zhu Liang. Pihak musuh telah membuat andaian yang salah bahawa mereka menyangka 20 buah kapal itu ditugaskan untuk menyerang meraka atau memasang perangkap tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Disebabkan kesilapan membuat andaian itu, pihak musuh telah memanah lebih kurang 100, 000 anak panah kepada kapal-kapal yang ditutupi jerami itu. Akhirnya, dengan mudahnya Zhu Liang telah memperoleh anak panah.

Bagaimana Pula Dengan Kita?

Daripada kisah di atas dapatlah kita ambil pengajaran bahawa untuk menguasai hukum alam seperti perubahan cuaca, arah angin dan sebagainya kita memerlukan ilmu pengetahuan yang begitu luas di samping kebijaksanaan merancang sesuatu strategi.

Di sinilah kekurangan ketara umat Islam sekarang. Kita kekurangan tenaga-tenaga yang mampu memanfaatkan banyak peluang yang ada di sekeliling kita dalam usaha untuk melajukan lagi deras dakwah khususnya di Malaysia sehingga sebaliknya berlaku di mana dakwah Islam hanya terus-menerus menggunakan metode yang sama untuk berdakwah tanpa mempunyai idea-idea dinamik untuk mentransformasikan metode dakwah Islam itu sendiri.

Sesuatu yang tidak ternilai harganya jika kita mampu mengenalpasti kehendak mad’u kita dan seterusnya kita laksanakan pula gerak kerja dakwah yang mampu menarik minat mad’u kita dan seterusnya meranapkan segala jenis perangkap yang selalu menangkap mad’u-mad’u kita seperti lubuk-lubuk nafsu syahwat, metarialisme, populariti dan sebagainya.

Kadang-kadang saya sendiri terkilan melihat banyak program-program ilmiah dan yang berunsur kebaikan hanya dihadiri oleh mereka yang “sudah baik” sahaja. Sedangkan mereka-meraka yang masih jauh dari cahaya hidayah kita seolah-olah membiarkan sahaja walaupun memang niat kita melakukan sesuatu program itu sebenarnya untuk mereka.

Jesteru, perlunya kita menguasai ilmu pengetahuan yang pelbagai disamping memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah supaya kelak kita mampu menarik lebih ramai mad’u dari pelbagai latar belakang sosioekonomi.

Wallahu a’lam…




0 comments: