Rejim Zionis Israel sekali lagi membuat serangan terbaru secara besar-besaran ke atas Gaza dalam kempen ketenteraan baru-baru ini. Menurut sumber yang terkini, diberitakan seramai 318 orang terkorban dan mencederakan 1,400 lagi.
Apa yang menjadi persoalan sekarang, ke mana hilangnya suara-suara di bawah ini?
Dimana peranan OIC dalam usaha untuk mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Rejim Zionis israel yang bertaraf binatang ini? Adakah peranan OIC hanya pada “kulit” sahaja.
Dimana suara kerajaan Malaysia yang majoritinya pemimpin yang beragama Islam dalam
usaha untuk membuat kutukan kepada kekejaman Rejim Zionis Israel. Adakah ini perkara yang diajar oleh Islam Hadhari? Berdiam diri di waktu umat Islam lain dalam kesusahan.
Dimana sensitiviti kita sebagai umat Islam? Adakah kita masih lagi tidur dibuai mimpi hiburan yang tidak berkesudahan?
Adakah kita masih lagi beria-ria untuk mempertahankan program-program yang terang-terang meruntuhkan akhlak dan jati diri sebagai seorang Islam?
Wahai sahabat-sahabatku, di mana kamu di waktu saudara seIslam kita sedang menderita? Sedang sibuk berhiburkah? Sedang “sibuk” tidurkah? Atau sedang membuat perkara - perkara lain yang sia-sia?
Tonjolkan perasaan benci kamu kepada Rejim Zionis Israel dan kasih sayang kamu kepada rakyat Palestin sekarang!!!
Itupun jika kamu sayang akan Islam…
Ya Allah, kurniakanlah kepada saudara-saudaraku yang sedang berjuang menentang Rejim Zionis Israel keimanan yang teguh lagi utuh kepadaMu. Campakkanlah rasa kegerunan ke atas musuh agamaMu kepada orang Islam dan buangkanlah rasa cinta dunia dan takut mati dari hati-hati kami. Ameen…
Wallahu a’lam…
Wahai Kaum Muslimin, di Mana Kamu?!
3:13 PM | Labels: Peristiwa Terkini | 0 Comments
Seketika Bersama Ustaz Nazrul
“ Ha, nak nikah dah ka?” tanya Ustaz Nazrul kepadaku dengan soalannya killer tahap lima.
“ Mana ada ustaz, lambat lagi tu,” balasku.
Asal jumpa ana je, tu la versi soalan pertama yang diajukan kepadaku. Soalan subjek munakahat…
Selepas berbincang agak lama sikit, akhirnya masuklah ke topik yang paling best iaitu pasal Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). PMIUSM khususnya.
Sebenarnya, ada beberapa masalah yang agak penting juga yang melanda PMI. Ana pun baru tersedar akan masalah ini.
Alhamdulillah, hasil dari perbincangan dengan Ustaz Nazrul, ada sesuatu yang boleh saya nukilkan untuk tatapan sahabat semua.
Apabila sebut sahaja PERSATUAN MAHASISWA ISLAM maka terbayanglah di kotak fikiran kita bahawa PMI adalah sebuah persatuan dakwah yang ingin menyeru manusia supaya kembali mengabdikan diri kepada Allah secara total. Dengan kata lain, kita ingin menjadikan diri kita dan orang-orang yang berada di sekeliling kita menjadi seorang yang muslim dari sudut aqidah, syariah,ibadah dan akhlaknya.
Cuma yang menjadi sedikit masalahnya sekarang ialah ada dari kalangan kita yang belum lagi memberi komitmen yang maksimum untuk menjaga prestasi ibadah dan akhlak.
Walaupun nampak macam tak berapa penting tetapi inilah yang menjadi penilaian kepada orang yang mengaku hendak membawa Islam.
Perkara yang kita perlu tahu ialah orang-orang di sekeliling kita sentiasa “mengadili” kita.
Bagaimana komitmen kita dari segi ibadah yang fahdhu dan sunat?
Kepada Muslimin adakah kita sentiasa memberi komitmen untuk sentiasa solat berjemaah di masjid?
Dari segi akhlak pula, bagaimana akhlak kita dalam pergaulan dan macam-macam lagi.
Apa yang ana nak tekankan di sini ialah orang tertarik kepada PMI atau yang lebih besar lagi ialah Islam bukan kerana kita ialah ahli PMI. Tetapi orang tertarik kepada Islam dan seterusnya PMI ialah disebabkan akhlak kita dan komitmen kita dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama, progaram-program agama dan sensitiviti kita terhadap agama kita.
Tidak perlulah kita dedahkan diri kita sebagai seorang ahli PMI kerana dengan mempamerkan akhlak yang cantik dan komitmen yang baik lagi berterusan dalam perkara yang saya sebutkan diatas sudah cukup untuk mengambarkan kita ini orang yang membawa Islam.
Kalau kurang sikit kemantapan kita dalam perkara-perkara di atas maka kurang jugalah keyakinan mereka terhadap Islam dan PMI dan begitulah sebaliknya.
Sunnah Nabi SAW dan kita
“Anta waktu solat tak boleh pakai macam ni,” tegur ustaz kepadaku.
Pada waktu itu saya memakai baju t-shirt berkolar dan seluar slack.
“Kenapa tak boleh ustaz?” tanyaku.
Maka ustaz pun memberi satu jawapan yang pada kiraanku kita makin melupakannya.
“Ahli PMI patut pakai jubah, serban, bagi nampak keizzahan sikit sebagai seorang
Islam,” kata ustaz.
( Lebih kurang macam ni la dialognya)
“Kita dok mengata orang tabligh macam tu la macam ni la, tapi kita sendiri pun tak buat apa yang orang tabligh buat,” sambung ustaz.
“Sapa lagi yang nak hidupkan sunnah nabi SAW kalau bukan ahli PMI,” sambung ustaz lagi.
Teramat betullah apa yang Ustaz Nazrul cakap tu. Suatu perkara yang kita tak berapa cakna tentangnya. Walaupun bagi kita memakai serban, jubah dan yang sewaktu dengannya itu sunnah yang “kecil” berbanding dengan sunnah nabi SAW yang besar seperti berdakwah, tetapi kita perlu ingat bahawa Islam hanya akan bangkit dan berdiri teguh di atas keruntuhan jahilliyyah apabila sunnah nabi SAW mula diamalkan dari sekecil-kecil sunnah hingga ke sebesar-besar sunnah.
Lihat sahaja para sahabat nabi SAW, para imam ahlus sunnnah wal jamaah seperti imam mazhab, muhaddithin dan ramai lagi. Dari sudut pemimpin pula, lihat sahaja Sultan Muhammad al-Fatih yang menawan Constantinople dengan strategi perang yang begitu menakjubkan. Diberitakan bahawa beliau adalah seorang yang benar-benar menjaga sunnah nabi SAW. Solat fardhu, solat rawatib dan tahajjud tidak pernah ditinggalkannya walaupun sekali apabila sudah baligh.
Bagaimana pula dengan kita sahabat-sahabatku?
Wallahu a’lam…
9:13 AM | Labels: Reaksi-ku | 3 Comments
Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh Seperti yang Dimaksudkan oleh Al-Quran dan Al-Hadith
1) Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
2) Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3) Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
4) Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah SWT.
5) Ikhlas dalam beramal.
6) Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7) Sangat takut kepada ujian Allah SWT dan ancamanNya.
8) Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9) Zuhud kepada dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10) Solat malam menjadi kebiasaannya.
11) Tawakkal penuh kepada Allah SWT dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah SWT.
12) Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13) Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah antara mereka.
14) Sangat kuat amar makruf nahi mungkarnya.
15) Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16) Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling
bertoleransi sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah SWT.
17) Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri di atas, orang-orang soleh juga merupakan insan-insan yang sentiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah SWT setelah para nabi dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dengan keganasan dan tekanan musuh.
Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh…
1. Mencari nafkah (belanja hidup).
2. Berjihad fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.
Sedikit ejaan ana edit
Sumber: Buku diari Muffakiratul Mukmimin 2009, 1430-1431 H
7:59 AM | Labels: Artikel Sahabat | 0 Comments
Lelaki Acuan Al-Quran
Lelaki acuan al-Quran
Basah lidahnya mengingati Allah
Tunduk pandangannya
Penuh kesederhanaan
Lelaki acuan al-Quran
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan
Al-quran dan as-Sunnah menjadi panduan
Akhlak nabi jadi ikutan
Lelaki acuan al-Quran
Hidup matinya kerana Allah
Hidup matinya kerana Allah
Dialah lelaki acuan al-Quran
Jadi teladan sepanjang zaman
Jadi teman diperjalanan
Sedikit ejaan ana edit
Sumber: Buku diari Muffakiratul Mukmimin 2009, 1430-1431 H
7:35 AM | Labels: Artikel Sahabat | 0 Comments
Antara Dakwah dan Akademik (Kemas Kini)
Alhamdulillah, tak lama lagi pelajar universiti akan memulakan semester baru. Bagi mereka yang terlibat dalam gerakan dakwah di kampus, mulalah pening kepala kerana banyak program akan dijalankan di semester dua nanti.
Mungkin ada di kalangan kita pernah mendengar ayat ini:
“ Akademik nombor satu, dakwah bukan nombor dua.”
Habis tu, dakwah nombor berapa?
“ Dakwah penting, akademik pun penting jugak.”
Pening juga nak faham, yang mana satu yang nak di dahulukan?
“ Akademik pertama, dakwah utama.”
Ahh, ni pun memeningkan kepala juga. Peningkan? Yang mana satu hendak diaulakan, dakwahkah atau akademik?
Kesan dari ayat-ayat yang memeningkan ini
Sepanjang pemerhatian yang dibuat, apa yang boleh saya simpulkan ramai dikalangan para pelajar yang terlibat dengan dakwah di kampus rata-ratanya mendapat keputusan yang kurang cemerlang termasuklah yang menulis artikel ini. Hehe.
Tetapi mereka yang tidak terlibat dalam dakwah di kampus dan yang lebih memeranjatkan mereka yang bercouple mendapat keputusan yang cemerlang. Memang tidak dapat dinafikan, akibat dari situasi yang “terbalik” ini ramai dikalangan pelajar yang terlibat dengan dakwah semakin perlahan gerak kerjanya dan yang paling menakutkan ada dikalangan kita yang futur dalam dakwah.
Mana tidaknya, kita tersepit dalam diantara harapan ibu bapa yang ingin melihat anak kesayangannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam akedemik dan tanggungjawab dakwah yang menuntut harta dan keseluruhan yang ada pada diri seseorang.
Pening berakhir…
Syukurku kepadaMu ya Allah kerana benang yang kusut akhirnya dapat dileraikan berkat hidayah dariMu. Akhirnya saya menemui juga cara untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam urusan duniawi dan lebih-lebih lagi urusan ukhrawi.
Berkata seorang ustaz, “ apabila kita menceburkan diri dalam arena dakwah, maka kita akan cemerlang.” (lebih kurang macam ni la dialognya)
Inilah jawapannya! Kerana apabila seseorang itu terlibat dalam arena dakwah, pasti dan pasti kita akan cemerlang kerana dakwah menuntut seseorang itu menjadi seorang Muslim yang sejati seperti yang ditunjuki oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Kalau kita itu ingin mengetahui ciri-ciri Muslim sejati cukuplah kita lihat pada diri Rasulullah SAW. Terlalu luas skop Muslim yang sejati untuk dibincangkan. Cukuplah kita melihat pada diri baginda SAW sehinggakan Rasulullah SAW dikasihi kawan dan dihormati lawan. Rasulullah SAW dicintai sehingga mengalahkan semua jenis cinta yang bersifat sementara. Akhlaknya sangat terpuji sehinggakan ramai orang terpikat dengan Islam hanya dengan melihat kelakuannya sahaja. Rasulullah SAW sentiasa dijadikan sumber qudwah hasanah kepada para sahabatnya dan generasi sesudah itu. Akhlak Rasulullah SAW ialah al-Quran sehinggakan para sahabatnya pun menjadi seperti al-Quran yang bergerak. Generasi unik yang tiada sudah selepas itu hasil dari madrasah Rasulullah SAW.
Yang terpenting ialah, baginda SAW cemerlang sebagai pendakwah di samping cemerlangnya Rasulullah SAW di pentas politik.
Cemerlangnya baginda SAW dalam pergaulan bersama para sahabatnya seiring kecemerlangannya dalam pergaulan dengan orang yang bukan Islam.
Cemerlangnya Rasulullah SAW sebagai imam selari dengan kecemerlangan baginda SAW sebagai seorang suami dan bapa.
Harapan ana, cemerlangnya kita di arena dakwah, mudah-mudahan kita dengan cemerlangnya di arena akademik.
Cemerlangnya kita di pentas dakwah kampus ini, ana berharap kita pun boleh cemerlang dalam pentas catur masa.
Cuma apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah muhasabah kembali adakah diri kita ini menepati ciri-ciri seorang Muslim yang sejati seperti yang digariskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun kita tidak menepati semua ciri seorang Muslim yang sejati sekurang-kurangnya kita sedang berusaha untuk menjadi seperti itu.
InsyaAllah, akademik, dakwah dan seluruh hidup kita di dunia dan di akhirat akan cemerlang. Cuma sekadar mencari solusi kepada masalah yang melanda...
Wallahu a’lam.
8:09 PM | Labels: Hatiku Berbicara | 2 Comments
Ustazku Berbicara
“ Ustaz ada satu cerita semasa ustaz jadi Imam kat masjid dekat Pasar Siti Khadijah,” kata ustazku.
“ Ada satu peristiwa berlaku pada suatu malam selepas solat Isyak,” sambung ustazku.
“ Ustaz, boleh tak saya nak beriktikaf kat masjid ni?” Tanya seorang hamba Allah.
“ Boleh, tapi kenapa nak beriktikaf di masjid? “ Tanya ustaz.
“ Saya musafir dari Terengganu untuk ke Rantau Panjang sebab nak dapatkan pengesahan pasport dari jabatan Imegrasen,” terangnya.
“ Kenapa nak pengesahan?” Tanya ustaz.
“ Saya sekarang sedang belajar di Terengganu dan sekarang saya tak dapat lagi pasport tetap,” terangnya lagi.
“ Saya yakin apa yang saya buat ini mendapat pahala di sisi Allah,” katanya.
Bermulanya Sebuah Cerita
“ Boleh tak awak ceritakan macam mana awak boleh masuk Islam,” tanya lagi ustaz.
“ Saya ni anak peniaga dan tinggal di Bangkok. Pada suatu hari, saya minta kebenaran dari keluarga saya untuk pergi melancong ke Malaysia melalui Rantau Panjang.” Pemuda ini memulakan ceritanya.
“ Semasa hendak ke Kota Bharu, saya telah menaiki teksi. Semasa naik teksi, pemandu teksi tu telah memasang radio dan saya mendengar sesuatu yang saya pun tidak tahu. Dengar je la. Apabila sampai sahaja ke Kota Bharu, saya mendengar benda yang sama juga. Walaupun tak tahu apa yang saya dengar, tetapi itu telah membuatkan saya berminat untuk mengkajinya,” terangnya lagi.
Tidak lama selepas itu, pemuda itu telah terbuka hatinya untuk menerima cahaya Islam hanya dengan mendengar al-Quran sahaja.
“ Selepas itu, pemuda ini balik ke rumahnya,” ustaz terus bercerita.
“ Semasa di rumah, pemuda ini tidak melakukan apa yang dia selalu lakukan dan menyebabkan ibu bapanya mengesyaki sesuatu. Akhirnya pemuda itu memberitahu bahawa dia telah memeluk Islam,” ustaz memberitahu.
Seperti biasa, sunnatullah terhadap orang yang baru memeluk Islam pasti ada sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Tentangan dari keluarga suatu yang biasa diterima dari mereka yang menerima cahaya Islam.
“ Awak tahu tak apa yang akan terjadi kepada awak selepas memeluk Islam,” tanya seorang ayah kepada anaknya.
“ Masuk Islam bolehlah diertikan seperti lembu yang dicucuk hidungnya,” kata ayahnya kepada pemuda itu.
Alhamdulillah, pemuda itu tidak mengalah. Dia telah mengambil keputusan untuk belajar ilmu agama.
“ Pemuda itu kata, suatu hari nanti dia akan balik ke rumahnya dengan harapan untuk menerangkan Islam yang indah ini kepada ayahnya,” beritahu ustaz.
Selepas itu ustaz telah membawanya berjalan-jalan di sekitar kelantan dan mereka pun turun di satu tempat yang ramai orang.
Pemuda itu telah memberi salam dan bersalam dengan semua orang yang ada di situ dengan bibir yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Suatu yang pelik dan semua
orang di situ kehairanan.
“ Kenapa kamu bersalam dengan semua orang?” ustaz bertanya.
“ Bila saya bersalam dengan ramai orang banyaklah pahala yang saya dapat,” balas pemuda itu.
Bagaimana Pula Dengan Kita ?
Sekarang ini ramai yang bersembang sesuatu yang tidak bermanfaat langsung. Ramai dari kalangan kita selalu bersembang hal-hal yang bersifat keduniaan semata-mata. Pasal artis, perempuan, motor, kereta,bola, bola dan bola. Sebab itulah kita sering di“bola”kan oleh musuh Islam. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, apabila kita sering berkata-kata hal-hal keduniaan maka kemegahan dan kehebatan dunia akan memenuhi hati kita. Apabila kita sering bercakap hal-hal yang berkaitan dengan kebesaran dan kehebatan Allah, hal-hal yang berkenaan dengan hari akhirat, pahala, dosa dan sebagainya maka iman akan memenuhi hati kita.
Sebenarnya senang sahaja untuk membuatkan hati kita sentiasa berhubung dengan Allah.
“ Mat, jom pi masjid.”
“ Malas la, egko pi dulu la, aku solat kat bilik je.”
“ Rugi betul la egko Mat, Allah nak bagi 27 kali ganda pahala solat sorang-sorang ni, egko tak mau ka?
“ Tak pe la, egko ambil la yang 27 pahala tu, aku ambik 1 je, hehe.”
Apa punya dialog la. Tapi ini mungkin realiti orang yang pernah mengajak orang ke arah kebaikan. Tetapi janganlah kita paksa pula atau kita sendiri putus harapan dari mengajak orang kearah hidayah Allah. Apa yang penting, kita hendaklah terus-menerus mengajaknya seperti dalam peristiwa rekaan dalam dialog di atas. Mungkin pada permulaannya mad’u kita tak berminat, tetapi dengan izin Allah, kalau kita terus istiqamah mengajaknya dengan ayat-ayat yang penuh diwarnai dengan kata-kata yang mengingatkan kita pada Allah dan hari akhirat, maka mad’u kita akan akur juga kepada kebaikan kerana hatinya sedang dipenuhi dengan hal-hal yang mengingatkannya kepada Allah.
Hanya Allah sahaja bisa membalas perbuatan kita seadilnya. Kita hanyalah hamba yang tidak punya apa-apa.
Satu Kenangan…
Pada suatu hari, ustazku telah pergi ke sebuah kampung yang terpencil di tanah arab untuk berjumpa keluarga angkatnya.
Apabila ustazku itu telah berada di rumah keluarga angkatnya, maka ayah angkatnya itu telah menyuruhnya mengambil kurma kering yang dibungkuskan di dalam guni.
“ Ambillah kurma kering itu banyak mana yang awak suka,” kata ayah angkat ustaz.
Ustazku menceritakan bahawa dia telah mengambil beberapa guni kurma kering yang lebih besar dari badannya untuk dibawa balik.
“ Saya akan bawa balik kurma ini dengan menaiki bas,” kata ustaz
“ Kalau awak bawa balik kurma itu dengan usaha sendiri lagi banyak la pahala yang awak dapat,” kata si bapa angkat.
“ Ish, tak kan la nak suruh aku bawa balik dengan jalan kaki kot,” fikir ustazku dengan kebimbangan.
Tatkala itu ada seorang pemuda arab berdekatan dengan mereka.
Pak cik itu telah memanggil pemuda itu.
“ Boleh tak awak hantarkan kurma ini ke tempat tinggal pemuda ini,” kata pak cik itu kepada pemuda arab itu.
“ Pemuda arab itu bersetuju walaupun tempat yang handak dihantar itu jauh.
“ Awak nak upah dariku atau dari Allah?” Tanya pak cik itu.
Berkata si pemuda, “Allah.”
Ustazku terus bercerita…
Apabila sampai sahaja di tempat kediamannya semasa belajar di sana, ustazku telah memanggil kawan-kawannya untuk mengangkat guni kurma itu. Tetapi,
“ Tak perlu, biar aku sahaja yang mengangkatnya kerana ini adalah urusanku,” balas pemuda arab itu.
Akhirnya pemuda arab itu balik tanpa meminta sebarang upah pun.
Lihatlah, apabila keagungan dan kebesaran Allah memancar dalam sanubari seseorang, maka mekarlah kemanisan redha Allah dan layulah kemanisan dunia.
Marilah kita sama-sama transformasikan ayat-ayat kita!!! Wallahu a’lam.
(Dialog di atas mungkin terubah sedikit tetapi insyaAllah masejnya sama seperti yang ana dapat.)
2:52 AM | Labels: Hatiku Berbicara | 0 Comments
Selamat Hari Raya
Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s menjadi contoh tauladan kepada kita yang nak memperjuangkan Islam. Semoga di hari mendatang kita mampu menjadi murabbi yang hebat.
3:10 PM | Labels: Peristiwa Terkini | 0 Comments
Akhwat sejati
Akhwat sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.
Akhwat sejati tidak dilihat dari retorikanya ketika aksi, tetapi dilihat dari kebijaksanaannya dalam mengambil keputusan.
Akhwat sejati tidak dilihat dari banyaknya ia berorganisasi, tetapi sebesar apa tanggungjawabnya dalam menjalankan amanah.
Akhwat sejati tidak dilihat dari kehadirannya dalam syuro', tetapi dilihat dari kontribusinya dalam mencari solusi dari suatu permasalahan.
Akhwat sejati tidak dilihat dari tasnya yang selalu membawa Al - Qur'an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al - Qur'an tersebut.
Akhwat sejati tidak dilihat dari aktivitasnya yang seabrek, tetapi bagaimana ia mampu mengoptimalisasi waktu dengan baik.
Akhwat sejati tidak dilihat dari IP-nya yang cumlaude, tetapi bagaimana ia mengajarkan ilmunya pada umat.
Akhwat sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana ia mampu membentengi hati.
Akhwat sejati tidak dilihat dari partisipasinya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.
Akhwat sejati tidak dilihat dari sholatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktivitas sholatnya.
Akhwat sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman - teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar - Rahman Ar - Rahiim.
Akhwat sejati tidak dilihat dari rutinitas dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa tetesan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud.
sumber:http://www.one-die.blogspot.com/
8:04 PM | Labels: Artikel Sahabat | 0 Comments
Lawatan Ukhwah
Alhamdulillah, pada 30 November selesai juga lawatan ukhwah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ke rumah sahabat dan juga exco PMI di Pengkalan Chepa, Kelantan. Lawatan bermula pada 27 November tetapi walimah pada 30hb. Jadi masa yang terluang kami guna dengan sebaik mungkin untuk melawat Kelantan. Ini suatu yang biasa didengari oleh orang Kelantan. Tetapi bagi kami yang jarang-jarang ke Kelantan ini merupakan suatu yang cukup bermakna.
Bila saya berada di Kelantan ada suatu yang mententeramkan dan menyenangkan hati saya. Dari segi fizikal, apa yang saya suka, negeri Kelantan negeri yang dipenuhi dengan hijau warna daun ciptaan yang Maha Sempurna. Hijau warna bendera pun banyak juga. Hehe. Bagi mereka yang ingin mencari ketenangan mental pergilah ke Kelantan. Di sinilah terletaknya satu kelebihan ciptaan Allah SWT yang bernama pokok berbanding dengan satu “ciptaan manusia” yang diberi nama bangunan. Bezanya ialah ciptaan Allah ialah ciptaan yang Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana dan ciptaan manusia pula penuh dengan sifat kekurangan dan kelemahan setaraf dengan pencipta bangunan yang semestinya penuh dengan kekurangan.
Jadi, dengan kata lain ciptaan Allah ialah ciptaan yang pasti ada manfaatnya hatta
debu yang tiada apa-apa bagi kebanyakan orang yang sebenarnya debu pun ada fungsinya yang tersendiri di alam ini. Begitu juga pokok yang hijau rendang. Ciptaan Allah yang satu ini dipenuhi dengan KETENANGAN bagi mereka yang kekontangannya dan bagi mereka yang sering “sakit mata” melihat bangunan-bangunan selain “bangunan” Allah yang satu ini. Kerana inilah, Islam menyeru umatnya supaya menjaga dan memelihara alam sekitar sehinggakan semasa berperang sekalipun tentera Islam dilarang memusnahkan pokok tumbuhan kerana disinilah terletaknya RAHMAT Allah bagi mereka yang sentiasa berfikir dengan betul. Bukan bagi mereka yang sering kali berfikir secara salah yang suka mumusnahkan ciptaan-ciptaan Allah bagi kepentingan dunia yang tiada apa-apa nilai disisiNya (hubbun dunya).
Indahnya Islam bagi mereka yang mahu berfikir kerana hanya dengan membaca dan berfikir sahaja kecantikan Islam itu akan kita temui. Seseorang itu tidak mungkin akan menjadi seorang Muslim yang sohih aqidahnya jika tidak bertemu dengan KEINDAHAN Islam. Seseorang itu tidak mungkin akan menjadi seorang Muslim yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa jikalau dirinya tidak dihiasi dengan KECANTIKAN DAN KEAGUNGAN Islam itu sendiri.
Sebab itulah ramai orang Islam sekarang semakin menjauhi Islam kerana tidak bertemu dengan keindahan Islam. Sebab itulah ramai orang yang membenci Islam kerana tidak mahu mencari keindahan Islam. Sebab itulah musuh islam ingin memusnahkan Islam dan penganutnya dengan bermacam-macam propaganda dan anasir nagatif kerana tidak mahu orang Islam bertemu dengan keindahan agamanya dan sebab itulah ramai orang bukan Islam masuk Islam kerana telah berjaya bertemu keindahan Islam. Apa yang kita perlu tahu ialah orang yang bertemu keindahan Islam itu lebih kuat imannya dari orang yang mendapat Islam secara percuma. Kecuali jika orang yang mendapat Islam secara free ini juga melalui proses yang sama iaitu membaca dan berfikir barulah iman kita akan bertambah mantap.
Dari sudut rohani atau spiritualnya pula ada suatu yang seringkali “menarik” saya untuk ke Kelantan iaitu dari segi pengisian ilmu dan rohaninya pada setiap pagi Jumaat. Kalaulah di setiap tempat di Malaysia ini khususnya dapat diadakan pengisian seperti ini dan disampaikan pula oleh ustaz yang mantop ilmu dunianya, berkarisma, kotemporari lagi moderat saya yakin dan percaya umat Islam akan maju dari segi rohani, fizikal, spiritual, dunia dan akhiratnya. Ini kerana antara punca masalah yang umat Islam alami sekarang tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh KEKURANGAN ILMU dan IMAN di dada.
Ok, habispun topik “mempromosi Kelantan.” Kita masuk pula ke topik ukhwah. Macam kat sekolah pula. hehe. Kenapa ukhwah begitu penting sehinggakan Rasulullah SAW sendiripun menjaga ukhwah dengan para sahabatnya sebegitu rapi? Mengapa Rasulullah SAW menjadikan operasi mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar sebagai prioriti yang utama sekali? Tidak lain dan tidak bukan kerana ukhwah ialah perkara asas lagi terpenting dalam Islam. Tanpa ukhwah atau sifat saling percaya-mempercayai satu sama lain maka tiadalah perpaduan. Tiada perpaduan maka tiadalah daulah. Sebab itulah menjaga dan merapatkan ukhwah sesama muslimin menjadi agenda utama Rasulullah dan kita sebagai pengikut dan lebih-lebih lagi pendakwah seharusnya menjadikan agenda menjaga dan merapatkan ukhwah sebagai suatu agenda terpenting kita. Amalkan kembali sunnah-sunnah Nabi SAW yang hampir pupus seperti memberi salam kepada sesiapa sahaja dan sentiasa serikan wajah dengan senyuman ikhlas. Bukan senyuman yang “bermaksud” ye.
Walaupun perjalanan kami sentiasa dibasahi hujan, tetapi kami tetap meneruskan agenda lawatan ke walimah Abang Ghaffar. Sebelum itu, kami ke sebuah masjid untuk melihat acara akad nikah abang Ghaffar. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pandai juga Abang Ghaffar pilih zaujah ye. Tapi, yang peliknye kenapalah muslimat PMI tak datang. Ishh, pelik pelik.
Apa pun tahniahlah kepada abang Ghaffar dan zaujahnya kerana telah bergelar suami
isteri. Hilanglah sudah status bujang dari Abang Ghaffar.haha… apa yang perlu orang yang dah khawin buat ialah menyempurnakan separuh agama lagi. Semoga berbahagia sehingga ke akhirat sana. WALLAHU A’LAM.
7:52 PM | Labels: Reaksi-ku | 0 Comments
Fenomena Qiamat: Retorik atau Realiti?
Alhamdulillah… syukurku ke hadratMu ya Allah kerana sentiasa mencurahkan nur ilmu dan hidayahMu supaya hambaMU ini sentiasa berada di jalan yang benar.
Semalam 1 Disember 2008 (Isnin) Sekretariat Falsafah dan Sains Islam (SEFSI) USM telah mengadakan satu wacana ilmu yang disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz. Syukurku kerana berpeluang mendengar ceramah Ustaz yang terkenal ini.
Pengisiannya suatu yang BIASA kita dengar tetapi berapa ramai yang menghayati dan mengambil pengajaran apa yang didengarnya. Tajuk wacana ialah Fenomena Qiamat: Retorik atau Realiti?
Inilah suatu yang BIASA kita dengar. Mungkin ada dikalangan kita yang sudah bosan apabila membaca tentang kiamat dan mungkin ada yang sudah menghafal perihal kiamat yang mungkin tidak lama lagi ini.
Muhasabah
Di sinilah pentingnya kita bermuhasabah. Mungkin ada dikalangan kita yang sudah terlupa tentang kiamat yang pasti datang. Tetapi realiti sekarang menunjukkan bahawa bukan ramai yang terlupa tetapi ramai yang buat-buat lupa. Bagi golongan yang buat-buat lupa bagi mereka hari kiamat mungkin suatu retorik sahaja. Bagi mereka dunia adalah segala-galanya. Kebahagiaan palsu di dunia menjadi perhatian mereka. Marilah kita muhasabah kembali adakah kita tergolong dalam golongan ini?
Apakah Tanda-Tanda Berlakunya Qiamat?
Petanda-Petanda Kecil
1) Berlakunya kemelesetan ekonomi.
2) Apabila orang-orang zalim dilantik menjadi pemimpin atau pemerintah yang berkuasa.
3) Orang-orang kaya yang banyak harta berhutang.
4) Perempuan dilantik menjadi pemimpin yang dihormati.
5) Umat Islam saling kutuk mengutuk sesama sendiri.
6) Ucapan salam hanya diberikan kepada orang yang dikenalinya sahaja.
7) Orang agama lari ke bukit (tinggal dalam hutan).
8) Lahirnya persatuan-persatuan buruh.
9) Terbinanya bangunan-bangunan tinggi pencakar langit.
10) Semakin ramai anak-anak mendurhakai kedua ibu bapanya.
11) Perempuan lebih suka memandulkan diri.
12) Ramai perempuan lebih gemar mendedahkan auratnya.
13) Apabila hubungan seks berlaku sewenang-wenangnya.
14) Apabila ibu-ibu terpaksa hormat dan takut kepada anak-anak mereka.
15) Bilamana bapa-bapa sanggup merogol anak sendiri.
16) Berlakunya gerak gempa di sana sini.
Petanda-Petanda Besar
1) Lahirnya Imam Mahdi.
2) Keluarnya Dajjal
3) Turunnya Nabi Isa a.s.
4) Munculnya Ya’jud dan Ma’jud.
5) Kaabah diruntuhkan.
6) Matahari terbit di sebelah barat.
7) Asap memenuhi segenap ruang.
8) Al-Quran diangkat.
9) Tiupan sangkakala.
Apabila sangkakala ditiup, bermulalah saat kemusnahan dan kehancuran, itulah yang dikatakan hari kiamat yang sebenarnya.
Kalau kita lihat situasi dunia sekarang ini, bolehlah kita katakan hampir semuanya atau semua tanda-tanda kecil sudah ada. Adakah kita sedang menunggu petanda besar pula? Wallahu a’lam.
Jadi , apa tunggu lagi? Marilah kita kembali ke pangkal jalan dan beramal sebanyak mungkin selagi masih ada waktu. Jangan dilengah-lengahkan sesuatu perkara yang hendak dilakukan kerana maut boleh datang bila-bila masa sahaja tanpa diundang.
Harap-harap ilmu ini memberi manfaat kepada si pembaca dan penulis. Wallahu a’lam…
10:31 PM | Labels: Reaksi-ku | 0 Comments
Apabila Lembu, Anjing dan Keldai Berbicara
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh, kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
lembu."
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar : 9)
Dialog antara binatang dan sedikit keterangan di atas saya dapat dari friendster. Apa-apa pun, saya ingin meminta kebenaran orang yang menulis dialog dan sedikit penjelasan di atas untuk dipaparkan di blog ini (dengan sedikit edit). Syukran
Hhmm, saya rasa eloklah kita teruskan dialog antara binatang ini.
Anjing: Oklah lembu, aku pergi dulu.
Lembu: Nak pergi mana time maghrib ni?
Anjing: Aku nak pergi takut-takutkan orang Islam yang sengaja lengahkan solat.
Lembu: Bagus la engkau anjing. Engkau kejar je orang macam tu, biar dia rasa azab Allah di dunia lagi.
Semasa si lembu tengah beristirehat di padang bola tempat dia meragut, tiba-tiba entah dari mana lalu seekor keldai yang sedang membawa muatan yang sangat banyak di belakangnya.
“Aik, dari mana datangnya makhluk Allah yang seekor ni,” kata lembu kehairanan.
“ Ya Allah, banyaknya bebanan kat belakang keldai tu, kalau aku la yang bawa confirm patah kaki aku.” Kata lembu dengan penuh rasa ketakjuban.
“Hai keldai, apa yang engkau pikul tu?” tanya lembu.
“Barang kat belakang aku ni ialah “BARANG BERHARGA” yang diamanahkan oleh “TUAN” aku kepada “AKU.”” Balas keldai.
“Banyaknya barang tuan engkau, untuk siapa barang itu.” Balas lembu.
“Hhmm, entah la, aku pun tak tahu, hehe” Jawab keldai ringkas.
“Alahai keldai, engkau memang "keldai" betul la. Ok la, engkau sepatutnya kena ikut
“JALAN” mana?” Tanya si lembu dengan penuh rasa kebingungan.
“Sebanarnya aku tahu “jalan” mana yang patut aku ikut. Tapi aku malas ikut jalan yang telah ditetapkan oleh Tuan aku seperti yang terkandung dalam barang yang beharga ini. Jadi, selama ini aku main jalan ikut suka aku sahaja.” Kata si keldai dengan penuh rasa bangga.
“Malangnya aku bersoal jawab dengan makhluk Allah seekor ini.” Kata si lembu di dalam hati dengan kecewanya.
“Ya Allah selamatkanlah aku daripada menjadi seperti “keldai” ini.” Si lembu berdoa.
“Engkau tahu tak sebenarnya barang yang engkau bawa itu adalah untuk dirimu dan orang lain. Satu lagi yang aku nak engkau tahu bahawa engkau telah berdusta kepada Tuan yang telah meletakkan barang beharga di belakang engkau tu. Engkau tidak mengikut apa yang telah diperintahkan dalam barang amanah itu. Kata lembu dengan penuh tegas.
Kebetulan masa waktu itu si anjing datang kembali untuk berkongsi cerita dengan si lembu.
“Engkau ni lembu, dah bertambah mantop la sekarang.” Kata si anjing dengan penuh rasa bangga terhadap kawannya itu.
“Dengar tu keldai, Allah marah kepada “Makhluk Allah” yang tak buat apa yang mereka katakan.” Tambah si anjing.
“Nasib baiklah kita semua ni binatang, kalau tak, apalah yang kita nak jawab di hadapan Penguasa Hari Pembalasan di hari itu kelak.” Kata si lembu dengan penuh rasa syukur.
Sedikit keterangan
“ Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
(As-Saff : 3)
Bagaimana dengan kita pula?
Wallahu a’lam...
2:36 PM | Labels: Sekadar Peringatan | 0 Comments
Terkenang di Suatu Masa Lalu
“Alhamdulillah, habis pun smart camp budak-budak ni,” kataku dengan penuh kelegaan lagi penuh rasa kesyukuran.
Camping yang baru aku lalui ini ialah camping yang bertujuan menerapkan ajaran dan nilai-nilai Islam kepada budak-budak kecil yang berumur 7-12 tahun.
Bila jadi fasilitator untuk budak-budak kecil ini, barulah aku tahu betapa sukarnya hendak mengawal budak-budak kecil ini. Bila kita cakap, budak-budak ni buat tak tau ja. Aduh, punya la angin aku dibuatnya. Nak cubit kesian pulak. Nak marah takut menangis. Ye la, anak orang. Nak buat apa-apa pun kena fikir dua tiga kali. Kalau anak sendiri tak pe la. Nak rotan ke, nak bergusti ke ikut suka la. Tapi memandangkan yang menulis artikel ini belum berkahwin dan tentunya masih belum ada anak, maka adik bongsu penulis yang berumur 3 tahun menjadi sasaran latihan penulis. kui kui…
Tapi di suatu sudut hatiku terasa rindu pula hendak berpisah dengan budak-budak ni. Walaupun “hypertension” aku dibuatnya dengan budak-budak ni, tetapi bila duduk dengan budak-budak ni aku menjadi gembira dan akhirnya aku sendiri pun menjadi budak-budak juga. Walaupun terasa seperti dipermainkan oleh budak-budak ini tetapi tak pe la. Seronok juga main-main dengan budak-budak ni.
Tetapi bila aku meyelak kembali diari catitan silam sejarah hidupku, barulah aku mengerti betapa bertuahnya budak-budak ini kerana sejak dari kecil lagi mereka telah didedahkan dan dididik dengan hal-hal yang berkaitan dengan agama dan diasuh dalam suasana agama. Rasa gembira, seronok dan bangga terhadap budak-budak harapan generasi pelapis Islam ini tidak terhingga hitungnya bagi diri ini yang ingin melihat Islam tertegak kembali di muka bumi ini.
Bila memikirkan kembali realiti kehidupan sekarang, nampaknya, ramai ibu bapa lebih cenderung mendidik anak mereka menjadi seorang “artis.” Tengok sahaja rancangan di kaca televisyen, susah hendak menelan realiti di Malaysia ini yang mana hiburan membiak bagaikan sel kanser. Setiap peringkat umur ada program realitinya yang sendiri. Remaja dengan program remajanya dan budak-budak dengan program budak-budaknya. Kanser kalau lambat dibuang maka kematian akan bertandang. Begitu jugalah kita, kalau perkara-perkara mungkar ini lambat dicegah, maka habislah Islam rosak binasa.
Bagiku, menjadi fasi untuk budak-budak merupakan satu kenangan yang cukup indah. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari budak-budak ni. Antara pengajaran yang terpenting yang boleh kita dapat dari budak-budak ni ialah kena banyak bersabar dengan kerenah mereka. Kebanyakan budak-budak yang pergi camping tu jenis yang buas-buas. Tetapi tidak silap aku budak lelaki je yang buas-buas. Budak perempuan nampak la sedikit kematangan ada pada mereka kalau dibandingkan dengan budak lelaki.
Pengajaran kedua yang boleh kita dapat ialah adakah kita sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa? Bila dibandingkan chelet tempat kami menginap sebelum dan selepas menginap memang jauh berbeza. Sebelum menginap punyalah cantik dan kemas chelet. Tetapi semuanya berubah, bila sahaja budak-budak ini masuk ke dalam chelet, maka porak-perandalah chelet tempat menginap. Habis segala jenis pasir masuk dalam chelet. Sehinggakan tidur di atas katil boleh diibaratkan tidur di tepi pantai.Haha… Tetapi tidaklah sampai banyaknya pasir di tepi pantai.hehe… Berselerak itu perkara biasa la di dalam kehidupan seorang muslimin yang masih belum baligh lagi.
Tetapi bila difikirkan, muslimin yang sudah cukup umur juga nampak gayanya masih lagi mewarisi sifat kebudak-budakkan ini. Bilik berselerak perkara biasalah. Bila pergi ke rumah sewa nampak gayanya, rumah sewa pun sama juga.
“Inilah rumah/bilik orang bujang,” kata seseorang.
Ishh, nampaknya kena tunggu zaujah ada baru nak kemas agaknya. Mungkin-mungkin…
Saya rasa cukuplah kita renung-renungkan dua pengajaran ini dulu.
Lepas ni kalau ada panggilan untuk jadi fasi untuk budak-budak sekolah rendah, nampak gayanya kenalah berfikir dua tiga kali dahulu sebelum nak putuskan samada nak pergi ke tak. Wallahu a’lam…
3:40 PM | Labels: Reaksi-ku | 1 Comments
Ciri-ciri Orang Munafik
Berikut ialah 30 ciri orang-orang munafik. Ia adalah disaring daripada ayat-ayat al-Quran atau hadis-hadis nabi SAW.
1. Kurang berzikir.
2. Melakukan solat dalam keadaan terlalu cepat.
3. Suka mencela orang-orang yang taat dan soleh.
4. Memperolok al-Quran, as-Sunnah dan Rasulullah SAW.
5. Melakukan sumpah palsu.
6. Berat hati untuk berinfaq pada jalan Allah seperti menderma untuk pembinaan masjid.
7. Tidak ambil tahu tentang nasib orang-orang Islam walau di mana-mana mereka berada.
8. Suka berdusta.
9. Mengkianati amanah.
10. Celupar mulut ketika dalam perbalahan.
11. Memungkiri janji.
12. Malas beribadat.
13. Suka menunjuk-nunjuk.
14. Suka menyebarkan berita bohong.
15. Menginkari takdir Allah SWT.
16. Suka mencaci maki kehormatan orang-orang soleh.
17. Sering meninggalkan solat berjemaah.
18. Membuat kerosakan di muka bumi dengan alasan untuk mengadakan ‘islah’.
19. Tidak ada keseragaman antara zahir dan batin.
20. Rasa takut terhadap kejadian, insiden, kemalangan yang menimpa diri.
21. Terlibat dalam pembohongan yang banyak.
22. Menyuruh kepada perkara yang mungkar dan mencegah yang makruf.
23. Bakhil walaupun terhadap diri sendiri.
24. Lupa kepada Allah SWT.
25. Berdusta terhadap janji Allah dan Rasul-Nya.
26. Menitik-beratkan persoalan zahir dan mengabaikan persoalan batin.
27. Sombong ketika bercakap.
28. Tidak memahami Islam dengan baik dan bersifat syumul.
29. Bersembunyi daripada pengetahuan manusia dan menentang Allah dengan perlakuan dosa.
30. Senang hati dengan musibah yang menimpa orang-orang berimandan dengki terhadap kebahagiaan mereka.
Sumber. Harakah, ruangan ad-deen.
WALLAHU A’LAM
7:10 AM | Labels: Sekadar Peringatan | 1 Comments
The Sin of Inaction
“Alhamdulillah, satu nikmat yang tidak ternilai harganya,” kata hatiku.
Ilmu yang aku dapat dalam program wacana ini amat berguna bagiku dan kepada mereka yang sayang akan Islam dan penganutnya.
Satu wacana yang amat menarik bagiku. Pengisiannya telah diberi oleh ketua editor Majalah sabili dari Indonesia, Mas Herry Nurdi.
“When you can see what is the enemy, you will find a thousand of battle,” kata beliau sebagai pembuka bicara.
Siapakah sebenarnya musuh sebenar yang sedang kita hadapi sekarang sebagai seorang remaja yang bergelar MAHASISWA?
Disinilah bermulanya langkah kejayaan seseorang itu. Iaitu mengenal pasti punca bagi segala masalah. Kenapa seseorang itu gagal mendapat keputusan yang cemerlang padahal dia seorang yang bijak? Mengapa seseorang itu gagal mendapat apa yang dia hajati? Maka, jawapannya tidak lain ialah MALAS. Apabila sudah tahu punca masalahnya barulah kita mengerti bahawa akibat dari malas, terbitnya bermacam-macam lagi masalah lain.
Dalam konteks masyarakat pula, mengapa selalu terjadi banyak gejala sosial, merebaknya penyakit berjangkit dan bermacam-macam lagi penyakit sosial di negara yang mundur? Jikalau kita analisa masalah ini, maka kita akan bertemu dengan punca segala masalah ini iaitu KEMISKINAN.
Oleh itu, marilah kita selidik kembali mengapakah gerakan dakwah kita di kampus atau di mana jua sekalipun tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Mengapakah masyarakat kampus khususnya melihat mereka yang terlibat dalam gerakan dakwah kampus seperti “golongan elit” yang terasing dengan mereka? Untuk menjadi “seorang yang celik”, menjadi kewajiban kepada kita untuk bergaul dengan masyarakat di sekeliling kita. Kita kenalah sentiasa bersama dengan mereka. Kenali “budaya” masyarakat kita. Barulah kita akan tahu jalan penyelesaiannya.
Ingat! Mengenali punca masalah adalah perkara yang amat penting. Kalau seseorang itu tidak berjaya mengidentifikasikan punca segala masalah yang sedang dihadapi atau tersilap mengidentifikasikan punca masalah, maka segala usahanya untuk menyelesaikan masalah akan menjadi sia-sia.
Satu perkara lagi yang perlu kita ingat ialah, janganlah sesekali kita mengambil jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah dari tempat lain dan dari dimensi masa yang berbeza kerana walaupun masalahnya nampak hampir sama tetapi sebenarnya tidak serupa. Kerana sesuatu jalan penyelesaian itu hanyalah sesuai bagi suatu tempat itu sahaja dan pada waktu itu sahaja.
Contohnya, bolehkah kita mengambil pendekatan menghapuskan agama dari masyarakat kita seperti yang diambil oleh para intelektualis di Eropah dahulu semasa berlakunya pencanggahan antara sains dan agama untuk menjadi sebuah masyarakat yang maju dalam bidang sains dan teknologi? Seperti yang kita tahu bahawa semasa di waktu itu, pihak gereja telah menyalahgunakan kuasanya sehingga melahirkan manusia-manusia yang anti-agama kerana tidak mahu dikongkong oleh agama. Adakah kita boleh mengambil solusi yang sama untuk menjadi sebuah masyarakat yang maju dalam sains dan teknologi seperti yang diambil oleh orang Eropah sana? Jawapannya tentulah tidak.
Dosa Percuma
Siapa nak dosa percuma? Free je. Sampai kiamat pun orang tak nak. Pahala free orang nak la. Tetapi pahala tidaklah menjamin seseorang untuk memasuki syurga Allah. Tetapi kalau dosa seseorang itu lebih berat dari timbangan pahala di Mizan, maka tempatnya sudah tentu di neraka.
Diam tidaklah selalunya bagus. Apabila terjadi kemungkaran di depan kita, kita wajib mencegahnya. Kalau tidak mampu, cukuplah sekadar membenci kemaksiatan itu. Tetapi kalau kita selalu mendiamkan diri kerana “tidak mampu menegur” apabila berhadapan dengan perkara kemungkaran, dikuatiri kita sudah tidak membenci kemaksiatan itu lagi kerana kita mungkin sudah menganggap bahawa sesuatu perkara maksiat itu adalah perkara yang biasa sahaja.
Diam tidak selalunya emas. Kerana takut kerana diamnya kita, sesuatu itu menjadi semakin hancur. Kerana takut disebabkan diamnya kita, maka taufan maksiat makin mengganas. Saya rasa eloklah kita merenung ke lubuk diri sendiri, adakah kita ini tergolong dalam orang yang dapat dosa free ini?
Kekuatan bukanlah ditunggu, tetapi kekuatan harus dibina. Pertolongan Allah tidak akan datang kepada kita selagi kita tidak menolong diri kita sendiri.
WALLAHU A’LAM
6:53 AM | Labels: Reaksi-ku | 0 Comments
“Produk” Ini…
“ Sufian, tengok tu, phreghhh menawannya,” bisik “seorang mamat” ini kepadaku.
Sebenarnya aku pun tak tahu “dia” ni mamat ka minah. Anggap je la mamat. Kui kui…
Aku pun tengok la… astaghfirullah al-Azim, laghonya.
“ Boleh tercabut iman aku ni,” bisikku.
Aku pun terus memecut ke Masjid. Di sepanjang perjalanan aku ke masjid, tidak henti-henti seorang mamat ni “mempromosikan” barangan dia kat aku. Barang-barang dia semuanya “yang boleh mencairkan yang beku” dan “membengkokkan yang lurus”. Walaupun seseorang itu baru sahaja memperbaharui janjinya dengan tuanNya.
Seperti biasa, mamat ni memang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah, rujan dan ribut petir, dia pasti nak menjual barangannya kepada anak Adam. Peningnya kepala aku dengan mamat sorang ni. Boleh katakan setiap hari mesti je ada kelibat dia. Pantang ada peluang sekit, pasti dia akan masuk punya. Pelanggan dia tidak lain dan tidak bukan ialah anak Adam yang bergelar Muslim. Ya!!! Inilah pelanggannya. Tetapi tidak semua Muslim dia berminat untuk berjual beli. Baginya, berjual beli dengan “Mukmin” dan “Muttaqin” lebih menguntungkan walaupun susah untuk berniaga dengan orang jenis ni.
Suka saya untuk memfokuskan kepada satu “barangan” yang mamat ni selalu jual kepada mereka yang bergelar Mukmin dan Muttaqin dan kepada mereka yang sedang berjihad untuk mendapatkan gelaran ini. Barangannya ini bukan barangan yang biasa-biasa. Barangannya ini bolehlah aku ketogorikan sebagai “karipap yang berintikan racun”. Apabila kita tengok karipap, macam nak makan semua je. Sedapnya tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Ehh, betul ke karipap sedap? Lantak la.
Kerana barangan ini boleh “mencabut” kenikmatan dan kemanisan apabila kita sedang beribadah kepada Allah SWT, maka kita kena tahu sedikit sebanyak tentang produk ni…
1) “Produk” ini amat mudah untuk didapati. Kat mana-mana boleh dapatkannya.
2) Kualitinya sentiasa dipelihara oleh si penjual ni.
3) “Produk” ini memberikan kepada pembelinya kenikmatan yang sementara sahaja.
4) AWAS!!! “produk” ini boleh menyebabkan ketagih yang teruk kalau tidak dicegah
dari awal.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita kena ambil tahu pasal produk ini.
Produknya ialah:
ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
(Hadith diambil dari: www.zaharuddin.net)
Aurat wanita. Itulah produknya. Saya tidak kata wanita itu produknya tetapi kecantikan yang ada pada seseorang wanita itu adalah produknya. Menjadi suatu kemestian bagi kaum Muslimat untuk menutup aurat mereka sebaik mungkin dan menjadi satu kemestian juga kepada Muslimin untuk menjaga pandangan mata mereka. Tetapi, dalam kes yang khas sikit seperti penglibatan kaum Muslimin dan Muslimat dalam gerak kerja dakwah sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah ini. Saya akui, sepanjang penglibatan dalam perlaksanaan program dakwah yang berbentuk ijtimai’ ini, banyak perkara yang menyentuh persoalan ikhtilat perlu diambil kira kerana dikuatiri jiwa yang menggerakkan program dakwah ini terpesong niatnya akibat terpukau dengan "kecantikan" muslimat. Di sini, Muslimat dan Muslimin perlu meningkatkan lagi “sekuriti”. Pertama sekali, apabila kita berbicara perkara ini, maka ia akan berbalik kepada soal kebersihan HATI dan iman kita. Berhati-hatilah, jangan disebabkan Muslimat seorang, hancur lebur kualiti Ibadah kita.
Mungkin perkara ini nampak biasa bagi kebanyakan individu, tetapi bagi mereka yang ingin menjaga hubungannya dengan Allah supaya sentiasa erat lagi penuh kenikmatan cinta maka perkara ini menjadi hal yang mustahak. Akhir kata, bila berjalan tu jagalah pandangan kerana pandangan itu adalah panah beracun dari panah iblis.
WALLAHU A’LAM
9:26 AM | Labels: Hatiku Berbicara | 1 Comments
Ayuh Pemuda-Pemudi Islam!!!
Umar bin Abdul Aziz membersihkan kedua-dua tangannya. Dia berdiri di depan makam Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah Bani Umaiyyah sebelumnya. Berdasarkan wasiat almarhum, Umar bin Abdul Aziz memegang tahta khalifah. Baru saja Umar bangkit berdiri, tiba-tiba dia mendengar suara riuh.
