Aku terkesima seketika…
Sudah lama aku tidak merasa perasaan sebegini rupa.
Segalanya berubah tatkala aku membaca suatu rangkap kata-kata indah yang dituturkan oleh Nabi yang tercinta Muhammad SAW.
Sebenarnya sudah banyak kali aku membaca hadith ini dan ana pasti kalian juga sama. Malah ana yakin kalian sudahpun menghafal hadith yang masyur ini yang diriwayatkan oleh sahabat besar Anas bin Malik r.a.
Malu, insaf, perasan dan lain-lain perasaan serta-merta merobohkan tembok keegoan diriku yang sebelum ini merasakan diri ini sebagai seorang dai’e atau Muslim yang Mukmin yang kononya sudah sempurna.
Ya, baru aku tersedar dari lamunanku yang teramat panjang. Bila saja aku membaca sepatah demi sepatah keterangan hadith ini, barulah aku tahu bahawa aku telah kehilangan suatu benda yang teramat bernilai yang tiada bandingan dan tandingannya dengan segala sesuatu di dunia ini.
Ia suatu perasaan. Apabila kebanyakan manusia mula memilih jalan yang dipenuhi nafsu syahwat, perasaan ini memandu hati tuannya mencari jalan untuk terus berada di atas jalan menuju kebahagiaan di sana kelak.
Apabila kebanyakan manusia mula merasa “tandus” walaupun banyak mengingatiNya, tetapi tuan empunya perasaan ini tetap merasakan suatu kenikmatan yang tak terhingga walaupun mengingati-Nya dalam suatu jangka masa yang lama.
Bila mana terbentangnya pelbagai mehnah di depan matanya, hati-hati yang dipenuhi dengan perasaan ini sentiasa tenang dan lapang dalam menghadapi dugaan yang boleh saja mencantas iman di dalam diri seseorang bila-bila masa.
Dan yang terpenting sekali, bertuahnya si empunya perasaan ini apabila dia melewati setiap saat dalam kehidupan sehariannya, tidak dia melaluinya melainkan setiap detik kehidupannya disulami dengan kenikmatan cinta kepada-Nya.
Perasaan itu hanya muncul tatkala benteng keimanan dalam diri seseorang itu telah kukuh kepada Allah dan rasul-Nya.
Berkata Al-Qadhi: “Hanya mereka yang memiliki keimanan yang kukuh sahaja yang mampu memiliki rasa cinta yang tulus kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan dengan ini semua, jiwa akan berasa tenteram dan dada akan merasa lapang.”
Hadith tersebut ialah:
Diriwayatkan daripada Anas bn Malik r.a, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga hal, yang jika tida hal itu ada pada seseorang, maka dia akan merasa manisnya iman. (iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang kerana Allah; Benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan darinya, sebagaimana bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (riwayat Bukhari)
Menurut Imam Al Nawawi dalam Kitab Sahih Muslim, para ulama’ berkata, “ Yang dimaksudkan dengan khalawatul iman atau ‘manisnya iman’ dalam hadith di atas adalah merasa nikmat ketika menjalankan ketaatan kepada Allah dan rela menanggung sensara dengan tetap merasa redha kepada Allah dan rasul-Nya.”
Memang mudah apabila kita mengatakan mencintai Allah dan rasul-Nya dari segala-galanya. Tetapi sebenarnya amat sukar untuk mempratikkannya kerana suasana sekarang dengan mudahnya dapat mengalih cinta seseorang kepada makhluk.
Untuk mencintai seseorang kerana Allah pun bukanlah suatu yang senang untuk dikerjakan. Lihat sahaja fenomena umat Islam sekarang, ramai dari kita berkawan dengan yang lain kerana hendakkan pangkat dan jawatan supaya dengannya golongan seperti ini dapat mengumpulkan harta dan duit sebanyak-banyaknya. Tetapi rakyat di bawah dibiar tanpa ada rasa kesihan. Tidak terlepas juga mereka yang hendakkan tender sesuatu projek. Bagi golongan seperti ini, makna persahabatan hanyalah untuk mendapatkan sesuatu yang menguntungkan mereka. Itu sahaja…
Benci kembali kepada kekufuran pun perkara yang sukar untuk dilakukan. Nak meninggalkannya pun sudah termengah-mengah, bagaimana peritnya pula hendak membencinya…
Wallahu a’lam…
Andai Aku Merasainya…
8:52 AM
|
Labels:
Sekadar Peringatan
|
This entry was posted on 8:52 AM
and is filed under
Sekadar Peringatan
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sesungguhnya yang berkata-kata itu yang dahulunya di uji. harap nta kuat le yer kalau diuji. Almaklum laa zaman kini muslimatnya ramai. gerak kerja pulak bercampur mat dan min.
Pelbagai alasan mampu dicipta untuk mempertahankan diri sendiri. Ini semua jelas bila cinta nafsu melibihi cinta ilahi oleh manusia yg bertopengkan kopiah dan bertudung labuh.
Sekadar peringatan dari insan yang hina dan lemah. Moga Allah meneguhkan iman kita semua. ameen
Syukran akhi...
Post a Comment