Jutawan Klik!!!

Penyambut Tetamu VIP




Sudah bersediakah untuk menyambut “ Y.A.B Tan Sri Dato’ Ramadhan dan keluarganya?.” Inilah sebuah persoalan yang sedang berlegar-legar di lubuk hatiku. Entah mengapa aku menjadi muram seperti ini. Tidak seperti dahulu, kedatangan Tan Sri Ramadhan amatlah aku nanti-nantikan. Sebagai sebuah peluang untuk bermuhasabah dan mengutip bekalan iman dan taqwa untuk mengharungi sebelas bulan mendatang.


Sebuah SMS

“ Salam... Nama saya Syaa’ban... Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki dan kedua anaknya iaitu Sahur dan Iftar... Mereka akan ditemani oleh rahmat, barakah dan keampunan... Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines... Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala berlipat ganda!! Insya’Allah.. Amin..”

Ini adalah sebuah SMS yang telah aku terima... Walaupun pelik sikit analoginya, tetapi sesuai juga untuk bermuhasabah. Terima kasih kepada yang mengirim SMS ini kepadaku..

Watak yang paling sesuai untuk kita semestinya sebagai penyambut tetamu. Selain memberi layanan yang terbaik untuk tetamu, penyambut tetamu juga mestilah bersedia untuk “menyambut” tetamu luar biasa ini.

Persoalannya, apakah persiapan kita untuk menyabut “Ramadhan dan keluarganya” ini?
Berat juga untuk memikirkannya...

Persiapan???

Persiapan yang bagaimana???

Sudah bersiap-sediakah atau belum untuk menyambutnya???

Aku pun masih tertanya-tanya lagi persiapan yang bagaimanakah perlu aku siapkan?

Mungkin sebuah artikel dalam sebuah laman sesawang iluvislam.com (http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2834 ) boleh dijadikan senarai pendek persiapan kita untuk menyambutnya.

Matlamatku hanya satu; Supaya aku dapat berhijrah ke tahap yang lebih baik lagi selepas kepulangan Tan Sri Ramadhan sekeluarga kelak. Di dalam sebuah misi untuk menjejak kembali laluan-laluan manusia yang telah dimuliakan Allah dengan sebuah kemenangan agung, TAQWA.

Wallahu a’lam...


1 comments:

Anonymous said...

slm ramadhan kareem.smga ramadhan kali ini lebih drpd sebelumnya.