“ Ada apa?” Tanya khalifah ke-8 Bani Umaiyyah itu kehairanan.
“ Ini adalah kenderaan tuan, wahai Amirul Mukminin,” ujar salah seorang sambil
menunjukkan sebuah kenderaan mewah yang khusus disediakan untuk khalifah.
Dengan suara gementar dan tersekat-sekat kerana keletihan dan kurang tidur, Umar berkata, “Apa hubungannya denganku? Jauhkan kenderaan ini. Semoga Allah memberkati kalian.”
Lalu dia berjalan ke arah seekor keldai yang menjadi tunggangannya selama ini.
Baru sahaja dia duduk di belakang haiwan itu, serombongan pengawal datang berbaris di belakangnya. Di tangan masing-masing tergenggam tombak tajam. Mereka sedia menjaga khalifah daripada bahaya. Melihat kehadiran pasukan itu, Umar mmenoleh hairan dan berkata, “Aku tidak memerlukan kalian. Aku hanyalah orang biasa daripada kalangan kaum muslimin. Aku berjalan pagi dan petang sama seperti rakyat biasa.”
(Sedikit petikan dari buku Belajar Dari Dua Umar)
Satu lagi kisah tauladan yang cukup cantik kepada umat Islam hari ini. Khalifah Umar Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang dapat mengenal pasti harta rakyat dan harta peribadi. Pada diri beliau redha Allah SWT adalah segala-galanya. Tidak terdetik pun di hati khalifah Islam ini untuk membolot semua harta yang terang-terang ada di depan matanya. Hatinya bersih dari racun duniawi. Baginya, kenikmatan di dunia ini hanyalah sementara berbanding dengan kenikmatan di akhirat kelak.
Ya, sekaranglah waktunya untuk kita mendidik jiwa kita dan jiwa orang lain untuk menjadi seperti jiwa khalifah Islam ini. Walaupun suasana sekarang tidak langsung sama dengan suasana di zaman kegemilangan Islam dahulu. Tetapi kita perlu tahu bahawa seorang yang hebat itu lahir di dalam suasana yang kotor lagi hina. Lahirnya Insan Mulia, Nabi Muhammad SAW di dunia ini di tanah Makkah yang penduduknya menyembah bahala. Penduduknya mengamalkan 1001 macam perbuatan jahilliyyah. Meminum arak adalah sesuatu yang biasa bagi mereka. Apatah lagi berzina dan berjudi kerana arak itu pintu segala maksiat. Tetapi itulah hakikatnya. Seorang yang hebat itu ialah seorang yang dapat menjaga hatinya dari dicemari oleh atom-atom jahilliyyah, molekul-molekul nafsu dan maksiat dari bertindak balas dengan hati kita. Itulah realiti yang perlu kita hayati. Bukan sekadar menghayati, tetapi kita tonjolkannya di alam realiti.
Tidak banyak bezanya zaman dahulu dengan zaman sekarang. Sifat jahilliyyah itu tetap sama. Cuma yang membezakannya ialah jahiliyyah zaman sekarang lagi advance dari dahulu. Dahulunya kaum Nabi Lut a.s hanya melakukan seks di luar batasan tanpa menghiraukan arahan rasulnya. Tetapi sekarang, ada segelintir manusia ini melakukan hubungan haram ini dengan menggubal undang-undang semata-mata untuk menjaga hak meraka. Dengan kata lain kita menentang arahan Allah dan RasulNya dengan menggunakan akal.
Mungkin kita telah lali dengan banyak berita yang memaparkan tentang sikap pemimpin kita yang terlibat dengan rasuah. Kita juga mungkin sudah jemu dengan berita tentang pemimpin kita yang dengan senang hatinya mengambil duit rakyat. Ya, inilah realitinya! Yang membuat semua perkara mungkar ini bukanlah orang lain. Tetapi mereka yang beragama Islam juga. Sama seperti kita. Semua ini menjatuhkan fitnah kembali kepada Islam. Bagaimana rasanya jika ada orang yang belum Islam bertanya kepada kita, adakah Islam menggalakkan penganutnya rasuah? Rasa-rasa apakah perasaan kita waktu itu? Sukar untuk kita gambarkan. Islam yang kudus telah dikotorkan oleh penganutnya yang kotor sehingga hilang serinya sekarang. Apa yang kebanyakan orang bukan Islam nampak Islam adalah suatu agama yang kotor dan jijik.
Bagaimalah hendak elok prestasi umat Islam sekarang kalau pemimpinnya pun masih lagi dibelengu oleh bermacam kemungkaran. Maka tidak hairanlah sekarang ini berlakunya bermacam kemungkaran. Bukan sahaja di tempat-tempat awam, malahan di gedung ilmu seperti di universiti juga sama. Pemuda dan pemudi Islam disajikan dengan hiburan yang melampaui batasan syariat. Sedangkan keluar sahaja kita dari universiti kita akan memimpin masyarakat. Boleh tak kita bayangkan bagaimana keadaannya jika orang yang telah dididik dengan hiburan ini keluar ke lapangan masyarakat? Semua ini hanya merosakkan masyarakat kita. Sudahlah remaja di luar kampus pun sudah teruk, yang dalam kampus pun teringin mengikut jejak langkah mereka. Yang paling teruk ialah, ada segelintir orang Islam sendiri yang mempertahankan tradisi jahilliyyah ini. Jahilnya suasana sekarang lebih hebat dari jahiliyyah dahulu. Itulah realiti yang kita perlu hadapi.
Di waktu inilah peranan pemuda-pemudi harapan ummah diperlukan untuk merawat luka yang kian parah yang sedang dihadapi oleh Islam. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum pemuda ialah kaum perobah. Tetapi bukan semua pemuda itu ialah pemuda perobah. Pemuda/I harapan ummah ialah pemuda/I yang hidup matinya untuk Tuhan sekalian alam. Ubudiyyahnya hanya untuk Tuhan yang Maha Kuasa sahaja. Tidak pada yang lain. Di dalam hatinya sentiasa mengalir deras kalimah-kalimah suci nama Sang Pencipta. Dan matlamatnya untuk Islam hanya satu, iaitu ingin meneruskan kesinambungan dakwah yang pernah dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW tanpa mengenal penat dan lelah, sehingga tertegaknya khilafah Islam (menang) ataupun bertemu dengan Tuhan yang Maha Pengasih dengan membawa hantaran shuhada’.
Gerakan dakwah yang penuh strategis perlu kita atur. Gerakan dakwah memerlukan kaedah yang bisa menembusi dan merobohkan benteng taghut. Gerakan dakwah memerlukan penggerak-penggerak seperti Ninja yang pakar menghadapi musuh dengan 1001 satu cara serangan. (Adaptasi dari cerita Naruto…hehe). Tetapi tidak semua pendakwah itu ialah pendakwah. Pendakwah yang hebat ialah pendakwah yang istiqamah menjaga ibadah yang fardhu. Solat berjemaah di Masjid itu suatu kemestian. Solat Tahajjud itu baginya suatu keperluan, bukan lagi suatu ibadah yang dianggap sunat muakkad. Jika tidak dilakukan kesedihan melanda dirinya. Akhlak yang mulia dijadikan pakaian yang menghias diri. Jihad dalam semua amal kebaikan pula adalah kerja sehari-hariannya. Sunnah Rasulullah SAW menjadi landasan hidupnya.
Kebanyakan orang Islam sekarang sudah meninggalkan cara hidup Islam yang syumul. Kebanyakan pemimpin Islam sekarang juga tanpa segan-silu menipu rakyat dan harta rakyat. Dihebohnya kepada warga dunia negara kita adalah negara Islam contoh. Tetapi mendapat ranking yang begitu memalukan dalam ranking Rasuah. Dikhabarkan kepada kita bahawa negara kita ini negara Islam yang menjadi rujukan negara lain, tetapi kaum pelapis negara kian hancur dengan segala kemungkaran yang tidak disekat dengan syariat Islam. Islam kalah di pentas kecermelangan akhlak tetapi menjuarai di pentas kemungkaran seperti rempit, berzina dan termasuk juga Akademik Fantasia dan yang sewaktu dengannya kerana rosaknya akhlak.
Di sinilah peranan kita. Mari kita hapuskan kemungkaran yang bermaharajarela bermula dengan diri kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan sahabat-sahabat kita yang lain. Dakwah itu bermula dari dalam diri sendiri. Islam akan kembali dimuliakan kalau umatnya kembali membersihkan hatinya dari segala penyakit dan kotoran. Bertindak secara ekstimis semata-mata untuk menunjukkan perasaan kita untuk Islam bukanlah tindakan yang aula sebabnya tindakan itu tidak langsung menakutkan orang kafir. Tindakan yang utama ialah kita kembali mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah. Inilah ubatnya. Ubat bagi segala penyakit yang sedang dihidapi oleh Islam.
Hinanya kita umat Islam apabila ISLAM hanya untuk upacara akad nikah, solat jenazah, solat raya dan sebagainya. Mulianya kita sebagai umat Islam apabila ISLAM kembali diamalkan secara menyeluruh dalam hidup kita. WALLAHU A’LAM
6:00 PM | Labels: Hatiku Berbicara | 0 Comments
Andai Jodoh Bersalam Takdir
MEREKA berdua duduk di rumah Khadijah mendengar Abu Talib menyebut-nyebut keluhuran akhlak Muhammad.
“Muhammad ini cukup istimewa sehingga aku lebih mengasihinya lebih dari aku mengasihi anak-anak kandungku sendiri. Dalam matanya ada sesuatu yang menyebabkan aku yakin setiap katanya, aku segani setiap perbuatannya. Jiwanya tenang ditengah-tengah amukan anak muda dan masyarkat. Kedatanganku ini untuk bertanya, adakah masih perlu pemuda untuk menguruskan perdaganganmu?”
Maisarah gembira. Khadijah juga tersimpuh tenang. Tidak sabar mahu bertemu pemuda berusia 23 tahun itu.
Abu Talib menyambung lagi, “Wahai Khadijah, Puan memberi gaji 2 bakras kepada Si Pulan dan Si Pulan. Jika Muhammad ini diambil bekerja, tidak perlulah digajinya sampai 4 bakras.”
Sekali lagi Khadijah memandang Maisarah. Maisarah mengangguk dari awal-awal. Bahu Khadijah segera dipegang. Senyum dan senyum. Khadijah sendiri nampak tidak menolak permintaan mulia Abu Talib itu.
“Jika sekiranya Engkau meminta aku mengambil seorang hamba atau pemuda asing sekalipun akan aku ambil, inikan pula seorang pemuda istimewa yang dekat dan lebih Engkau kasihi daripada dirimu sendiri.”
“AlhamduliLlah. Sesungguhnya peluang pekerjaan ini adalah rezeki Allah s.w.t kepadamu, wahai Ayahku”
Muhammad memeluk tubuh tua itu. Segera dikucup dahi orang tua itu. Banyak pengorbanan orang tua itu sejak baginda tidak beribu tidak berbapa.
“Aku tidak kaya dan kehidupan kita juga tidaklah senang. Tapi aku cukup bahagia selagi Engkau yang mulia dan istimewa ini dikurnia Allah dalam kehidupanku.
Perjalanan Muhammad ditemani Maisarah. Dalam perjalanan tersebut, Maisarah cukup menjaga diri Muhammad kerana itulah yang selalu basah di mulut Abu Talib sebelum mereka berangkat.
Dalam perjalanan ke Syam, mereke melintasi Madian dan Thamut. Muhammad sendiri tidak tahu bagaimana kota agong itu telah menyembah bumi.
Mereka melatari kawasan sungai yang bersih, kawasan tumbuhan menghijau. Tidak sama dengan Makkah yang gersang dan kontang. Suatu pengalaman yang cukup istimewa sedang disusun Allah s.w.t untuk tarbiyyah kekasih-Nya (Muhammad s.a.w).
Perniagaan dilakukan dengan penuh jujur dan tekun. Maisarah melihat betapa luhurnya Rasulullah dalam timbangan, jual beli serta tawar-menawar. Untung penting dalam kamus perniagaan Muhammad, namun persaudaraan sesama manusia jauh lebih penting.
Peniagaan Khadijah mendapat untung yang banyak, tidak seperti biasa.
Ketika melintasi al-Zahran, Maisarah memegang pundak Muhammad. Beliau senyum dan tentu Rasulullah s.a.w juga mengukir senyuman.
“Wahai Muhammad! Pergilah bertemu Khadijah terlebih dahulu. Beritahulah kepadanya apa yang ditakdirkan Allah ke atas perniagaannya melalui tangan mulia-mu. Tentu Khadijah yang luhur budinya itu akan bersyukur atas perniagaannya dan atas pertemuannya dengan kamu.”
Muhammad mengangguk dan terus menuju ke serambi rumah Khadijah. Kesan musafir masih ketara pada batang tubuhnya. Namun, amanah berniaga patut lebih diutamakan dari kesenangan diri.
Khadijah menyambut Muhammad. Sederhana, tetapi cukup mesra.
Muhammad mulai menceritakan pengalaman berjalan dengan Maisarah. Beliau menceritakan perkara yang menarik dan ajaib sepanjang perjalanan tersebut.
Khadijah tersimpuh tenang. Setiap bait kata Muhammad tekun didengarinya. Tenang apabila melihat bibir merah itu. Kata-katanya cukup lunak, bukan dibuat-buat. Kebenaran dan keluhuran gah tersemat.
