Jutawan Klik!!!

Permulaan kepada sebuah pengakhiran

Termenung panjang aku selepas buat pertama kalinya aku menonton siri pembongkaran rahsia tentang konspirasi yahudi illuminati. Betapa selama ini kita umat Islam telah diperbodohkan dengan begitu teruk sekali oleh yahudi. Mungkin sebelum ini ada dikalangan kita mengetahuinya, tetapi berapa ramai pula yang menyedarinya?

Seorang yang mengetahui sesuatu perkara itu buruk untuknya masih akan terus melakukan perbuatan itu sehinggalah dia menyedari akan keburukan sesuatu perkara itu.

Begitulah juga dengan kita. Majoriti umat Islam mengetahui akan dekatnya hari kiamat, tetapi berapa ramai yang sedang bersiap-sedia menghadapinya?

Untuk memudahkan pemahaman kita, mengapa kebanyakan dari kita masih lagi tidur dengan nyenyaknya kerana boleh dikatakan seluruh ruang lingkup kehidupan kita telah dilingkari dengan doktrin-doktrin Illuminati yang dibelakangnya ialah Dajjal. Atau pun istilah yang lebih tepat ialah “Mind Control”.

Ya, pemikiran dan cara hidup kita telah didoktrin ataupun disuap dengan hiburan yang melampau, kehidupan yang penuh dengan materialistik, merebut dan mencari harta duniawi tiada nilainya di sisi Allah SWT, memuaskan nafsu seks dengan berzina dan banyak lagi. Ringkasnya, kita disuap dengan DUNIA yang penuh dengan tipu daya.

Bijaknya perancangan Dajjal, apabila kita sudah mencintai dunia, maka secara tidak langsung hidup yang pada mulanya bertuhankan Allah SWT telah bertukar kepada bertuhankan hawa nafsu. Mudah saja sifir yang diaplikasikan oleh Dajjal.

Bukankah sudah berulang kali Allah SWT mengingatkan kita tentang dunia yang menipu ini, tetapi berapa ramai dari kita yang mengambil ibrah daripadanya? Peristiwa jatuhnya beberapa kerajaan Islam di zaman dahulu hanyalah disebabkan oleh satu faktor sahaja iaitu apabila dunia telah menjadi matlamat hidup masyarakat Islam, bukan lagi akhirat.

Kita semakin dekat...

Tabir 2010 baru sahaja membuka tirainya. Masa terus bergerak munuju ke penghujungnya. Petanda-petanda kecil hari kiamat telah pun banyak yang terjadi, boleh dikatakan semuanya sudah pun berlaku. Apa yang di tunggu sekarang hanyalah “permulaan kepada sebuah pengakhiran”.

Permulaan kepada terbukanya sebuah demi sebuah pintu-pintu petanda besar hari kiamat. Semuanya akan berlaku tidak lama lagi. Al-Mahdi yang ditunggu semakin tiba. Peperangan dengan tentera Dajjal semakin hampir masanya kerana petunjuknya sedah semakin jelas.
Apakah petunjuknya? Nantikan selepas ini insyaAllah.

Apakah kita bakal mengangkat senjata demi menyahut seruan jihad yang berkemungkinan berlaku tidak lama lagi? Semuanya masih lagi menjadi rahsiaNya. Apa yang perlu kita lakukan ialah bersiap-sedia untuk menghadapinya. Zat yang Maha Mengetahui itu telah memberi kita petunjuk-petunjuk kepada semua peristiwa besar yang akan berlaku pada akhir zaman, cuma apa yang perlu kita lakukan ialah melakukan sedikit usaha seperti memperbanyakkan mengkaji dan membaca untuk memecahkan klu-klu yang dihadiahkan oleh yang Maha Pengasihani. Dengan satu tujuan iaitu supaya kita dapat bersedia untuk menghadapi saat-saat yang menggerunkan itu.

Wallahu a’lam.