Jutawan Klik!!!

Antara Dua Firqah

Aku semakin risau dengan fenomena yang berlaku mutakhir ini di Malaysia. Bermula dengan perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dalam masa yang sama Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkenal dengan pelbagai rekod buruk yang masih belum pasti kesahihannya akan naik sebagai orang nombor satu negara.

Saya bercakap bukanlah atas dasar ingin memburukkan mana-mana pihak tetapi itulah realiti yang patut kita telan dan hadam. Apa gunanya erti sebuah demokrasi jika rakyat disekat suara mereka untuk menyatakan sesuatu perkara yang tidak disenangi kepada mana-mana pihak termasuk pihak yang mentadbir kerajaan.

Satu lagi peristiwa yang sedang berlaku dan hanya tunggu kemuncaknya sahaja iaitu pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Seperti yang sudah kita sedia maklum, keputusan pilihanraya kecil ini pasti akan mempengaruhi deras langkah dua badan politik terbesar negara iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pada masa akan datang samada semakin deras langkahnya atau pun semakin perlahan.

Aku bukanlah orang yang layak untuk menganalisis perkara besar ini tetapi aku kena menyahut cabaran supaya selepas ini aku dapat lakukan dengan lebih baik lagi dalam menganalisa sesuatu perkara.

Apapun keputusan pilihanraya kecil ini, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi persepsi masyarakat dan perspektif pada kaca mata masyarakat terhadap kepimpinan yang akan diketuai oleh PM ke-6 Malaysia ini.

Mungkin ada yang mengatakan politik ini kotor dan menyebabkan segelintir masyarakat kita yang melarikan diri dari terlibat dalam kancah politik. Tetapi, melarikan diri itu bukanlah jalan penyelesaian yang tepat untuk meleraikan kusut benang yang semakin mengusutkan ini. Jalan penyelesainya hanyalah satu iaitu kita sama-sama terjun dalam kancah politik ini dengan membawa idealisme transformasi politik negara ke arah yang lebih jernih dan bersih. Kita yang mengotorkan dan kita jualah yang membersihkannya.

Konklusi dari perbincangan di atas, dapatlah kita ketahui bahawa di setiap masa, tempat dan keadaan pasti dan wajib akan berlaku dua pertembungan kuasa besar iaitu golongan yang membawa kebenaran dan golongan yang mendokong kebatilan yang sudah pasti dan “di sana” kelak, pasti ada dua kelompok yang akan Allah pisahkan seperti mana firmannya:

“Demikianlah kami wahyukan kepadamu (Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu member peringatan kepada ummu Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya ( penduduk dunia), serta member peringatan (pula) mengenai (Yaumul Jam’ei) hari perhimpunan (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Satu firqah masuk syurga dan satu firqah lagi masuk neraka.”

( As-Syura: 7)

Inilah suatu kepastian yang Maha Benar. Bukan untuk diada-adakan tetapi telah tercatit dalam
catitan kalam yang Maha Agung. Wajib kepada kita yang bergelar Muslim untuk bermuhasabah – dalam firqah mana kita hendak diri kita berada?

Keputusan yang penting ini sebenarnya ditentukan “di sini” lagi, bukan “di sana”. Jika kita di dunia ini buat acuh tidak acuh tentang perkara yang bakal berlaku “di sana”, ditakuti “di sana” kelak kita ditimpa susah. Janganlah kita menjadi seperti golongan “manusia lemah” yang dimaksudkan dalam hadith dibawah:

Orang yang cerdik lagi berakal adalah orang yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal sebagai persiapan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharapkan kemurahan Allah tanpa beramal solih.”

(Hadith riwayat Tirmidzi)

Wallahu a’lam…

1 comments:

peace said...

betul3..ana setuju benar dgn pendapat nta..
swajarnya rakyat perlu lebih cakna dgn apa yg berlaku dan setiap organisasi mahupun jemaah perlu sama2 berganding bahu.
Bukan hanya memandang sebelah mata atau hanya memandang sepi tanpa sebarang usaha..

menilai dengan mata hati jgn dengan nafsu! wajib rakyat menilai dan berfikir siapa yg lebih layak bukan dengn hanya tersogok dengn media dan sebagainya.

Sesungguhnya untuk memiliki sebuah negara yang menjunjung perlembanggaan yg berteraskan islam kita memerlukan kerjasama dari semua pihak!
Jangan hanya biarkan sesetengah buat kerja dan yang lain hanya membuka mulut, memcerca, memaki, mengumpat dan sebagainya..

Peringatan buat diri yg lemah ini jugak..

Allahuakbar!