Wajah mulia Muhammad cermat dalam fikirannya. Muka Muhammad putih kemerah-merahan. Anak matanya jernih dan hitam. Rambutnya juga hitam dan kemas. Berjanggut dan mempunyai bulu mata yang panjang dan lebat.
Entah mengapa apabila bersua dan mendakati pemuda itu, ketenangan hati seolah-oleh memiliki dunia dan seisinya.
Apabila melihat diri Muhammad, tiba-tiba berasa Muhammad ini cukup istimewa. Seolah-olah jodohnya sudah bersalam taqdir Tuhan yang Maha Mengetahui dan Esa.
Cerita Rasulullah telah mula singgah dalam hati kecil Khadijah. Tersentuh dan cukup tenang. Pengalaman berkongsi hidup dengan bekas suaminya sebelum ini sudah tentu menjadi pendoman pada Khadijah ketika menempuhi saat-saat indah itu.
Khadijah pasti, ini bukan emosi nafsu. Tapi, cinta yang luhur dan suci. Isi hati yang baru bersarang itu disampaikan kepada teman baiknya, Nafisah. Semoga isi hati ini sampai dengan penuh tertib kepada Muhammad akhirnya.
“Wahai Muhammad, mengapakah Engkau tidak berkahwin?”
“Aku tidak ada pilihan.”
“Andainya Engkau mempunyai pilihan, mahukah Engkau menolak kecantikan, kekayaan dan
kehormatan?”
Muhammad mulai mengerut dahi. Pertanyaan Nafisah mula disimpulkan sebagai hajat yang sungguh. Malu. Segan. Tertanya-tanya. Tenang. Macam-macam perasaan sedang menyelubungi hati mulia Muhammad.
Wajah Nafisah disingkapnya. Nampak, bersungguh dan bukan main-main. Memang ada yang mahu disampaikan kepada Muhammad.
“Tapi…siapa pula wanita itu, wahai Nafisah?”
“Ya..Khadijah namanya.”
Muhammad terkejut. Khadijah ini bukan sebarangan orang. Khadijah ini hartawan hasil harta peninggalan ayahnya serta suaminya. Keluhuran budinya telah menggamit perhatian banyak jejaka. Semuanya ditolak dengan penuh sopan dan tertib.
Muhammad sebelum ini telah mula mesra dengan Khadijah, tetapi sebagai pekerja dengan majikannya. Tidak terlintas langsung dalam benak qudusnya, bahawa Khadijah menyimpa cita-cita dan cinta seteguh itu kepada Muhammad.
Agak lama Muhammad berdiam diri. Akhirnya, Muhmmad bersetuju dan tarikh pernikahan mulai disusun. Muhammad ditemani Bapa Saudara yang paling dikasihinya, Abu Talib pergi ke rumah Khadijah. Keluarga besar Khadijah juga ada. Abu Talib membaca Khutbah Nikah dan pernikahan selamat dengan mas kahwin 20 bakras menurut adat orang Arab pada masa itu.
Kesunyian hidup Muhammad sebagai yatim piatu di masa kecil diisi oleh Khadijah. Ketenangan hati Muhammad telah jatuh dan mengikat hati lunak Khadijah. Mereka bahagia.
Diri Khadijah sangat bererti dalam kamus perjuangan Muhammad kemudian hari. Khadijah bukan sahaja isteri, ibu kepada empat anak Muhammad sahaja, malah Khadijah adalah teman yang cukup intim di kala Muhammad dirundung kesedihan dalam perjuangan.
Ketika Muhammad bergembira, Khadijahlah yang mula-mula mengukir senyuman syukur. Ketika Nabi gundah gulana, tangan lunak Khadijahlah mengusap dada sasa Muhammad.
Khadijah senantiasa berlapang dada biarpun Muhammad mulai mengasing diri. Muhammad diam dan senantiasa melihat masyarakat dalam pandangan simpati. Jahil. Melampau. Tidak kenal Tuhan. Zalim. Itulah watak masyarakat dan itulah membuatkan Muhammad berfikir panjang.
Gua Hira’ menjadi peneman. Khadijah penawar. Senyumannya mampu mengubat luka ummat dalam benak lunak Muhammad.
“Bertenang…Allah tidak akan menganiayai manusia istimewa sepertimu!”
Wajah nabi penuh ketakutan. Tidak seperti biasa-biasa. Khadijah segera menyambut. Ditenangkannya atas katil. Muhammad menggigil selepas pulang dari Gua Hira’. Cepat-cepat Khadijah menyelimutinya.
“Selimuti aku, selimuti aku, selimuti aku..”
Khadijah cemas. Takut kehilangan kekasih agongnya, Muhammad.
Selepas reda, Muhammad mendekati Khadijah. Ditatap kasih wajah perempuan itu. Anak rambut yang kadang-kadang menjelur di muka dahi dikemaskan. Ada sesuatu yang mahu disampaikan.
Khadijah juga biasa dengan sentuhan kasih Muhammad. Muhammad selalu diribanya. Dan wajahnya selalu ditangan Muhammad. Cukup mesra dalam dakapan kasih. Cukup bahagia dalam pelukan iman.
“Wahai Khadijah, apakah yang telah berlaku ke atas diriku ini?”
Khadijah tenang melihat perubahan emosi Suami yang paling dicintainya itu. Khadijah yakin, suaminya sedang menempuhi sesuai yang lebih istimewa.
Dalam perasaan serba risau, Muhammad tidur dalam dakapan kasih Khadijah. Khadijah tatap wajah mulia itu. Segala episod pertemuan mereka dan kasih muhammad masih segar dalam ingatannya. Seolah-olah baru baru semalam mereka diikat nikahkan dan hari ini sudah bergelar teman, isteri dan tulang belakang perjuangan Muhammad.
Dalam keasyikan tersebut, Khadijah perlahan-lahan meletakkan pundak dan kepala suami yang paling dikasihinya di atas katil. Perlahan-lahan Khadijah menapak keluar rumah. Mahu pertemu sepupunya.
Waraqah bin Naufal mengerut dahi. Dia betul-betul cermat mendengar khabar yang luar biasa dari sepupu yang paling dikasihinya, Khadijah. Perlahan-lahan Dia bangun. Menyelak lembaran-lembaran lama yang masih suci dan qudus itu. Sekali sekala dia duduk semula memikirkan setiap tempuhan pengalaman Suami Khadijah itu.
“Subhanallah. Demi Dia yang menguasai seluruh jiwa Waraqah! Percayailah aku wahai Khadijah! Sesungguhnya yang mendatangi Suamimu Muhammad itu adalah suatu roh suci yang pernah mendatangi Nabi Musa a.s dahulu. Muhammad itu nabi kaum (ummat) ini, maka beritahulah kepada Muhammad supaya berpegang tegung kepada-Nya. Dia akan didustakan, dizalimi dengan penuh kejam hatta akan diperangi. Jika sekiranya aku masih hidup lagi (pada waktu tersebut), pasti aku akan membantunya (perjuangan Muhammad s.a.w).”
Mata Waraqah mulai berkaca. Mengenangkan episod perjuangan yang pernah ditempuhi Nabi Musa a.s. dan merenung masa depan ummah yang bakal menyaksikan sekali lagi perjuangan suci Nabi Muhammad s.a.w.
Khadijah mendongak ke langit. Perasaan yang berbolak balik dalam dirinya mulai menemukan jalan pasti. Muhammad memang istimewa. Sebelum dilantik Tuhan dan sebelum bergelar kekasihnya, sudah dilihat keistimewaan (nubuwwah) tersebut. Mustahil ‘yang terpuji’ seperti Suami yang paling dikasihinya itu diabaikan rahmat Tuhan.
Mengalir air mata kesyukuran. Bertambah kasih dan cinta kepada Muhammad. Cinta seorang isteri kepada Suaminya telah diangkat menjadi cinta agong seorang ummat kepada Rasul-Nya.
Khadijah segera pula untuk mendapatkan Suami yang paling dikasihinya. Apabila sampai dirumah, Muhammad s.a.w masih nyenyak tidur.
Khadijah menatap wajah mulia itu. Cintanya memang kudus sehingga menjadi sumbu perjuangan dalam kehidupan Muhammad sebelum ini, tentu juga selepas bergelar Khatamul Ambiya’.
Dalam keasyikan menikmati wajah mulia Suami yang paling dikasihinya itu, perasaan Khadijah sekali lagi direntap. Muhammad s.a.w tiba-tiba terkejut dan bangun dengan penuh menggigil. Seolah-oleh sedang menerima sesuatu daripada yang Maha Besar!
Menggigil seolah sedang melihat sesuatu yang tentu sekali tidak pernah dilihat oleh manusia biasa.
Wahai Orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan dan Tuhanmu agongkanlah, Dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak, dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah…” (mafhum Surah al-Muddhathir: 1-7)
Cerita pertemuan kedua Muhammad dengan Malaikat Jibril itu telah disampaikan kepada
Khadijah. Khadijah bertambah yakin bahawa memang Muhammad ini adalah Pesuruh Allah dan bakal melaksanakan tugas-tugas Rasul terdahulu sebagaimana yang dikhabarkan oleh Waraqah bin Naufal itu.
Khadijah tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Tetapi, hatinya mulai menronta-ronta untuk menjadi pembantu yang thabat dalam perjuangan Pesuruh Allah itu.
“Wahai kekasihku yang paling dikasihi, berbaringlah dan rehatlah, sesungguhnya Tuhan sama sekali tidak mengabaikan kebaikanmu”
“Tidak wahai Khadijah! Sesungguhnya masa untuk tidur lena telah tiada. (Malaikat) Jibril a.s telah memerintahkan aku supaya memberi peringatan kepada manusia dan menyeru mereka supaya kembali kepada Allah; tetapi siapakah yang patut aku seru? Dan Siapa pula yang ingin menyahur seruanku itu?”
Dalam perasaan takut kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w bersuara. Nampak as-Siddiq dan at-Tabligh dalam setiap pengucapan itu.
Berkongsi hidup lebih 17 tahun dengan Nabi Muhammad s.a.w menjadi bekalan buat Khadijah. Khadijah tahu betapa berat tugas Nubuwwah yang sedang dipikul atas pundah Suami yang paling dikasihinya.
Atas kesedaran itu juga, Khadijah sedaya upaya menjadi isteri yang menenangkan, pengikut yang beriltizam dan teman intim dalam perjuangannya.
“Asyhadualla ilaha illaLlah wa annaka Muhammadan arRasulullah”.
Nabi tersenyum. Nampak wajah kasih dan Cinta itu bertambah subur!
Khadijah juga senyum. Mengambil tangan mulia itu dan segera diletak atas kulit mukanya. Tenang. Kasih. Cinta. Berjuang fi SabiliLlah. Khadijah menjadi manusia/umat
RasuluLlah pertama memeluk Islam, wanita pertama menyertai dakwah Islamiyyah
Alangkah indahnya jika hidupku ini jika ditemani oleh seorang seperti khadijah..
Seorang yang menjadi penolong dan pembakar semangat di dalam medan dakwah Islam..
Sekali lagi aku termenung sambil berdoa kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Memahami isi hatiku ini supaya diberikan kepadaku isteri seperti khadijah..
Walaupun diri ini masih lagi merangkak-rangkak di dalam arena dakwah..
Walaupun diri ini masih lagi terumbang-ambing antara “kebaikan” dan “kejahatan”..
Tapi aku tidak akan mengalah, akan aku terus berusaha meneladani insan seperti Muhammad supaya kelak ada seseorang insan yang sanggup memikul bebanan dakwah bersamaku…
Sehinggalah khilafah Islam tertegak semula atau aku bertemu dengan Kekasihku dengan membawa hantaran “Shuhada yang Ikhlas”.
Sufyan al-Mujahid-Saje2 je nak jiwang2 ckit
Artikel dipetik dari laman web www.zainulfaqar.wordpress.com -dengan sedikit edit
7:08 AM | Labels: Artikel Sahabat | 1 Comments
Zuhud
Zuhud. Apakah itu zuhud? Mungkin perkataan ini agak tidak popular di waktu ini. Waktu kebanyakan umat Islam sekarang sedang menyibukkan diri mengejar nikmat dunia.
Mungkin juga ada yang mentafsirkan zuhud ini dengan orang yang hidup serba kekurangan. Ya, mungkin betul dan mungkin salah.
Zuhud bolehlah diistilahkan dengan cinta akan akhirat lebih dari cinta akan dunia. Kita tidak terlalu taksud dengan segala kesenangan dunia seperti harta benda, pangkat dan darjat. Tetapi sebaliknya menggunakannya untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Zuhud juga bolehlah ditakrifkan sebagai kita bersedia menggunakan harta yang kita miliki dengan orang lain yang lebih memerlukan. Satu situasi yang agak susah untuk kita lakukan. Iaitu bagi mereka yang masih ada kepentingan dunia dalam diri mereka. Maksudnya bagi mereka yang takut dunia lari dari mereka.
Alangkah bertuahnya bagi mereka yang ada sifat ini. Orang seperti ini melihat dunia hanyalah seperti kenikmatan yang akan hilang. Seperti mana firman Allah SWT:
“ Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda-gurau dan sesungguhnya kampung Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir" (al-An’am : 3)
Bagi golongan ini, akhirat adalah segala-galanya bagi mereka. Tidak ada suatu pun amal perbuatan yang mereka lakukan kecuali untuk kebahagiaan kehidupan di akhirat semata-mata. Bagi golongan ini kenikmatan di dunia hanyalah kecil lagi hina jika dibandingkan dengan kenikmatan di akhirat kelak.
Kalaulah umat Islam sekarang mengetahui dan menghayati bahawa hinanya dunia ini pada pandangan Allah SWT, pasti kita sekarang ini sudah menjadi umat yang hebat. Ya, mungkin pada waktu itu dunia sedang berada di dalam genggaman umat Islam. Daulah Islamiyyah tertegak dan syariat Allah menjadi dasar kehidupan setiap muslim.
Orang yang zuhud juga dikurniakan oleh Allah SWT kepetahan berkata-kata. Kata-kata mereka menusuk kalbu bagi sesiapa yang mendengarnya. Hanya kata-kata yang berfaedah sahaja keluar dari mulut mereka. Kata-kata mereka ini sarat dengan panduan dan nasihat. Agak sukar untuk mencari orang seperti ini. Tambah-tambah di waktu sekarang ini.
Imam Ahmad berkata, “Zuhud ada tiga jenis, pertama meninggalkan perkara-perkara haram, dan ini adalah zuhud orang-orang awam. Kedua, meninggalkan perkara yang halal yang tidak berguna dan ini adalah zuhud orang-orang yang terpilih. Ketiga, meninggalkan hal-hal yang menyibukkan seorang hamba sehingga melupakan Allah, dan ini adalah zuhud orang-orang yang bijaksana.”
Di dalam lipatan sejarah Islam, banyak contoh tokoh yang zuhud kita boleh ambil. Semuanya dapat memberi contoh tauladan yang baik kepada kita.
Nabi Muhammmad SAW
Satu nama yang tidak asing lagi bagi kita. Penutup segala nabi dan rasul. Padanya tersimpan segala jenis sifat yang baik lagi mulia.
Suatu hari, Umar al-Khattab r.u menemui baginda di kamarnya. Umar mendapati baginda sedang berbaring di atas sebuah tikar usang. Tikar itu berbekas di belakang baginda, manakala bantal yang keras berbekas di bawah kepala baginda. Di salah satu sudut kamar itu terdapat lebih kurang satu gantang gandum. Di bawah dinding pula terdapat qarzh iaitu sejenis tumbuhan untuk menyamak kulit. Melihat keadaan itu, Umar menangis hiba. Rasulullah SAW betanya kepadanya, “Apa yang membuatkan kamu menangis, Ibnu Khattab?”
Umar menjawab dengan kata-kata yang bercampur-baur dengan air mata kesedihan, “Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak menangis, aku melihat tikar itu berbekas di belakangmu. Kisra Parsi dan Kaisar Rom duduk di atas tilam yang dibuat daripada emas, bantalnya daripada baldu dan sutera, serta dikelilingi buah-buahan dan sungai. Sedangkan tuan adalah manusia pilihan Allah!”
Sambil tersenyum baginda SAW menjawab, “Wahai Ibnu Khattab, kebaikan mereka dipercepatkan dan kebaikan itu pasti akan terputus daripada mereka. Sementara kita adalah kaum yang yang kebaikannya ditunda hingga ke hari kiamat. Tidakkah engkau rela jika akhirat untuk kita dan dunia untuk mereka?”
Umar menjawab, “Aku rela.”
(H R Ibnu Hibban)
Mungkin sebab inilah kita umat Islam sekarang mundur dari segala segi. Ramai dikalangan kita masih sayang akan kenikmatan duniawi yang menipu daripada kenikmatan yang pasti di akhirat kelak. Ada dikalangan kita yang lantang memperjuangkan kebenaran tapi senyap seribu bahasa apabila diberi pangkat dan wang. Ada pula dikalangan kita yang lagaknya menegakkan keadilan dan kebenaran, tetapi disebabkan mungkin gaji yang dapat tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup sanggup mengambil rasuah. Yang ini lagi teruk. Sanggup menipu untuk mendapat sesuatu pangkat dan untuk mengekalkan pangkat. Jadi, kepada kita yang sedar janganlah contohi sifat-sifat di atas. Mereka semua ini telah mabuk dengan dunia. Mungkin bagi mereka dunia adalah segala-galanya.
Tetapi apa yang kita perlu tahu bahawa zuhud bukanlah bermakna kita kena hidup melarat sampai ke tahap meminta-minta. Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk mengejar harta kekayaan. Tetapi apa yang dituntut ialah menggunakan harta kekayaan kita untuk memangkin kemajuan Islam. Orang Islam yang kaya seperti ini pun agak sukar untuk dijumpai sekarang. Tetapi orang Islam yang kaya yang kita selalu jumpa ialah orang kaya yang bakhil. Golongan ini mungkin sedekah untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Bila orang minta sedekah, mereka ini begitu berat untuk mengeluarkannya walaupun sedikit. Malangnya Islam mempunyai penganut seperti ini.
Antara Abu Bakar r.u dan Umar al-Khattab r.u
Dengan kasih sayang dan kelembutan hati yang dimiliki oleh Abu Bakar r.u, beliau terpanggil untuk mengirimkan harta dalam jumlah yang orang lain tidak sanggup keluarkan. Beliau selalu memberi dan tidak pernah menerima. Nabi SAW pernah berkhutbah untuk menggalakkan para sahabat supaya menyumbang dan bersedekah.
Kesannya, hati Umar al-Khattab terbuka dan beliau menyiapkan sejumlah hartanya. Beliau berkata dengan senang hati, “Hari ini aku mengalahkan Abu Bakar.”
Lalu beliau berlari dengan cepat mengalahkan angin dan kembali membawa seguni besar harta, dan meletakkannya di hadapan Rasulullah SAW. Melihatkan guni besar yang berisikan harta itu, baginda menoleh kepada Umar dan bertanya, “Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?”
Umar menjawab, “Aku tinggalkan kepada mereka seperti ini.”
Kemudian Umar berganjak dan berada di samping baginda. Seketika kemudian, Abu Bakar masuk ke dalam masjid sambil membawa guni yang lebih besar daripada guni yang dibawa oleh Umar dan meletakkannya di hadapan Nabi SAW.
Baginda tersenyum sambil bertanya, “ Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?”
Abu Bakar menjawab, “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.”
Umar menggelengkan kepalanya tanda takjub kepada Abu Bakar.
Beliau berbisik, “ Aku tidak akan dapat mengalahkanmu dalam suatu hal selama-lamanya, wahai Abu Bakar.”
Inilah ciri muslim yang Islam perlukan. Penganut yang berlumba-lumba membuat kebaikan tanpa ada rasa kekesalan di dalam hati mereka apabila berkurangnya harta mereka. Semua ini hanya boleh terjadi apabila kita kembali menghayati erti zuhud yang sebenar. WALLAHU A’LAM.
Pengarang: Ahmad Sufian bin Shohor.
Sumber rujukan: Tundukkan Hati.
Karya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Annual Bakri Haron.
2:40 AM | Labels: Hatiku Berbicara, Sekadar Peringatan | 0 Comments
Tentang Si Dia
Apabila ‘Si Dia’ hilang dariku…
Peristiwa ini sering berlaku kepada diriku yang selalu alpa ini. Entahlah, dalam suatu jangka waktu tertentu aku mampu mengingati Si Dia yang begitu rapat dengan diriku ini. Rapatnya bagiku tiada tandingannya. Rapatnya mengingatkan aku kepada Dia yang telah mentakdirkan waktu Si Dia untuk "diijab kabul" denganku. Tetapi, Dia hilang dari ingatanku tanpa aku sedari. Apabila Si Dia semakin kabur dari ingatanku, aku dapat rasakan ada sesuatu yang hilang dari hatiku. Tetapi entahlah apa yang hilang itu. Apabila, dia semakin hilang dari ingatanku, maka aku semakin merasakan ada satu bebanan duniawi yang cukup berat sedang aku pikul. Sehingga membuatkan aku sentiasa muram dan suram. Kenapalah aku merasakan begitu berat bebanan ini sedangkan semasa Si Dia ada di sampingku, aku dapat merasakan begitu ringan bebanan ini. Wajahku sentiasa aku hiasi dengan senyuman ajaran sunnah Rasulullah SAW yang aku amat rindui, walaupun bebanan itu semakin bertambah. Tetapi aku tidak merasa sedikit pun unsur-unsur berat yang terdapat pada bebanan itu. Apabila Si Dia hilang terus dari diriku, aku semakin tidak dapat merasakan kenikmatan beribadat dan bermunajat kepadaNya. Setiap kali aku bersolat, aku sering kali terasa begitu beratnya bebanan duniawi yang aku pikul sekarang ini sehingga Dia yang sedang aku hadap langsung ku lupa. Aku semakin kebingungan. Apakah yang hilang dari diriku sebenarnya?
Apabila ‘Si Dia’ hadir kembali ke dalam lembaran hidupku…
Pemurahnya Dia kepada diriku yang banyak buat dosa ini. Rahmatnya ini suatu rahmat yang amat besar maknanya bagiku. Dia telah memberitahu kepadaku kenapa Si Dia melarikan diri dariku. Rupanya itulah sebabnya! Aku semakin dibuai angan-angan kemanisan palsu duniawi yang menipu. Aku semakin menyintai kenikmatan yang sementara ini. Sedangkan kemanisan asli syurga akhirat aku lupakan. Barulah aku tahu, Si Dia cemburu rupanya. Si Dia tidak suka aku ingat ‘kenikmatan’ selain dirinya dan Dia.
“Awak kena selalu ingat akan saya, barulah awak boleh "kahwin" dengan saya dengan hati yang gembira.” Katanya kepadaku. Kemudia dia menambah, “kalau awak jarang atau kadang-kadang ingat akan saya, saya takut awak tidak bersedia sepenuhnya apabila saya ingin "mengahwini" awak. Awak wajib berkahwin dengan saya apabila tiba waktunya.”
Katanya itu telah membuatkan aku ‘menangis’ keinsafan.
“InsyaAllah, saya akan sentiasa ingat akan awak. Saya berharap sangat, janganlah awak tinggalkan saya lagi. Awak teramat penting bagi saya. Saya betul-betul rasa kesunyian apabila awak lari dari saya.” Luah perasaanku.
Selepas itu aku dapat rasakan ketenangan mula berbunga mekar dalam hatiku. Aku tidak lagi merasa beratnya beban yang aku rasa tidak lama dahulu. Setiap kali aku menghadapi masalah, aku hanya melawannya dengan senyuman sabar.
Alangkah indahnya kalau Si Dia sentiasa bersama denganku. Hatiku sentiasa gembira dengan kehadiran Dia. Berkat mengingati Si Dia. Terasa kelazatan beribadat kepadanya. Rasa macam ada tidak kena kalau meninggalkan ibadat yang kita mampu buat.
KEMATIAN. Inilah nama Si Dia yang aku dambakan. Aku harap engkau tidak akan pergi lagi sepaya pertemuan dengan Dia yang Maha Menepati Janji akan menjadi kenyataan bagi diriku yang banyak kelemahan ini. Wallahu a’lam.
10:53 AM | Labels: Sekadar Peringatan | 4 Comments
Bermulanya Di sini…
Assalamualaikum wbt. dan selamat awal pagi. Sebabnya saya tulis artikel ini di awal pagi. Bagi mereka yang baru nak baca artikel ini, saya ucapkan selamat bangun tidur.kui kui…
Biasanya bila waktu-waktu macam ini la ramai orang akan mula nak merepek. Termasuklah orang yang menulis ini. Sel-sel otak biasanya waktu ini tengah tak betul sikit sekarang ini. Sebab itulah aku suka tulis artikel waktu ini.
Mahasiswa dan kepimpinan
Pada waktu inilah waktu yang begitu kritikal bagi mereka yang menjadi calon dalam pilihan raya kampus (PRK). Dengan nak buat persediaan untuk menghadapi waktu PRK itu dengan nak studi lagi sebab peperiksaan tidak lama lagi.
Mengikut pengalaman yang aku baru lalui sebagai seorang calon PRK, persiapannya begitu menyusahkan hidup aku. Kalau sebut saja calon, tugas utama yang perlu mereka buat ialah buat preparation nak berucap di hadapan semasa rapat umum (RU) dan dalam dewan kuliah nanti.
Di waktu inilah seseorang itu akan membuat transformasi diri kepada yang lebih baik. Mananya tidak, seseorang yang jenis malu-malu nak cakap kat depan tu terpaksa juga cakap kat depan. Bukan cakap-cakap biasa, tetapi cakap-cakap yang luar biasa sehingga bisa mencairkan hati mereka yang mendengar supaya menyokong kita. Bukan senang tu.
“Intonasi anta tak lenggok sangat, bagi lenggok sikit,” tegur akh Asyraf.
“Ok bos,” balasku.
“Sebutan anta tak cukup baku, bagi baku sikit, buka mulut luas-luas sikit,” akh
Asyraf tegur lagi.
“Baik bos,”sahutku.
Inilah Ustaz Asyraf. YDP PMIUSM yang banyak menolong aku dalam membuat persediaan. Sebenarnya, disinilah bermulanya era kepimpinan generasi muda untuk memimpin masyarakat. Di sinilah mahasiswa akan memilih calon yang layak dan berkepimpinan untuk memimpin mereka dan memperjuangkan hak mereka melalui proses demokrasi. Di sinilah mahasiswa mula berjinak dengan setiap rentetan peristiwa sepanjang PRK. Yang terpenting sekali, di sinilah bermulanya langkah muda seorang mujahid Islam sejati untuk memegang tampuk pimpinan negara di masa hadapan kelak. Kerana setiap rentetan peristiwa sepanjang tempoh PRK adalah lebih kurang sama seperti Pilihan Raya Umum (PRU). Bermula dengan persiapan calon, pendaftaran calon, mengantung banner, menyebar flyers, menyebar risalah, rapat umum dan hari mengundi. Semua lebih kurang sama.
Kalau kita lihat banyak pemimpin parti politik dan pemimpin negara hari ini berasal dari mereka yang bergelar pemimpin pelajar. Sebut sahaja nama seperti Tuan Guru Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr, Mahathir dan banyak lagi, mereka semua adalah bekas pemimpin pelajar semasa di kampus dahulu.
Tetapi kita perlu tahu bahawa tidak semua pemimpin itu ialah pemimpin. Kerana pemimpin itu ialah seorang yang mempunyai ciri-ciri istimewa sebagai seorang pemimpin. Tidak semua pemimpin yang ada sifat ini. Mereka yang tidak ada sifat seperti ini bukanlah pemimpin, tetapi orang yang perlu dipimpin terlebih dahulu.
Teladan dari Dua Umar
Dua Umar yang saya maksudkan di sini ialah Khalifah ke-2 selepas Abu Bakar as-siddiq iaitu Umar al-Khattab dan seorang lagi ialah khalifah yang zuhud, bertaqwa dan wara’. Dalam dirinya mengalir darah Umar al-Khattab iaitu khalifah ke-8 Bani Umayyah di Damaskus. Tidak lain dan tidak bukan ialah Umar bin Abdul Aziz.
Kesederhanaan
Kedua-dua Umar ini telah mengajar kita erti kesederhanaan sebagai seorang pemimpin. Di waktu meningkatnya jumlah rakyat miskin sekarang ini, kesederhanaan amatlah dituntut. Tetapi begitu contranya keadaan apabila kita melihat sekarang ini pemimpin memiliki duit yang banyak, rumah yang besar dan lain-lain kemewahan tetapi rakyat di bawahnya berada dalam keadaan yang menyiksakan. Dengan meningkatnya kos sara hidup akibat kenaikan mendadak harga minyak yang secara langsung telah mempengaruhi harga barang-barang keperluan lain. Kedua – dua Umar ini telah memberi satu contoh yang cukup baik untuk kita. Sebelum mereka menjadi pemimpin, kesederhanaan itu telah teserlah pada diri mereka tetapi apabila mereka menjadi pemimpin kesederhanaan itu makin teserlah.
Keteladanan
Sebagai pemimpin umat ketika itu, mereka tidak sekadar bercakap kepada rakyatnya supaya berbuat baik tetapi mereka dahulu yang melakukan sesuatu kebaikan itu. Kerana Allah telah befirman:
Maksudnya:
“ Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
(as-Shaff: 3)
Tetapi begitu terbaliknya dunia sekarang apabila pemimpin menyuruh rakyatnya berjimat tetapi mereka sendiri yang yang banyak membazir. Mereka menentang rasuah tetapi mereka terlibat dengan tuduhan rasuah. Mereka seringkali bercakap sebagai modal insan tetapi mereka langsung tidak menjadi “modal insan” untuk dicontohi untuk rakyatnya. Saya tidak menembak mana-mana pemimpin. Tetapi sesiapa yang memakan cili dialah yang terasa pedasnya.
Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri
Kisah Umar al-khattab berjalan malam untuk melihat keadaan rakyatnya dan bertemu dengan sebuat keluarga yang menjual susu sudah begitu sinonim dengan kita. Sehinggakan Umar al-khattab pernah berkata: “ Kalau rakyat mengalami kekeyangan, akulah orang terakhir yang akan menikatinya. Tapi jika mereka mengalami kelaparan, akulah orang pertama yang akan merasakannya.”
Boleh tak kita bayangkan begitu amannya dunia ini kalau ada pemimpin yang ada sifat-sifat seperti ini. Sifat-sifat ini hanya menonjol apabila seseorang itu telah menghiaskan dirinya dengan pakaian taqwa yang sebenar-benarnya. Tanpa sifat ini jangan harap nak ada sifat-sifat seperti ini.
Jadi, kita sebagai mahasiswa perlulah mencontohi sifat-sifat yang mulia ini. Marilah kita melantik pemimpin yang ada sifat-sifat seperti ini, bukan pemimpin yang hanya menaburkan pelbagai janji tetapi apabila memegang jawatan semuanya hilang. Mereka hanya golongan yang mahukan kenikmatan dunia sahaja. Semoga Allah akan mewariskan buminya ini kepada mereka yang bertaqwa untuk ditadbir dan membawa manusia ke arah jalan REDHA ALLAH. Bukan ke jalan KEMURKAAN ALLAH. Wallahu a’lam.
Pengarang: Ahmad Sufian Shohor
Sumber rujukan: Belajar Dari Dua Umar, Hepi Andi Bastoni
5:08 PM | Labels: Hatiku Berbicara | 0 Comments
Mari Kita Gunakan Peluang yang Ada
Tekanan terhadap kaum Muslimin makin meningkat. Untuk menyelamatkan dakwah, Rasulullah SAW mengizinkan para sahabat berhijrah ke Habsyah. Abu Bakar as-Siddiq segera mempersiapkan diri. Dengan bekalan seadanya, Abu Bakar r.u meninggalkan Mekah. Ketika tiba di Barkul Ghimad, dia bertembung dengan Ibn Daghinah, seorang ketua suku Qarah. “Hendak ke mana wahai Abu Bakar?” tanya Ibn Daghinah.
“Kaumku telah mengusirku. Aku ingin mencari muka bumi (yang selamat) untuk menyembah tuhanku,” jawab Abu Bakar r.u.
“Orang sepertimu tidak patut diusir. Engkau suka menolong orang yang miskin, membantu orang yang sengsara, menghormati tetamu, dan membela mereka yang beradadalam kebenaran. Oleh itu, aku memberikan perlindungan kepadamu. Kembalilah dan sembahlah Tuhanmu di negerimu (Mekah),” ujar Ibn Daghinah.
Bersama-sama Ibn Daghinah, Abu Bakar kembali ke Mekah. Di hadapan pemuka kafir Quraisy, Ibn Daghinah menyatakan bahawa Abu Bakar berada dalam jaminannya, dia diizinkan beribadah di rumahnya sahaja. Peraturan ini memang menjadi salah satu undang-undang pada masa itu. Sesiapapun boleh memberi perlindungan kepada orang lain. Hal ini juga yang dilakukan oleh Abu Talib terhadap Rasulullah SAW. Dengan demikian Rasulullah SAW boleh berdakwah walaupun dalam tekanan.
Dalam perlindungan itu, Abu Bakar r.u bebas melakukan solat, membaca al-Quran dan melakukan ibadah apapun di rumahnya. Untuk menyebarkan dakwahnya tanpa harus menyalahi undang-undang, Abu Bakar telah memperluaskan rumahnya. Dia sengaja membuat dinding rumahnya tidak terlalu tinggi agar boleh dilihat oleh orang lain. Kadang-kadang beliau membaca al-Quran di perkarangan rumahnya dengan suara yang lantang.
Para wanita dan anak-anak banyak yang datang ingin mendengar bacaan al-Quran oleh Abu Bakar r.u. Apa lagi, ketika membaca al-Quran Abu Bakar r.u sering menangis membuatkan orang ramai semakin banyak berkunjung. Tidak sedikit dari kaum wanita dan anak-anak itu yang hafal ayat-ayat al-Quran. Mereka membacanya di tepi-tepi jalan dan di tempat-tempat umum. Tidak sedikit yang kemudian tertarik kepada Islam.
Apa yang dilakukan oleh Abu Bakar r.u adalah satu tindakan kreatif yang boleh kita teladani. Di dalam konteks sekarang, berdakwah secara berhikmah adalah teramat dituntut ke atas diri setiap pendakwah. Tambah-tambah lagi di waktu sekarang ini dimana negara kita dan banyak Negara Islam yang lain tidak memerintah mengikut syariat Islam yang sebenar-benarnya. Realitinya sekarang, Islam hanya diambil dan diamalkan di waktu-waktu tertentu sahaja dan hanya yang bersifat Ibadah khusus semata-mata.
Tetapi apa yang kita perlu lakukan sekarang ini ialah memanfaatkan segala peluang yang ada untuk berdakwah. Walaupun seperti yang kita tahu bahawa Negara kita ini mengamalkan sistem pemerintahan ala demokrasi berparlimen.
Apa yang terkandung dalam maksud demokrasi berparlimen perlulah kita tahu. Demokrasi ialah satu corak pemerintahan yang memberi kita kebebasan untuk bersuara. Jadi, kita perlu untuk memanfaatkan aspek-aspek posotif dalam system demokrasi ini. Walaupun ia bukan bersumberkan dari Islam. Ini akan memberikan peluang kepada kita untuk meluaskan lagi agenda dakwah. Melalui kebebasan bersuara, ia membolehkan seorang pemimpin itu naik dengan jumlah undi terbanyak.
Di dalam konteks kita sebagai remaja Muslim khususnya Mahasiswa, kita sepatutnya memanfaatkan peluang yang kita ada sekarang. Kebebasan kita untuk berdakwah untuk masyarakat kampus harus kita gunakan sebaik mungkin. Walaupun pada sekarang ini mahasiswa dihimpit oleh satu undang-undang kejam iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sehingga menyebabkan mahasiswa yang dahulunya lantang bersuara tetapi sekarang ini nampaknya ramai yang telah menjadi bisu kerana takut akan hukuman yang dikenakan ke atas pesalah. Tetapi di dalam AUKU itu sendiri banyak lagi peluang yang boleh kita manfaatkan kerana AUKU itu sendiri satu akta yang lemah sebenarnya. Ini adalah dari satu aspeks.
Sebenarnya, ada lagi peluang yang boleh kita manfaatkan untuk tujuan berdakwah misalnya kita boleh menggunakan platform Pusat Islam di USM contohnya untuk menjalankan misi dakwah kita. Di waktu inilah kita boleh tonjolkan kewibawaan kepimpinan kita sebagai seorang pelajar yang bergelar da’ie. Kita boleh menjadi khatib semasa solat Jumaat, kita boleh menggunakan masjid untuk memberi tazkirah dan kita boleh menjadi imam bagi solat-solat fardhu. Semua ini adalah peluang untuk kita untuk kita menonjolkan aura dakwah kita. Di waktu inilah peluang untuk kita mengasahkan lagi bakat kepimpinan seseorang da’ie itu. Sebelum ini kita mungkin lantang bersuara di dalam usrah, tetapi kali ini suara kita akan bertambah lantang dengan adanya suara-suara kita dalam masyarakat. Semua ini adalah peluang untuk kita untuk menyebarkan lagi kefahaman tentang Islam selain meng’izzah’kan lagi Islam di kaca mata orang ramai.
Tatapi kita perlu ingat sesuatu bahawa walaupun kita ‘mendiami lubang-lubang emas’ dalam sistem demokrasi atau sistem-sistem lain dari Islam, tapi bukan bermakna kita berimankan sistem yang tidak islamik ini. Kita berharap bahawa apabila kita menang dalam pilihan raya kelak, kita mampu membawa sinar perubahan kepada masyarakat kampus.
Seperti biasa, mesti banyak pihak yang tidak akan senang apabila melihat sinar Islam semakin terang. Dalam konteks dalam dakwah di kampus misalnya, kita berkemungkinan besar akan mengatakan bahawa HEPlah yang banyak sekali menghalang kita dalam usaha dakwah. Ada saja yang tidak kena dengan benda baik yang kita buat. Tetapi bila kroni mereka daripada kalangan student yang pro HEP buat program-program yang tidak tentu hala, HEP dengan senang hatinya menyokong agenda yang melalaikan mahasiswa ini. Bila sebut sahaja pasal HEP dan puak Aspirasi, mesti ramai yang tidak berpuas hati termasuklah aku. Para pelajar universiti didoktrinkan bahawa golongan promahasiswa ini radikal, suka buat demontrasi dan juga didoktrinkan bahawa kita datang ke universiti adalah bertujuan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang agar mendapat pekerjaan yang baik nanti.
Ok, kita tinggal sekejap pasal kepincangan HEP. Sebenarnya, kita sebagai penggerak Islam khususnya di kalangan mahasiswa perlulah melihat musuh itu bukannya kepincangan HEP. Tetapi gerakan dakyah Barat yang sedang memperkudakan orang-orang Islam pada waktu ini. Kita sebagai mahasiswa perlulah sentiasa cakna dengan isu-isu semasa lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan umat Islam. Kita juga harus mempersiapkan diri kita dengan pelbagai soft skil supaya apabila kita terjun ke dalam masyarakat kelak kita mampu menyumbang sesuatu yang berguna kepada masyarakat, bukan hiburan-hiburan yang terkeluar dari batasan syariat!!!
Ayuh ikhwah, akhwat, mahasisiwa dan mahasiswi sekalian!!! Mari kita menjadi pendokong kepada tradisi kecemerlangan dunia akhirat, supaya generasi-generasi selepas kita kelak adalah bakal-bakal generasi yang akan menggalas title “GENERASI AL-QURAN”. WALLAHU A’LAM….
Pengarang: Ahmad Sufian Shohor
Sumber Rujukan: Belajar Dari Dua Umar, Hepi Andi Bastoni
6:58 AM | Labels: Hatiku Berbicara | 1 Comments